Saturday, October 23, 2010

Laghanya kita..



Bismillahirahmanirrahim...

Syukur kehadrat Illahi di atas segala nikmat yang Allah berikan...Semoga kite semua berada di bawah Lembayung rahmat yang Esa & sentiasa dijalannya...

Aku bersyukur kerana masih dapat menhirup udara yang segar.. melihat pemandangan yang indah..menatap wajah2 insan yang kusayangi..especially my beloved family..masih mampu mendengar alunan suci Al-quran..Masih mampu berbicara dan menyebut kalimah suci kalam Allah..
Dalam kehidupan seharian kita pasti dikelilingi berbagai macam ragam manusia, berbagai jenis perangai manusia dan berbeza gaya hidup. Tapi, hati penuh pengharapan agar Allah sentiasa menitipkan rasa cinta pada-Nya agar tidak pernah pudar. Dan aku pati setiap orang mempunyai pelbagai karakter dan mempunyai kenangan serta sejarah2 silam yang berbeza juga dikurniakan perasaan yang pelbagai macam. Perasaan yang hadir yang sentiasa menjadi kitaran roda dalam kehidupan kita seperti rasa marah, sayang, benci, rindu,kecewa,putus asa,geram,sayu, dan sedih.

Pasti ada diantara kita pernah merasa kekecewaan serta kesedihan yang berpanjangan
hingga menyebabkan diri terabai menyebabkan hati bertukar rasa sayang hilang menjadi benci rasa kasih pergi diganti rasa marah, perasaan gembira bertukar menjadi kesedihan dan kekecewaan. Ya, hanya kita yang rasa dan bukan orang lain bukan orang disekitar kita tapi kita diri kita. Kekadang perasaan sedih dan kekecewaan yang melampau akan memusnahkan dan menghilangka suria dihati kita. Kenapa? Bila hujan datang bersama ribut & taufan segalanya musnah. Tapi, kita x seharusnya mengalah dan x seharusnya tersungkur tapi kita kena kuat melawan badai yang melanda. Bila hujan turun x semua yang indah akan hilang, tapi percayalah Allah akan menggantikan dengan hal yang lebih baik. Contoh:


~selepas hujan Allah gantikan pelangi yang indah yang membuat semua orang terhibur untuk melihat keindahan Allah s.w.t

~selepas hujan tumbuh-tumbuhan kembali segar, bunga2 kembang mekar, rama-rama berterbangan bebas, burung2 berkicauan.

~selepas hujan sungai yang kontang kembali megah mengalir..

Tapi mengapa kita sringkali menyesali apa yang berlaku pada kita??
Kenapa kita tidak bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan buat kita.

~ Kenapa kita seringkali menghitung apa yang Allah ambil dari kita?? Mengapa kita tidak menghitung nikmat yang telah Allah berikan pada kita?

~ Kenapa kita seringkali terlupa untuk mengucapkan "ALHAMDULILLAH" bila memperolehi sesuatu nikmat, tetapi kita mampu katekan terima kasih pada orang yang kita sayang bila mendapat sesuatu darinya.

~ Kenapa kita seringkali terlupa mengucapkan " I LOVE ALLAH & RASULULLAH S.A.W" tapi kita boleh ucapkan "I LOVE U SAYANG"
::: Bakhilnya kita untuk merendah diri dan mengucapkan kata2 sayang pada pencipta kita.

~ Ringannya lidah kita bila mencanang segala keburukan orang, tapi sukarnya kita utk bertasbih pada Dia Yang Esa & selawat serta salam buat Rasul junjungan muli kita Nabi Muhammad s.a.w

~ Ringannya mata kita bila melihat perkara2 yang mungkar, meonton tv, melihat maksiat, menonton wayang tapi beratnye mata kita bila di ajak untuk menatap kita suci Al-quran.

~ Ringannya kaki kita bila di ajak ke Mall,ke pasar, ke disko, ke panggung wayang tapi beratnya kaki kita melangkan ke masjid. Maka bertepuk tanganlah si syaitan laknatullah melihat kita terhegeh2 ke tempat sedemikian.

