Saturday, January 14, 2012

Stress

Ada apa dengan stress???

Stress!! Stress!! Stress!! Biasa kedengaran dari "mulut-mulut nakal"... Ya...Setiap orang pasti pernah melalui saat-saat stress! Stress merupakan sesuatu yang normal dalam kehidupan manusia, kerana dengan adanya "tekanan" dalam kehidupan seharian kita, dari situlah bermula episod untuk kita menanganinya dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Stress juga merupakan batu loncatan untuk kita meningkatkan prestasi kerja kita.

Secara umumnya, bila kita dalam keadaan stress fikiran akan jadi runsing, jiwa akan celaru, hati menjadi tidak tenang dan kita cuba untuk mengelakkan diri dari masalah tersebut.



Menurut buku Solusi bil.39:::Pahrol Mohamad Juoi

Melalui tulisan beliau : Stress bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus. Tanda
kesempurnaan manusia ialah apabila dia tidak sempurna. Dan stress
antara bukti manusia tidak sempurna.

Definisi:
Stress secara mudah adalah bebanan mental dan fizikal individu

Stress terbahagi kpd 2:

Eustress apabila ia terkawal dan membawa manfaat

Distress apabila ia berlebihan dan membawa mudarat.

Tanda-tanda stress:

1) Tanda-tanda Fizikal

  • Sakit kepala
  • Masalah tidur
  • Perubahan selera makan
  • Cepat letih
  • Lenguh-lenguh badan
  • Jantung berdebar-debar
  • Pernafasan semakin laju
  • Kering mulut
  • Gementar
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
  • Letih lesu

2) Tanda-tanda Psikologi

  • Gelisah
  • Keresahan
  • Tidak merasa seronok
  • Bosan
  • Low mood dan murung
  • Hilang sabar
  • Mudah marah
  • Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
  • Mudah lupa
  • Takut gagal
  • Rendah diri

3) Tanda-tanda Tingkah Laku

  • Merokok berlebihan
  • Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
  • Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
  • Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Masalah tabiat makan
Cara Mengatasi:
* Biasakan diri dengan berwudhuk
* Perbanyakkan baca al-quran
* Banyakkan solat sunat
* Selalu berdoa kepada Allah
* Bersangka baik dengan Allah
* Banyakkan bersukan : - berbasikal, jogging, jungle trekking
* Amalkan diet pemakanan yg baik
* Menangis dengan sepuas hati
* Hargai kebolehan diri sendiri
* Cintailah diri sendiri
* Berhibur secara sederhana

Doa Apabila Menghadapi Tekanan....

Sekian dari saya....moga kita sama-sama mendapat hidayah dari-Nya....



Wednesday, January 11, 2012

Selamat Hari Lahir Miss Wawa!!

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t yg masih memberi ruang dan peluang untuk Jiddan bernafas di bumi-Nya....

Ok! Hari nih Jiddan nak kenalkan kawan Jiddan!

Nama dia Hafidzatun Nadwa juz call her Miss Wawa!

Orangnya cantik! Putih berseri!

Kawan Jiddan nih sedang melanjutkan
pelajarannya di UK...
dalam bidang pendidikan ( TESL)
selama 4 tahun kat sana!

Beberapa minit lagi, bezday
(tadi Jiddan tulis post nih b4 pukul 12..hehe)
kawan Jiddan nih!!

So, Jiddan nk wish

HAPPY BEZDAY MISS WAWA!!

Semoga terus sukses di Bumi London!!

n sentiasa dirahmati Allah s.w.t..

Moga2 hari2 yang dilalui makin bermakna

dan dipenuhi dengan kekuatan cinta-Nya!

Nih gambo Miss Wawa masa 1st year kat
Plymoth ( btl ke Jiddan eja??)

Beselah budak2xx...hehe...makan ikut dan je...



Jiddan doakan moga Miss Wawa berjaya menggapai cita-cita nan satu!
Jiddan berharap jugak persahabatan kami kekal hingga
akhir hayat...
Amin..

Monday, January 9, 2012

Jalan-jalan Hari Minggu

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t..

Hai kawan-kawan...Gembira-gembira isnin (Happy2 Monday)...haha..Seronok 2 Hari cuti...

Lame jiddan x rasa kebahagiaan di hari minggu...

why??

Kerana hampir 1 bulan...Jiddan On-Call,,,

** On-Call - bekerja di atas panggilan...
( Mean: Bila ada pesakit baru Jiddan pegi klinik, yg
selebihnya tunggu kat rumah)...


Hari ni keje macam biase ...
Patient pom x ramai..
Coz sekarang student tgh exam...
hohoho! so x bz sangat..
Ada beberapa student yg Exam kat ward sementar..
Disebabkan masalah kesihatan..
Moga dorang dapat menjawab soklan dgn jayanya..
*** Good Luck***

Berbalik kpd hari semalam..
8:00 am Jiddan dh gerak kuar rumah..
Pecah Laju kat luar!
Pekena Nasi Kerabu kat De'Aisyah..
uhm...Yummyy!!


