Thursday, June 14, 2012

Kenapa saya masih hidup?

Bismillahirrahmanirrahim...


KENAPA ALLAH HIDUPKAN LAGI AKU HARI INI???
Satu persoalan yang penting untuk kita persoalkan pada diri kita sendiri selepas terjaga dari tidur atau setiap kali kita terleka...bukan persoalan tentang dunia yang sangat menipu daya..
Kadang-kadang kita selalu terleka dengan setitis nikmat dunia yang Allah kurniakan sehinggakan kita mengabaikan nikmat akhirat selepas itu yang kekal selamanya.


 “Kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini?”
Jawapan dari Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali :
“Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan aku untuk bertaubat.."
* Jika DOSA itu ada BAU, pasti tiada manusia yang SANGGUP berbuat dosa kerana tidak tegar untuk berkubang dalam bau yang maha busuk itu. Jika pahala itu bernilai seperti wang, pasti semua orang akan terkejar-kejar pahala..
* Tapi masalahnya ialah; Dosa dan Pahala itu cuma akan diketahui dengan pasti selepas mati. Saya yakin, kita semua pasti akan KESAL nanti. Kesal sebab banyak dosa dan sedikit pahala..
* Maka, anggaplah dosa itu busuk. Dengan itu kita akan selangkah menjauhi dan membenci dosa, dan perlakuan dosa orang lain.

 copy by : Ust. SHAHRUL NIZAM BIN MD AHIR 



wadi ilmu

No comments:

Post a Comment

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...