Tuesday, January 18, 2011

Fadhilat Solat Sunat Dhuha

Fadhilat Solat Dhuha..

Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah
satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh
Nabi Muhammad SAW.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w.
telah bersabda :
Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi,
niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha
yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi
jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan
keduniaan manusia setiap hari.

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda
yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota
seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah,
tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu
sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu
dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .
” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda
bermaksud :

” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat
Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia
daripada orang-orang yang tidak lalai daripada
mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan
nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada
orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa
yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan
baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanya
sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada
orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan
membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak
ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai
pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya
dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang
daripada hamba-hambaNya yang lebih baik
daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).

Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan
menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat
katanya:

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga
perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak
tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku
tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah
sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di
dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang
maksudnya :
Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya
diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti
buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku
mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang
mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat
dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada
emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kaifiyat Dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai
sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir
tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik
tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah
sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain
iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat
rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian
ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada
dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu,
sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
‘Aisyah bermaksud:

”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat
Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib
membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut.
Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada
rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah
Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat
kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah
Al-Ikhlas.

Niat Solat Dhuha:-



Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali :
Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu
keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu,
kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu,
penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezki kami
di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah,
bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh,
dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan,
kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa
yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang
shalih-shalih.” Amin..

Fadilat Solat Dhuha

Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha


Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :

” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang
menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kaifiyat Dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Niat Solat Dhuha:-



Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali :
Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezki kami di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.” Sekian , Muttaqi

Kematian Bukan Pengakhiran..


Bismillahirrahmanirrahim...
Syukur Ke hadrat Allah s.w.t kerana masih memberi aku peluang untuk terus bernafas di bumi-Nya....Ya Allah Ya Lathif...lemubutkanlah hati ini sebagaimana engkau melembutkan hati para kekasih-Mu...Sesungguhnya, aku berlindung dari mati & kerasnya hati ini...Amin...

30-12-10 ( Khamis)

Alhamdulillah,..aku masih berkesempatan menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang pekerja....anak...pelajar...dan yang paling penting aku adalah hamba-Nya...Moga aku tergolong dalam golongan sami'na wa atho'na...Ditakdirkan aku bertugas shift petang..Nak di jadikan cerita, ada seorang pesakit aku yang sedang sakit tenat, dan doktor telah mengesahkan bahawa beliau tiada harapan untuk sembuh lagi setelah menderita kerana "Breast Cancer".. Penyakit ni amat menakutkan bagi kaum-kaum hawa sebagaimana yang diketahui semua boleh membawa maut..

Ya.. Bila dengar perkataan " MAUT" kita seakan-akan takut dan gentar..
Gementar jantung bagai disiat bagai tiada henti, sehingga terbawa di dalam tidur...
Tidak ramai yang ingin menghadapi kematian di awal usia.. Ya...begitu juga aku...Takut untuk menghadapi kematian... Ya pelbagai kemungkinan & pelbagai benda yang difkirkan:-

Takut berhadapan dengan Pencipta kita iaitu
Allah s.w.t

Berapa banyak amal yang aku ada??

Aku tidak bersedia lagi...

Banyak dosa-dosa yang aku lakukan kat bumi Allah..

Aku tidak puas lagi untuk menikmati hidup..

Adakah Allah menerima taubatku??

Adakah aku tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman?

Adakah aku dapat meraih syurga-Nya?

Adakah aku akan bersama para kekasih-Nya?

Fikiran kita bercelaru... tapi sedarkah kita dengan janji-Nya... " Kullu nafsi za iqatul maut"..
Setiap yang hidup pasti merasai mati..Hanya Allah saja yang tahu bilakah waktu kita...

Renung-renung...Lihat-lihat..Fikir-fikir..Tepuk dada tanya Iman...

Berbalik kepada kisah pesakitku...Alhamdulillah Allah mengabil nyawanya dengan mudah sekali...Jam 6.45 ptg dia telah kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah...Ramai yang melawatnya..Namun, tiada siapa yang menyedari pemergiannya.. Bila aku di panggil untuk membuat pemeriksaan, semua dah tiada

~Pupil dilated & fix..

~Pulse not finding..

~BP drop...

