Tuesday, August 25, 2009

Pergi Tak Akan Kembali....

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang... Pergi takkan kembali?? Ye.. Kematiaan itu satu kepastiaan.. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..namun bila? tarikh? dimana? apakah sebabnya? Hanya Allah yang maha mengetahui kerana dia yang maha agung , pencipta sekalian alam..Allahu akhbar...Bila dihayati lirik lagu di atas..dada pasti berombak kencang.. kenapa?? kerana hati ini masih mencari-cari dimana destinasi hati ini?? Masih terasa kekosongan...Mencari diri ini..siapakah aku sebenarnya? untuk apa aku dilahirkan di dunia ini? Semuanya hanya kerana Allah s.w.t..Tetapi sedarkah dirimu wahai hati? Seringkali, tersasar dari landasan dek kerana mengikut kata nafsu & MR.S..yang sentiasa mencari peluang untuk menyelinap di celahan gumpal darah yang bernama hati.. Seringkali hati ini terleka dengan nikmat dunia tanpa mengira soal amalan yang akan " di top-up" kan untuk bekalan ke akhirat..

Namun, sebagai hamba kita haruslah bersyukur dengan nikmat yang diberikan & masih dipinjamkan "nyawa" untuk kita terus bernafas di bumi-Nya..Sementara hayat dikandung badan, sebolehnya kita harus zuhud & patuh akan perintah-Nya..Kenapa?? Seringkali persoalan ini bermain di benak fikiran.. Kerana kita adalah hamba-Nya...Kita sering terleka dan sentiasa melupakan-Nya, namun Allah tidak pernah meninggalkan walau sesaat..Ingatlah kita hidup kerana-Nya.. Hayatilah setiap sedutan nafas kita iringkanlah dengan zat-Nya..Jangan sekali kita meninggalkan kalimah "Allah" dari bibir & ingatan kita.. Dengan mengingati-Nya hati kita akan tenang.. Dengan MenginGati-Nya, Hati yang runsing kian riang.. Dengan mengingati-Nya hati yang lara dapat mengukir senyum...Hanya dengan Mengingati-Nya, kita sentiasa diredhai-Nya hidup dalam lindungan-Nya...Amin..Amin...

Perpisahan?? Satu ungkapan yang amat sukar digambarkan.. perpisahan merupakan satu kepahitan dan keperitan bagi kita..Kenapa? kerana kita akan kehilangan orang yang kita sayang, orang yang kita cintai.. Kita seringkali tewas dengan airmata & tangisan..Tapi Allah seringkali mengingatkan kita.." La Tahzan"... " Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita"... Jangan bersedih....Firman Allah s.w.t didalam surah Al-Hujurat, ayat 17 : sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan... Sehubungan itu, kita seharusnya redha dengan ketetapan-Nya..kerana Dia Maha Mengetahui.. Disebalik sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah-Nya.. Kita sebagai hamba, belajarlah untuk menerima kegagalan, kesedihan, kekecewaan, kesakitan, kehilangan dan keperitan..Ingatlah janji-janji Allah s.w.t...,didalam surah Adz-Dzariyat: 23 - "Maka demi Tuhan langit & Bumi, sesungguhnya yang dijanjikan adalah benar-benar ( akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan...."