Nasi Kerabu, Pulut Manis & Pulut Ikan Masin
Nasi Lemak..
Maklumlah selera Pantai Timur!

hehe...Jiddan n kawan2x melencong ke Pasar Sehari..
area East Cost Mall...
Inilah orchid yang menjadi idaman
& menjadi milik kamiii!!!
comel x???


n then, x lupe ke nursery rasa sayang!
Nak beli pasu orchid!
Paling Penting basuh kete kat
Auto Wash...Ingatkan fully pakai machine...rupanya menggunakan
tenaga pekerja jugak!huhuhu!
whateva enjoy!
Buah yg cumel tu namanya
Buah Pulasan!
Nk Makan kena pulas dulu!
Jumpa budak cumel! namanya!
Dzar Raiyyan!

Huhu! Penat! seharian berjalan!!
K..Jumpa Lagi!

Wednesday, January 4, 2012

Ada apa Tahun Baru???



Alhamdulillah dia atas kurniaan Allah s.w.t

Badan yg sihat

cergas...

Mata yg masih bisa melihat ( walaupun rabun..hihi)

rasanya masih x terlewat untuk mengucapkan

" Selamat Tahun Baru 2012"

Ada apa dgn tahun baru yerk???

huhu..

Pertama, mestilah azam baru ye...

ngeh2xxx..

Ape azam tahun baru jiddan hah???

haha...

" biarlah rahsia" bak nyanyian lagu siti..

Moga tahun baru nih membawa seribu makna

buat jiddan sbg hamba Allah di bumi-Nya...

Moga menjadi yg insan yg sentiasa di jalan-Nya...

Insya-Allah...

1st January 2012...

Haish pe nk buat erk??? hahai! cuti yg diisi dgn penuh xtvt..

ngeh2xxx..

kemas umah...cuci baju...cuci kete...cuci beskal...cuci motosikal..

semua benda nk cuci! maklumlah tahun baru!

Hati pom kena cuci jugak!! dari virus2xx,fungal & bakteria!

Taraaa!!!


kerajinan di tahun baru...cuci kete!


my kriss...hehe...dah cumel!

nilah beskal yg digunakan utk proses menurunkan
berat bdn saye! haha...


nih xtvt tambahn je...men "tinted" kete..
betulkah bahasa yg jiddan guna pakai ni ha??

03 January 2012

Dah masuk keje dah..huhu..
DEMAM SBPA lop..
huhuhu...
tarihkh nk htr opsyen SBPA...
kui2xx..
diziness dah jiddan pikiaq~~
hohoi...

04 January 2012..

mean...semalam...baru 21 minit berlalu...hehe..

keje n keje...

cadang nk update knowledge lagi...

Moga dipermudahkan segala urusan...

Amin...

tatataatititititututu...
Selamat Malam...
Assalamualaikum....
Tinta ::: Sirrul Jiddan:::

Tuesday, October 25, 2011

Think Positive

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah....

Think positive??? Apa yang positif tu?? Amal?? Fikiran?? Perasaan?? Emosi??

Ok..hari nih saya nak kongsi sedikit cerita pasal "Berfikiran Positif"...




Al-maklum semalam saya ada terbaca " Inilah Kelebihan Solat Subuh" dalam majalah SOLUSI Isu No.36 ditulis oleh Pahrol Mohamad Juoi... Di situ, beliau ada menulis tentang kelebihan-kelebihan apabila kita bangun awal dan mengerjakan solat subuh di awal waktu...dan tidak menyambung tidur lagi setelah mengerjakan solat subuh...

Saya tertarik dengan ulasan beliau
10 minit seaik sahaja bangun daripada tidur sangat menentukan kecemerlangan pada hari tersebut. Oleh sebab itu, perlu diisi sebaik-baiknya dengan perkataan,perbuatan,perasaan dan fikiran yang baik-baik...


Alhamdulillah...saya terjaga di awal pagi... dan saya cuba amalkan apa yang ditulis oleh beliau iaitu harus berfikiran yang baik-baik setelah bangun daripada tidur...Insya-Allah hari itu akan menjadi hari yang terindah dalam hidup kita...Alhamdulillah..saya berjaya...membuang fikiran-fikiran yang tidak elok...biasa lah...saya manusia biasa...yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan...

Ternyata! Hari ini adalah hari terindah buat saya...Allah memberikan saya kemudahan dalam melakukan setiap tugasan yang diberikan oleh Ketua Jabatan saya..



إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

So, mulai hari nih kita bangun pagi-pagi...pasang niat elok2x... fikirkan hal2 positif2xx...Moga Allah mempermudahkan segala urusan kita pada hari tersebut dan seterusnya... Yeay!! Think Positive! Be Positive!!

Friday, October 7, 2011

Jom Istighfar!!!


Bismillah....

Assalamualaikum w.b.t...

Sempena hari jumaat yang mulia nih...Ape kate kita sama-sama

buat amal....x banyak sikit pon jadi la....Jom istighfar!!!

Nih antara kelebihan-kelebihan / fadhilat istighfar.....

Dari ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah:

1) Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.

2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.

3) Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta‘ala dan untuk mencapai keredhaanNya.

4) Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.

5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan apa yang dilarangNya.

6) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.



Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...