Carilah cinta Allah sebelum mengenal cinta manusia..Kerana Cinta Allah abadi selama-lamanya...
Monday, February 21, 2011
Keluarga Tersayang....
Saturday, February 19, 2011
Suatu Ketika Dahulu
Syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan kudrat dan tenaga yang masih bersisa ini..masih mampu untuk aku berceloteh di laman ni...Alhamdulillah...
04 JUN 2007
Melangkah sepasang kaki ke sebuah tempat yang di beri nama Kolej Islam Sains & Teknologi..Berat hati ini melangkah namun mengenangkan cita-cita yang diimpikan..mengejar impian yang menggunung..di usir segala resah yang hadir di jiwa raga bakul motosikalku...( aish melalut la plop)... Setapak demi setapak kaki ini melangkah...hingga sampai ke pintu masuk kolej tersebut...termenung sejenak..adakah tepat keputusan yang dibuat...Sekali melangkah tak akan berpaling lagi...Berpantang maut sebelum ajal...teruskan melangkah AIN...jangan takut..jangan gentar...Course yang dipilih adalah Diploma Pembantu Perubatan... Bukan suatu yang biasa pada saat itu...pelbagai tohmahan dan suara2 garau mencecah sereblumku namun itu bukan peghalang...antaranya:::
Ayat2 Cinta 1 : ish ada ke Dressa/MA/Pembantu Perubatan n the lastest name ( Penolong Pegawai Perubatan) pompuan??? ish semua laki...boleh ke pompuan buat keje angkat2 pesakit..larat ke??? awak tu kecik??
Terhiris hati ini bagai tertusuk sembilu bisa...pedihnya entah bila akan terhenti... ( menyanyi la plop..huhu...) Ye Alhamdulillah..aku lalui dengan hati yang terbuka...Aku bersyukur dengan apa yang Allah berikan..Ummi wa abi yang sentiasa menyokong...kawan2 yang sentiasa di cc...60 buddies MA yang cute mute... Pengarah yang baik ..Lecture yang berdedikasi..Awesome!! Allah is the best! Dia yang mengetahui segalanya....
1st sem....
Belajar dalam serba kekurangan namun dengan kehadiran lecture yang bersemangat waja...diberi kata2 semangat yang menbangkitkan semangat untk terus maju kehadapan...Alhamdulillah..keputusan yang menberangsangkan! good job!! aku dah melangkah setapak ke hadapan...huhu..Pastu adalla plop lawatan ke Jabatan Forensik HUSM...huhu...ni pic pertama kiteorang bersama...huhu...

hehe...kecik2 agi mase nih...
2 Sem...
Kami semua mula melangkah jauh...berhadapan dengan pelbagai subjek2 yang tak pernah mimpi selama ni...huhu...waktu semakin berlalu...kedewasaan semakin menjengah..huhu..masa berputar kian pantas...tanpa sedar waktu meninggalkan kita...( cewah ayat!!)

Sem 2::: Lokasi:: Unit Forensik Hosp. Ipoh Perak...
~sEm3St3r 1~
~ s3mEstEr 2 ~
~ sEm3st3r 3 ~
~ s3mEsTeR 4 ~
~ sEm3st3r 5 ~
~ s3mEst3r 6~

Hari-hari yang berlalu semakin sempit dirasai..meninggalkan semua kenangan bersama kawan-kawan...huhu...sedihnya rasa nak tinggalkan zaman persekolahan..huhu....
Cepat waktu berlalu...huhu...akhirnya kami semua diijabkabulkan dengan segulung Diploma Pembantu Perubatan....
p/s::: waaa...ain rindu korang sume!!! AMO Jun 07!!
MeDIkkk!!!! sEDia!!!
rindoo ngat nk dengar jeritan korang!
so grocious!
to be cont::: Doc Sirrul Ain
Thursday, February 17, 2011
Mencari sesuap nasi...


Tuesday, January 18, 2011
Fadhilat Solat Sunat Dhuha
Fadilat Solat Dhuha
Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Fadilat Dhuha
Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:
1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Kaifiyat Dhuha
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:
”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.
Niat Solat Dhuha:-
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali :
Kematian Bukan Pengakhiran..

Bismillahirrahmanirrahim...
Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.
Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.