Hari semakain hari usia semakin meningkat..Usia kita semakin lanjut.. Saat kematiaan sentiasa menghampiri kita, hanya kita yang tidak mengetahui bilakah tarikhnya..Kematiaan tidak mengenal usia..Ada yang muda diambil dahulu ada yang tua, ada yang sihat tanpa kesakitan sudah ditakdirkan untuk menghadap-Nya... Kita tidak mengambil iktibar daripada itu semua..kerana kita sering terleka..lalai.. dan sikap mengambil remeh soal tersebut... Namun sudah banyakkah amalan kita untuk dibekalkan ke sana?? Nasib kita disana adalah berbeza... Bergantung pada amalan kita di dunia..Jika di dunia, hidup kita tunggang-langgang..solat,puasa, zakat, bakti kepada ibu bapa kita tinggalkan mampukah kita mendambakan syurga-Nya? mampukah kita untuk menghidarkan diri dari seksa di kubur? Hidup dikubur yatim piatu... Tiada lagi teman, kawan, isteri, suami, adik, abang, kakak,ayah,ibu, anak dan sahabat yang menemani kita.. Hanya kita dan bekalan amalan kita sahaja...Di sana, kita tidak lagi petah berbicara umpama peguambela untuk membela sendiri pun kita tak mampu..kerana sudah ada saksi-saksi yang Allah kurniakan pada kita agar kita mencorakkannya menjadi yang terbaik namun kita alpa dengan tanggungjawab yang diamanahkan..

Sesungguhnya, dunia ini hanyalah satu persinggahan...Umpama sebuah pelabuhan yang disinggahi kapal-kapal yang kekosongan dan harus di isi dengan sesuatu yang berharga agar dapat meraih keuntungan suatu hari nanti...Renung-renungkanlah wahai sahabatku...Adakah kamu bersedia untuk " pergi" dan tak akan kembali lagi ke dunia yang penuh dengan suka-duka-lara-riang-gembira-sakit-sepi dan sebagainya...........Carilah destinasi anda...

p/s: Salam alaik kepada semua sahabat-sahabat pembaca sekalian semoga artikel ini menjadi ingatan kepada kita semua termasuklah diri saya sendiri...Jika terdapat kesilapan harap dimaafkan & jika terdapat kekhilafan pada kata-kata saya mohon seribu kemaafan kerana saya manusia yang banyak kekurangan...Jazakillah...

Monday, August 17, 2009

2nd day make me sick..

Syukur ke hadrat Illahi..aku masih sihat n dpt menyedut o2 agi..huhuhu..Alhamdulillah...ase malas sgt nak bangun..memandangkan keje kat wad memang meletihkan..huhu...Nak mandi pom x besh huhuhu...sejuk?? x...ayat slow...Musim H1N1..so everyday b4 gi keje dah kene pakai mask...lemas..bahaya tol... lemas kat darat..huhu..

Jam 8.oopg aku masuk wad cempaka..kerja2 dah menanti hehehe..pg nih aku keseorgn..elly & dayah hantar pt 4 CT Scan..so termangu2 aku keseorgn..huhuhu...terpaksalah aku menyibukkan diri..aku dpt arahan untuk buka wound pt IVDU..huhu..takut aku...dahla dia tuh suke ngarah org..i don't like...pagi2 agi dah nak tgkg2 org..igt aku nak buka sgt ke wound dia..huhu..byk pus yg kuar..menyebbkan aku terpksa menahan nafasku...huhuhu...ada ke patut ye nak marah aku sal nak buang crepe bandage yg da drainage..huhu..menguji kesabaran tol...

Makin tgh hari makin bertambah lop keje...ramai pt yg nak dihantar ke makmal x-ray..huhuhu...dahla katil wad tu semua berat2...perut aku lak tengah rancak menyanyi minta diisi...namun keje aku masih belum selesai...huhuhuhu~~ En.Hazlim & En.Hairi bagi aku the killer question..hentam student sorg..2 vs 1..mane leh..ternganga2 aku nak menjawab soklan dorag..& secara percuma aku dapat 'xsigment' ...huhu..esok kene present...ya Allah...malasnya aku nak belek note...namun, xkan aku nak menyerah kalah..walau apapun aku kene jawab soklan dorg..sok aku kene present..huhu...nice day to waitng for...

Jam 8.oo malam aku menyibukkan diri dgn mencari note sem2 lepas..dgn mata yg mengantuk..kla kawan aku nak sambung keje..huhuhu..daaaa...

Kawan...Sahabat...Umpama bintang?? bulan?? @ mesin ATM???