Semoga rohnya di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman... Saat aku memberitahu ahli keluarganya, bahawa beliau telah tiada.. Suaminya seakan-akan tidak percaya dan masih memanggil nama isterinya.. Ya Allah syahdunya aku waktu itu...Hanya Allah yang tahu.. Aku menangis dalam hati..melihat hibanya hati seorang suami setelah pemergiaan isterinya... Ego seorang lelaki hilang serta merta..Waktu anak kecilnya menangis memanggil-manggil nama ibunya hanya Allah yang tahu luluhnya hati aku melihat peristiwa tersebut...

* Anak kecil yang masih memerlukan ibunya
* Anak kecil itulah yang sentiasa menemani ibunya sepanjang hayat ibunya
* Anak kecil itulah yang mendengar rintihan ibunya di kala malam..

Aku doakan semoga anak kecil itu tabah.. Semampunya..Terkedu aku mendengar pujukan ibu saudaranya " Aliff, kena kuat..Kena redha.. Biarlah ibu pergi dengan tenang daripada melihat ibu menderita..Mak cikkan ada...Aliff kena sabar ye..." Airmata anak kecil itu terus mengalir...
Aku hanya mampu melihat & berdoa...

Alhamdulillah...Setengah jam kemudian, aku lihat anak kecil itu sudah boleh menerima kenyataan...Syukur alhamdulillah...Ya, mungkin kita boleh mengatakan sabar...Namun ,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....Aku hanya mampu memberi khidmat terakhir LO ( Last Office)...Teringat sebulan yang lalu arwah datang dalam keadaan yang sihat dan mampu bercerita denga aku di bilik rawatan , selalu waktu arwah datang berkesempatan dengan shift aku..Waktu itu arwah kelihatan lebih sihat berbanding selalu dan mampu untuk berdiri lagi.. Namun, Allah lebih menyanyangi arwah.. Yang tinggal hanya sekujur jasad yang tak bernyawa lagi..

02-01-11 ( Ahad)

Jam menunjukkan pukul 6:45 pm...Sedang aku berbual bersama rakan setugasku K.Mariyani..
Tiba-tiba kereta salah seorang staff di tempat kerjaku berhenti betul-betul di laluan kecemasan.. Beliau keluar sambil menjerit-jerit meminta pertolongan.. Aku meluru dengan membawa "wheelchair" namun dia menolak..Aku terus meluru ke bilik kecemasan dan menyediakan apa yang patut, suaminya telah mendukung ayahnya yang sudah "collapse"...Aku terdiam..Akumelihat sekujur tubuh dihadapanku..Kaku..sejuk..."no respon".. aku cuba memanggil namanya.. aku "examint" seluruh "pulse" yang ada..namun satu pun aku tidak rasa..
Stetoskop terus menjalankan tugasnya mendengar degupan jantung...namun "sepi"..

Rakan setugasku mengejutkan aku untuk terus melakukan " Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR)" Ya, kami bertiga-tiga bergilir untuk memberi tekanan dada bagi mengejutkan jantung yang tidur itu sehinggalah ketibaan doktor..Anaknya hanya mampu menangis..Aku sedaya upaya mencuba yang terdaya dengan kata-kata semangat daripada doktor untuk meneruskan "CPR"..Namun, telah ditakdirkan mendiang kembali ke alam sana.. Anaknya terus menyalahkan dirinya, namun sudah ketentuan-Nya...

Dua kematian yang berbeza...agama..bangsa..Namun, aku belajar sesuatu yang mungkin jarang kita lihat secara "live"...

** Penerimaan kita dalam menghadapi kehilangan orang yang kita sayang...
~~~ Perginya seorang isteri dari seorang suami..
~~~ Perginya seorang bapa dari seorang anak..

Moral: Kita sebagai seorang yang islam jangan islam pada nama.. Takutlah kita kepada Dia..Allah s.w.t Tuhan sekalian alam..Dan sentiasalah kita mengingati mati agar kita sentiasa takut untuk melakukan perkara yang mungkar..

Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.

Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.



Friday, December 31, 2010

Hari-hari terakhir 31-12-2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Illahi di atas segala yang diberikan..Moga di hari-hari terakhir ini membawa seribu erti...

2010 akan melabuhkan tirainya....

so, kenangan-kenangan 2010 turut membawa diri..

hari nih aku nk buat revision balikpe yg dah berlaku sepanjang tahun nih...
huhu...

01-01-2010 : uhm berazam untuk terus maju...

dan aku baru dapat result exam sem - 5..
Alhamdulillah...x pernah mimpi nk dapat sebanyak tuh...syukur sgt2..
~ pOstIng : Hospital Tanah Merah Kelantan

20-01-10 : Datuk sedara yang paling dekat nga aku kembali ke Rahmatullah...
Innalillahi...