~ Begitu mudah airmata kita bila melihat cite hindustan yang ntah pape, tapi sukarnya airmata kita untuk dialirkan bila menghadap Dia.

~ Begitu mudah kita kata saya benci awak, sanggup hilang kawan kerana kekasih sanggup hilang family kerana kekasih, sanggup memutuskan silatulrahim dengan kawan2 kita demi orang yang kita sayang.

~ Begitu mudah keluarkan RM50, RM30, Rm 10 untuk beli to4 bagi telepom GF/BF kita, tapi sakitnya nak keluarkan syiling 50 sen, 20 sen nak masuk kat tabung masjid nak bagi pada fakir2. Banyaknya saham akhirat yang kita abaikan.Ruginya kita.

~ Sanggupnya kita membuang makanan yang x habis dimakan dibuang dalam tong sampah daripada kita sedekahkan pada orang yang lebih memerlukan.

~ Bila di ajak ke majlis2 tadarus atau forum2 islam kita memberi pelbagai macam alasan, namun bila di ajak ke konsert2 artis terkenal dengan mudah kita mengatakan ya. Dimanaka kita?? Sedarlah wahai diriku dan sahabt2 sekalian.

~ Time kita sakit seringkali ya Allah sembuhkanlah aku,time tu baru ingat Allah tapi bila time kita sihat xde pom kita nk berdoa pada Dia agar bertambah rasa sayang kita pada Dia.

~ Bila kita ditimpa pelbagai masalah, kita seringkali merungut dan putus asa,time kita senang kita seringkali alpa. Kenapa kita begitu??

Seringkali kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba di bumi Allah..
Kenapa kita x sanggup menghambakan diri kita pada Allah s.w.t tapi kita sanggup menghambakan diri kita pada insan yang bergelar manusia.

p/s: Plizzz sahabat2 sekalian marilah sama2 kita muhasbah diri kita.. Carilah cinta yang hilang , cinta kita pada Dia, mencari cinta dia agar kita tidak hina di sisi Allah..Jangan takut kalau kita hina di sisi manusia. Percayalah & yakinlah dengan janji Allah..Jangan kita terhegeh2 mencari cinta manuia tapi carilah dahulu cinta kita dengan pencipta kita. Maafkan aku seandainya terkasar bahasa, dalam penulisan nih.


Tuesday, September 21, 2010

Mencari Ketenangan Yang Hilang

Bismillah...

Aku tersedar dari lamunan mimpi
Aku terjaga dari lena yang panjang
Aku tersentak dari lagha yang singgah
Aku terkapai-kapai mencari sinar Cinta-Nya
Apakah masih Dia mahu menerimaku...
Setelah aku berpaling dari-Nya

Ya Allah...
Mampukah aku meraih cinta-Mu??
Rindu pada-Mu bertandang lagi..
Namun hati ini seperti diganggu..
Bayang-bayang dosa yang silih berganti..

Ya Allah..
Hadirkanlah cinta-Mu padaku..
Agar aku meraih sedikit kebahagiaan..
Ketenangan di hati yang tercalar..
Lewat hari aku menanti lagi..

Hari ini...aku menangis lagi..
Mencari-cari...dimanakah aku berada..
Dilandasan-Nya..atau sebaliknya..
Aku termenung sejenak..

Tercari-cari dimana bibit-bibit cinta-Nya
Menggubah bunga-bunga doa..
Agar Dia menerimaku..
Agar aku sentiasa dijalan-Nya...

Ya Allah...
Terimalah rintihan dari hamba-Mu yang kerdil ini...
Diri ini sentiasa menanti cinta-Mu...
Walau pahit harus kuhadapi...





Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin





Salam alaik buat semua sahabat2 sekalian...Kat sini ain susun 20 jari kakitangan...memohon beribu2 keampunan dari semua sahabat-sahabat sekalian seandainya ain ada tersilap kata..mahupun tersalah tulis...tersalah buat dan berapa banyak ter lagi....Ain juga mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..Seandainya pernah buat sahabat2 sekalian terasa hati dengan sikap ain...Ain mohon tiada dendam antara kita semua...Selamat hari raya buat semua....

p/s: Raya nanti jgn makan byk2 tow..ingat makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang yerk!!!

Hadiah di sebalik hujan yang turun

Bismillah...

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

Luahan Kasih Sayang~~


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t.. kerana masih memberi peluang untuk aku meng"update" blog ini...uhm hari nih nak tulis entri sal kasih sayang..uhm x kira lah kasih sayang nga kawan ke, ayah, mak, pakwe, makwe, adeq beradeq lebih senang cite overall..untuk
semua orang dikeliling kita...Apesal aku tulih cite nih ea?? Nih semua x berkaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia..tapi sekadar berkogsi tentang "kasih sayang" coz setiap orang meluahkan rasa kasih sayang dengan cara yang berbeza dan kadang2 kita x tahu ape
sabenarnya yang ingin diberitahu but now, we try to find out about love ( umum)...hehehe.
..

Cara-cara kasih sayang diluahkan:-

1) Membebel ( Berleter)

Kebiasaannya, bagi golongan ibu2, mak, ummi, mami, mama dan sewaktu dengannya.. Bila time kit balik rumah mesti beliau akan berleter walaupun sedikit.. hehe..dengan itulah beliau menujukkan kasih sayang pada kita.. berleter demi kebaikan kita... aku pernah dgr dialog camnih..heheh

Anak: ibu..ibu..ibu sayang kakak x???Kan kakak dah lama x balik, ibu x rindu kakak ke???

Ibu: uhm ibu x rindu pom, dah kakak xnak balik..ibu nak wat camne... ( dalam hati: uhm..kangen bangat sama kamoo~~)

p/s: Walau bagaimanapun ibu ada cara tersendiri meluahkan rasa sayang mereka...( Kasih Ibu membawa ke syurga)..

2) Marah

Uhm biasanya keadaan nih diluahkan oleh golongan bapa, ayah,abah, papa,baba, abi, walid dan sewaktun dengannya.. Bile time kita balik mesti ade yang x kena...hehe...beliau saja nak menguji kita kan,,hehe... marah tu kan tanda sayang...hehee...ayah marah pom untuk kebaikan kita..Mungkin ada sebab2 tertentu ayah x meluahkannya secara spesifik..tol x???

3) Cubit mencubit / pukul memukul

hehe..nih biase bila kite bersama kengkawan kita yang lama x jumpa...dorg mesti suke cubit pipi gebu kita x pom pukul tangan kite hehe...saja je kan nak tarik perhatian kita..( gurau jek)... orang kate gurau2 manja...hehe...x kisahlah...
p/s: Kasih sayang antara sahabat melebihi sayang pakwe & makwe...Walau apa jua keadaan kita tetap cari kawan kita..


4) Gurau2 manja / Gaduh2

Hehe..part nih paling bez...besenya antara adeq-beradeq kita.. yela nak cakap "aku sayang kamoo" malu + ego..hehehe...nak luahkan senang gaduh2 xpom sengaja kacau kakak/abang/adeq time diorang tidow.. Macam2 cara buat dorang marah..." amek teddy bear kesayangan dorg la, tarik pipi dorg ke, kejtkan dorang tidow" pelbagai ragam yang boleh dilihat...huhuu..tapi kasih sayang adik beradik xkan putus...
p/s: air dicincang xkan putus...