Sahabat..kawan....teman tapi mesra...teman sekolah...teman sebilik..teman sekampung & berbagai2 istilah agi yg bawak maksud Frens...huhhuhu...apa yg ada pada sahabat, kawan & teman??? Memang sukar untuk menetrjemahkan maksud kawan, teman @ sahabat..X kiralah camne nak terjemah erti sahabat, kawan & teman ini...Bagi aku...kawan, teman @ sahabat dilihat melalui konsep dalaman iaitu keihklasan, kepercayaan, kasih sayang & kejujuran....

Kawan oh kawan...dtgmu silih berganti..hadirmu tanpa dipinta pergimu tanpa kuhalau...kawan??

KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......
kata abah,KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....
kata atuk,KAWAN tu seperti air, terus mengalir
kata nenek,KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....
kate sedare,kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!
kata abang, KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata.....
kata kakak,KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik,KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.......
kata aku,kawan tu tak kisahlah camner..walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BINTANG,BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan..tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan ak.. itu cara aku berkawan..!! Wink

Betul ke??
korang rase??

Kawan aku cakap kawan nih ibarat :

1) Bank Segera (ATM bergerak : ala untuk pinjam duit sahaja)
2) Menumpang bangga dengan kelebihan yang ada(ala kalau kawan die anak datuk die pun akan dapat titel "anak kepada kawan datuk" bangga capab betul (CAPAB : cari publisity)
3) Dijadikan sebagai kuli batak dalam sesetengah hal yang dirasakan penting bagi dirinya
4) Sebagai patung untuk mempergunakan sehabis mungkin segala apa yang ada pada sahabat tersebut.
5) Sebagai penutup kesalahan..

Sahabat...

Sahabat orang yang paling rapat nga kite...mungkin kawan yang kita sayang sampai bila2..mungkin jugak leh jadik musuh kita suatu hari nanti..namun x siapa tahukan.. Boringkan hidup kita tanpa sahabat.. rasa kosong, sunyi, malap jer...tapi kita x sedar....Akan kehadiran sahabat kite...kadangkala, apabila dia sudah pergi meninggalkan baru kita menyedari akan kehadirannya...Sahabat oh sahabat...engkaulah penawar suka & duka...dalm sendu & tawa....Menjadi penyelamat tika kita dalam sendu...ye...Tapi sini aku nak bagitow erti bersahabat...:

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Namun mampukah kita?? bolehkah kita jadi sahabat yang jujur & ikhlas..Mampukah kita beri kemaafan padanya seandainya dia tersilap?? mampukah kita untuk menjaga hatinya??? mampukah kita untuk menerimanya jika terdapat kekurangan?? mampukah kita?????????????????!!!!!!!!! tepuk dada tanyalah hati...

Terimalah sahabat, rakan, kawan atau teman seadanya.. kerana mereka jua insan yg ada kelebihan & kekurangan seperti kita...Jadilah sahabat, rakan, kawan & teman yg baik..seorang sahabat adalah anugerah TUHAN untuk kita. kemana dia pergi, kita akan mencarinya..dari mana dia datang, kita tak perlu tahu tapi kemana dia menghilang kita pasti merinduinya....belajarlah hargai sahabat anda....

Jgnlah kite b'sahabat krn klebihan nye..
mgkin dgn 1 klemahan nye, kite akan mnjauhkan nye...
jgnlah kite b'sahabat krn kbaikan nye..
mgkin dgn satu kbrukan nye, kite akn m'bnci nye...
jgnlah kite b'sahabat krn ilmu nye..
mgkin ketika dia buntu, kite akn m'fitnah nye...
jdnlah b'sahabat krn sft ceria nye..
jika dia tdk lg pandai m'ceriakan, mgkin kite akn menyalhkn nye...
tapi...
terimalah dia seadanye...
krn juga manusia biasa...
bersahabatlh ikhlas krn ALLAH...

p/s: saya memohon maaf jika artikel nih ada yang kata2 yang mengguris hati.. Kedatangan artikel ini adalah untuk meneyedarkan saya sendiri & anda semua tentang indahnya dunia persahabatan kerana-Nya...Sirrul_asrar

Sunday, August 16, 2009

nIce...nIcE & nIce...

