Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan
Mercedes Benz siri 8 terbarunya di depana pejabatnya.
Ketika dia membuka pintu keretanya sebuah lori melintas
terlalu dekat lantas terlanggar dan menerbangkan pintu
kereta peguam tadi sekaligus menghentam bahagian depan
Mercedes Benz itu dengan kuat...
Org ramai segera dtg berkerumun dan mereka melihat
peguam itu menjerit-jerit sambil menangis dengan histeria
sambil menunjuk ke arah keretanya yg remuk teruk itu.
Beberapa minit selepas dia boleh mengawal emosinya
beberapa org disitu mengeleng-gelengkan kepala dan memandang
hina ke arah peguam itu. Seorang dari mereka berkata "saya tidak
sangka yg sifat materialistik kamu amat keterlauan. kamu hanya
mementingkan kebendaan semata-mata..."
"kenapa kau berkata begitu?" tanya peguam tersebut. Lelaki itu
menjawab "tidakkah kamu tahu yg lengan kiri kamu terputus
diseret lori tadi???"..Peguam td terkejut dan menjerit.."Arghhhh...Jam
Rolex akuuuuu!!!"....
No comments:
Post a Comment