5) Ayat2 cinta

Hah yang nih biasa kita dengar dalam institusi percintaan..hehehe..." I LOVE U, 143, I MISS U, I NEED U" dan banyak lagi.. yang nih 50-50 boleh dipercayai..huhuhu..bergantung pada diri sendiri..namun yang nih x dapat nak menandingi kasih sayang family kita, terutama mak n ayah..yol x?? uhm..tepuk dada tanyalah hati...
hehehe..
p/s: fikir2kanlah...

p/s: harap korang sume paham.. kadang2 orang disekeliling ada pelbagai watak namun kita yang sentiasa "alert" dengan character yang ditunjuk oleh orang sekeliling kita... Entri nih hanya untuk suka2 je...Hanya kita yang tahu betapa sayangnya ibu bapa kita pada kita... Betapa kuatnya ikatan sayang antara kita dan adik beradik kita..Betapa indahnya ukhwah kita antara kita dan sahabt2 kita...Betapa sayangnya pakwe makwe kita pad kita... Hanya kita yang tahu... dan hanya Pencipta kita yang tahu..... Kerana Dia lah yang meniupkan rasa kasih, sayang, cinta antara makhluk...Thanks untuk semua yang sudi baca... Anda boleh komen andai saya tersalah kata...

Wednesday, September 1, 2010

Deman oh deman..


~~Bismillah...~~
Alhamdulillah diatas kurnia-Nya...Diberi kesempatan untuk aku berkongsi cerita tentang deman..Sepanjang aku kerja sekitar 2-3 hari nih kebanyakan kes aku jumpe adalah kes deman denggi...Statistik peningkatan deman denggi semakin tinggi di Kuantan namun tak kurang juga mereka yang deman akibat cuaca sekarang yang semakin tak menentu..Setiap hari pasti ada pesakit yang datang untuk dapatkan rawatan. Kadang-kadang aku kesian tengok pesakit yang datang dalam keadaan lemah yang tak bermaya, tapi ada juga yang terlalu memanjakan diri dan mengada-ngada. Paling aku kesian bila baby yang diserang deman. Ada yang sampai 39'c... Namun sakit nih merupakan sedikit ujian buat kita dan kita sebagai hamba kepada pencipta yang Esa harus menerima dengan hati yang rela & ikhlas...

Setiap ujian dan musibah yg Allah swt timpa kpd hamba-Nya yg sabar & redha akn diberi phala yg besar. Rasulullah bersabda"tidak seseorg pun drp kaum muslimin yg terkena musibah pd jasadnya, kecuali Allah memeritahkan malaikat yg menjaganya dgn firman(maksudnya) 'tulislah utk hamba-ku ini, setiap hari dan mlm kebaikan spt kebaikan yg biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dgn belenggu-Ku' diriwtkan oleh al darimin drp abdullah bin amr.

Abu hurairah r.a berkata "
tidak ada penyakit yg menimpaku yg lebih aku sukai drp demam, sbb demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah swt akn mengurniakan pahala bg setiap organ tubuh yg diserang demam."

SEJUKKAN DGN AIR.
Hadis riwayat al-Tarmizi dalam jami`nya meneruskan hadis rafi` bin khadij scr marfu* meriwayatkan "apabila salah seorg drp kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah ia dipadamkan dgn air sejuk dan hendaklah ia berendam didalm sg yg mengalir. hendaklah ia mandi slps fajar(subuh) dan sblm terbit matahari. dan hendaklah ia mengucapkan"dgn nama-Mu yaAllah ,sembuhkanlah penyakit hamba Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu

drp Rafi`bin khadij bhw dia mendengar rasulullah bersabda yg maksunya :"sesungguhnya demam itu merupakan didihan api neraka, maka sejukkanlah ia dgn air (riwayat muslim no.5889)

hadis drp ibn umar r.a bhw nabi bersabda"sesungguhnua demam itu atau demam yg berat itu berpunca drp bahang api neraka. jadi, sejukkanlah ia dgn air { riwayat muslim no 5882)

Inilah serba sedikit perkongsian tentang rawatan Rasulullah s.w.t...
Sesungguhnya setiap kesakitan itu ada hikmah-Nya. Sakit itu penghapus dosa.Kita harus bersyukur dengan setiap kurniaan Allah s.w.t...Jangan kita seringkali menyalahkan takdir dan bersyukurlah Allah memberi kemudahan dalm mengurangkan dosa kita dengan mendatangkan kesakitan pada kita. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha pemurah..Alhamdulillah..

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...