21-01-10: aku menjejakkan kaki ke Kuala Krai
thanks KTM!

~~Februari~~

cepatnya masa berlalu..

25-02-10 : Last day in Tanah Merah...
Habislah posting ku
di Emergency Department, Operation Theatre,Labour Room

~~ Mac~~
1 sesi lagi tinggal untuk menamatkan posting...

07-03-10: Posting in Klinik Kesihatan Ketereh..

alhamdulillah..kami semua diterima baik oleh pihak2 KKK..
best sangat dop sini..kami ditempatkan di sebuah banglo..
huhu..yang kami namakan " VILLA KETEREH"

~~ Sesi Basic Life Support ( BLS) untuk memenuhi skop pembelajaran
sebagai Penolong Pegawai Perubatan..

~~April~~

29-04-10 : Ya Allah sedihnya nk tinggalkan bumi Ketereh ni..banyak kennagn yang tercipta kat sini...huhuhu...semakin lama...semakin cpat waktu berlalu
semkan dekat waktu untuk aku menamatkan pengajiaan aku..huhu..


~ Inilah antara kenangan yang sempat tertinggal di Ketereh~


~~miss this moment~~

to be continue......

Saturday, November 27, 2010

Bila waktu dah berakhir

Bila waktu telah berakhir masih adakah lagi waktu untuk kita menghitung apa yan telah kita lakukan kat bumi Allah nih?? Mampukah kita nak reverse masa nak to4 segala amalan2 kita? Terpikir x kita mane tempat kita nanti? Syurga @ neraka? Selalu kita hitungkan apa yang Allah ambik dari kita, p penah x kita pk n hitung nikmat yang Allah bagi kat kita??? terpk kah kita>> Hari2 kita dop ckp sal kemewahan harta dunia, kete besar , baju mahal, keje besar, pangkat tinggi>??? Tapi kita pk x esok2 kita tinggalkan dunia nih dengan berbekalkan KAIN KAPAN yang balut badan kita nanti, BMW kita ganti nga KERANDA, rumah mewah 14 tingkat kita diganti nga LUBANG sedalam 6 kaki BERBATU 2.. Teman2 kita yang dulu hilang ntah kemana, skunk teman kat dalam tuh cacing2 je..Dapat kawn yang iman tebal bolehlah sedekahkan kita AL-Fatihah p law same perangai nga kita jugak camne?? Pk x esok nak jawap pe kat dalam sane??? Kat dunia nih memanglah hafal sume p bila gi sane bwk bekal AMALAN kita jah..Insaf kejap bila dengar kisah azab2 neraka, dengar ceramah ( law dengar la) pastu x sampai 10 minit kuar lupe dah..tadi dop sebut " AKU INSAF doh"..uhm...uhm insaf kejap..ape nak jadi...??? Sosial?? gaul laki pompuan, bagi gambar kat laki, yang laki dop ngayat awek, tidow makan bangus sms, tapi nak bace doa tido yang pendek tuh malas cipan..Ajar adeq bace tapi time kita nk tidow x bace pom, dop bace mesej awek/pakwe..Pakwe/makwe htr mesej jiwang2 sket bleh nangis syahdu, p bila bace KALIMAH ALLAH, AL-Quran, kerasnya hati nak nangis.. siap boleh bergurau agi time bace..apa nk jadi??? bila couple x sampai setahun jagung dah ajak kawen bace doa qunut pom merangkat agi dah nak kawen..esok2 nk ajar anak2 ngaji semayang.. x pkir ke?? Bila time segar lupe semua semayang dop, ngaji dop.. bila sakit..baru nak merintih pada DIA.. x malu ke kta?? Ingat sket...dunia nih hanya pinjaman...Mati itu pasti..( Kullu nafsin za iqatul maut)..

Pikirlah sendiri...masing2 boleh pikir...

p/s: note nih buat peringatan untuk diri aku sendiri yang lahir dalam serba kekurangan...dan juga buat teman se FB sume..Moga sama2 kita menghayati " NAFAS" yang singkat nih..Maaf law da terkasar bahasa..

BINGKISAN : DOC SIRRUL AIN ( HAMBA ALLAH YANG SERBA KEKURANGAN)

~~ teman seandainya aku lalai, ingatkan aku dgn janji-Nya...~~


BILA WAKTU TELAH BERAKHIR..

