Tuesday, August 11, 2009

Ada apa dengan hari??

7 hari SeMiNgGu...24 jam sehari x 7 hari = ???

DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik

dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama.Antaranya:

Ahad
Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.


Isnin
Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.


Selasa
Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.


Rabu
Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.


Khamis
Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.


Jumaat
Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis. Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.


Sabtu
Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya.


No comments:

Post a Comment

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...