Alhamdulillah..syukur pd Allah..aku still sihat dan dpt menjalani kehidupanku,...huhu... Hari nih 1st day aku keje kat wad orthopedic...huhu..takut gok..keje kat klinik len...keje kat wad lain..after orientasi aku, elly & dayah ditempatkan kat wad cempaka...bezla jugak...tapi penat sket...byk pt yg kene hantar x-ray..
katil wad ortho sume bert2 nak tolak..huhuhu...sakit pinggangku mengagahkan diri untuk menolak katil...huhuhu..sdey kasut aku dah comot dek kerana dipijak oleh katil..huhuhu...baru jerk aku gilapkan semalam...masuk jer doc bagi ak amek darah..hehe..suke ngat jadik drakula..kui2xxxx...keje kat wad same jer law bab dressing pt diabetic ulcer..huhu..

hari nih rehat awal jam 12:15tgh dh bleh balik masuk lop kui 2:45 ptg..huhu..bez...alhamdulillah keje aku siap jugak tepat2 jam 5:00ptg...

Then balik bilik aku mengadap notebook..jam 8:30 malam mata aku ngantuk sgt...aku pom tertidow...tepa2 jam 9:15mlm..aku dikejutkan dgn suara dayah, " In! In! In! bangun!! lighter dop ane?? blackout"....aku dgn pantas bangun bgtow ktne la lighter aku simpan...then, aku cube untuk tidow kembali..namun.... "Hepi bestday to u!!!hepi bestday to u!!~~~" upenya budak2 nih wat surprise kat aku...aku tersenyum dan kelu...rasa terharu.....Thanks 4 dayah, elly, k.lin.k.M,kina,dilla, jihan, n kengkawan sumer...huhuhu...walaupun sambutan kecik2 jer tp ye dah cukup menggembirakan aku...huhuhu...Thanks a lot...

Cam bese law jumpe kek habis muka kene conteng dek kek..huhu...aku ngadap tv n kembali pd notebook kesygnku ini...coz nak sambung tulis report aku..ok daaaa~~~

Love...

Love is ever so beautiful
Like the morning dews on blossoming roses
Lifting its veil among the tall mountains
Letting the sun rays seep through the clouds.

But the love of a human being
Never lasts long
One will say enough is enough
Or both will be separated by death.

This love is but temporary
The morning dew will evaporate
The tall mountains may fall from earthquakes
The sun rays will be shrouded by lightning clouds.

What love lasts forever then
Despair not for I will tell you
There is nothing greater than the love of Allah
That lasts forever and eternally.

The love of Allah never disappoints
Bringing us closer to Him
Each time we remember Him
Even death will not do us apart

Materialistik..Bombastik..Plastik..

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan
Mercedes Benz siri 8 terbarunya di depana pejabatnya.
Ketika dia membuka pintu keretanya sebuah lori melintas
terlalu dekat lantas terlanggar dan menerbangkan pintu
kereta peguam tadi sekaligus menghentam bahagian depan
Mercedes Benz itu dengan kuat...

Org ramai segera dtg berkerumun dan mereka melihat
peguam itu menjerit-jerit sambil menangis dengan histeria
sambil menunjuk ke arah keretanya yg remuk teruk itu.

Beberapa minit selepas dia boleh mengawal emosinya
beberapa org disitu mengeleng-gelengkan kepala dan memandang
hina ke arah peguam itu. Seorang dari mereka berkata "saya tidak
sangka yg sifat materialistik kamu amat keterlauan. kamu hanya
mementingkan kebendaan semata-mata..."

"kenapa kau berkata begitu?" tanya peguam tersebut. Lelaki itu
menjawab "tidakkah kamu tahu yg lengan kiri kamu terputus
diseret lori tadi???"..Peguam td terkejut dan menjerit.."Arghhhh...Jam
Rolex akuuuuu!!!"....

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...