Bagaimana kau merasa bangga

Akan dunia yang sementara

Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi

Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya

Waktu terhenti tak kau sadari

Masikah ada jalan bagimu untuk kembali

Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan

Semua dan segala yang ada akan

Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil

Teman sejati hanyalah amal

Bila waktu telah terhenti

Teman sejati tingallah sepi


Monday, October 25, 2010

Udang Hitam vs Udang Merah


Bismillahirrahmanirahim..

Syukurku kehadrat Allah s.w.t di atas kemudahan yang diberi untukku dalam meniti hari yang penuh liku-liku dan onak duri...Allahuakhbar..

Uhm hari nih aku bertugas jam 9:00 pm..so ,banyak masa yang ada dihabiskan di teratak sekilau... hari nih aku terasa nk masak lauk udang..tapi nak masak ape ye?? uhm...memandangkan gaji bulan ni tak masu lagi so, makan pom kena berjimatlah...hehe..maklumlah orang bujang...huhuhuu..
So, aku batalkan niat nak makan udang dan tukar menu kepada paprik..uhm best jugak kan! hehe..

Cerita pasal udang...
Teringat aku pada adik2 aku..Adik ada & adik wawa..hehe..Satu hari tu, dorang beria-ria nak makan udang masak merah...waktu aku baru bertatih nak belajar memasak..maklumlah aku anak pertama dalam keluarga dan menjadi tanggungjawab aku untuk berkorban masa sedikit menyediakan juadah untuk ahli keluargaku..( bunyi cam baik je..hehe)..
So, nak dipendekkan cerita, aku pun suruhlah diorang berdua nih pergi kedai untuk beli udang tersebut, yela kalau aku pergi keje kat dapur tak settle lagi.. Diorang berdua ni sama-sama takut naik motor, tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih kan..So, diorang kuatkan diri diorang untuk mendapatkan udang idaman mereka..hhehe..
Selepas10 minit diaorang pergi, telefon aku menjerit nyaring...terteralah name adik wawa,
aku cepat2 angkat takut terjadi pape kat diaorang nanti aku yang dapat "kerepek pedas"..huhu..
Perbualah aku dan adik:::

Aku: Hello, assalamualaikum...nape motor mampus ke??

Adeq wawa: waalaikumussalam, taklah along..

Aku: Habis tu kenapa?? Udang ada tak?

Adeq wawa: Tu lah masalahnya, udang takde la along..

Aku: ish2 takkan lah takde,cuba tengok betul2..

Adeq wawa: Ada tu ada...

Aku: uhm...( dok pikiaq)...sekejap ada sekejap takde...sebenarnya udang tuh ada tak??

Adeq wawa: ada tu ada...tapi bukan udang yang along nak...udang nih colour hitamlah along...
Along nak colour merah kan...?? ( dengan serius dia bagitahu aku)

Aku: ( gelak bagai nak rak) hahahahhahaha!!!

Adeq wawa: ( dgn nada merajuk) org cakp betul2 la...dia gelak lak..udang warna merah takde warna hitam je ada.. nak tak??

Aku: hahaha~ menymbung ketawa jahat ku lagi..(ish2 x baik betul..somiey deq)ok beli jerk! nanti kita warnakan dia jadi merah yer!

Adeq Wawa: ish along nih tak habis- habis lagi nak kenakan orang..tengoklah tak percaya udang tu warna hitam! weekk! K! Assalamualaikum!

Selepas 10 minit, diaorang pun balik membawa udang yang warna hitam tuh...aku tersenyum sendirian yela, mengenangkan kisah lucu diorang..huhuhu..Aku pun masaklah udang yang warna hitam tu dan mengubahya jadi warna merah!! jeng2xx!!!

udang masak merah..yummy...


Udang yang tak masak lagi..

So, tamat suda cite aku pasal udang hari nih..hehe..untuk adik2 aku..jangan marah daa kongsi cite nih..heheh...Sebab aku sayang korang and aku abadikam cite ni kat blog agar jadi kenangan wat kita semua...hehe~~ Udang memanglah hitam sebelum dimasak..hehe...

p/s: Aku doakan korang berjaya semua walau dimana korang berada...hehe...
Adik Wawa:: kini menetap di Plymouth, United Kingdom dan akan bergelar seorang guru BI dalam masa 4 tahun lagi (I/Allah biiznillah ) ...

Adik Ada:: kini berada di UiTM Puncak Alam dalam bidang Dip.Cara Pulih kerja ( Occupational Teraphy)

Semoga korang terus ke peringkat yang lebih tinggi..Amin...

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...