Saturday, August 7, 2010

Orang Bujang

Alhamdulillah....
Syukur pada Allah s.w.t kerana masih memberi kesempatan untuk ain terus menulis & menulis hari ni. Memandangkan ain cuti hari nih bersempena NIGHT OFF duty minggu ni. Ain mengambil peluang untuk mengisi masa yang ada pada lappy kesayangan. Uhm ari nih ain xde wat pape juz bangun tidow then prepare untuk makan tengahari...huhuhu...Menu hari nih yelah Sayur Lemak + budu + ayam berempah Jiddan...


Sayur Lemak + Budu + Ayam Berempah Jiddan

Inilah serba sedikit menu yang sempat ain masak.. Kat sini ain nak kongsi resepi Ayam Berempah Jiddan ciptaan ain sendiri..huhuhu...

Ayam Berempah Jiddan


Bahan-bahan:

3 ketul ayam ( mengikut kemahuan anda)
1 batang serai - kisar
5 ulas bawang putih-kisar
1 inch halia-kisar
1 inch kunyit hidup-kisar
1 sudu kecil lada hitam-kisar
1 sudu makan jintan putih-kisar
Garam secukup rasa

Cara-cara :

1) Kisar bahan-bahan di atas jika anda tidak mempunyai blender boleh juga menggunakan kaedah tradisional iaitu lesung...hehehe..

2) Masukkan sedikit garam kedalam bahan yang dikisar..

3) Kemudian lumurkan ayam yang telah siap dibasuh dengan bahan-bahan yang telah dikisar..

4) Perapkan ayam tersebut selama 30 minit

5) Selepas 5 minit boleh siap untuk digoreng... ( Lebih lama diperap lebih sedap rasanya)..hehhe..

Selamat mencuba resepi dari Ain Jiddan...

No comments:

Post a Comment

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...