Sunday, July 14, 2013

Nasi Kerabu Bujang

Assalamulaikum w.b.t

Selamat petang kawan-kawan!

Amacam??

Hari ni dah masuk 5 Ramadhan...so macam mana dgn IMAN harap-harap biarlah sampai
ke puncaknya! Masing-masing boleh tepuk dada tanya diri sendiri ye! Entry nih sepatutnya post semalam tapi x berkesempatan...hihi...sorry (bt muka x bersalah)...

Semalam Jiddan sempat buat hidangan NASI KERABU BUJANG...hehe...knp nama bujang?? Haha sebab pembuat dan pemakannya adalah bujang~~ Haha~~ Tipoo...sebab x cukup bahan...susah nak dapat bahan-bahan yang sepatutnya kat sini....
Jom tengok gambar!

Tara! inilah Nasi Kerabu Bujang Jiddan!


Tumis nih wajib ada kalau nasi kerabu kelantan..huhu...
first time Jiddan buat nih..
Alhamdulillah jadi...bahan-bahannya ialah...jeng2!
Resepi sebenar Jiddan amik kat sini!
I
I
I

Tumis:

Santan 1 cawan (ikut keperluan)
Bawang Merah 5 ulas - blend
Bawang putih 5 ulas - blend
Bawang Besar 1 labu - blend
Halia 1cm - blend
Cili boh/ cili kering (Jiddan pakai cili boh je)
Serai 2 batang
Gula Melaka (ikut keperluan)
Minyak
Garam & Gula (secukup rasa)
Asam Keping
Budu (Ikut Suka)

1- Panaskan minyak dan masak bahan yang di 'blend' sehingga naik bau , jgn lupa masukkan serai & asam keping terus ye!
2- Di ikuti dengan cili boh, masak sehingga mendidih
3- Kemudian masukkan santan dan kacau agar santan tidak berketul
4- Masukkan garam,gula,gula melaka,budu dan masak sehingga pecah minyak...
(Lagi lama lagi best dan tahan lama)


Ok, untuk kerisik kelapa nih senang jerk!

Sambal Kelapa:

1/2 biji kelapa
2 ekor ikan kembong (terpulang pd masing-masing)
2 batang serai
Garam & gula (secukup rasa)
4 Biji bawang merah
Lada hitam (secukupnya)

1- Goreng kelapa sehingga kering
2- Tumbuk bawang merah bersama isi ikan dan lada hitam
3- Setelah kelapa kering , gaulkan bersama bahan-bahan yang ditumbuk
4- hiriskan serai secara halus dan gaul bersama-sama kelapa dan ikan tadi..
5- Masukkan garam dan gula mengikut rasa yang anda inginkan....

Ulam-ulaman:
Kubis
Kacang Panjang
Bunga Kantan

Lauk Tambahan:
Ikan Celup Tepung
Keropok
Telur Masin


 Oppss! lupa Jiddan gunakan nasi putih je
sebab kat sini susah nak dapat bunga telang!
Inilah Juadah berbuka Jiddan semalam! Kuih akok tu beli..hihi
Puding gula hangus tu buat sendiri! hihi!
Simple dan mudah disediakan!

Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. As salam. Wah nampak mengancam sungguh nasi kerabu tu. Terima kasih kerana sudi mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...hehe...terima kasih akak, nih berkat blogwalking kat blog akak jugak..hehe..terima kasih akak diatas resepi yg awesome nih! hihi! nanti blh cuba resepi akak yg lain..

      Delete

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...