Tuesday, January 18, 2011

Fadhilat Solat Sunat Dhuha

Fadhilat Solat Dhuha..

Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah
satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh
Nabi Muhammad SAW.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w.
telah bersabda :
Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi,
niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha
yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi
jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan
keduniaan manusia setiap hari.

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda
yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota
seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah,
tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu
sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu
dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .
” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda
bermaksud :

” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat
Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia
daripada orang-orang yang tidak lalai daripada
mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan
nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada
orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa
yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan
baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanya
sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada
orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan
membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak
ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai
pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya
dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang
daripada hamba-hambaNya yang lebih baik
daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).

Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan
menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat
katanya:

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga
perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak
tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku
tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah
sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di
dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang
maksudnya :
Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya
diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti
buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku
mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang
mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat
dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada
emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kaifiyat Dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai
sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir
tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik
tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah
sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain
iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat
rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian
ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada
dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu,
sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
‘Aisyah bermaksud:

”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat
Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib
membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut.
Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada
rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah
Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat
kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah
Al-Ikhlas.

Niat Solat Dhuha:-



Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali :
Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu
keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu,
kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu,
penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezki kami
di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah,
bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh,
dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan,
kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa
yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang
shalih-shalih.” Amin..

1 comment:

  1. Salam moga kita sentiasa dilembutkan hati untuk terus sujud pada-Nya..Amin...

    ReplyDelete

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...