Saturday, June 15, 2013

Kuih Tradisional

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Ok, hari ni Jiddan nak kongsi pasal negeri Kelantan..

Sepanjang minggu lepas Jiddan telah menghadiri " Seminar Kebangsaan"

bermula 11 Jun 2013 hingga 13 Jun 2013.. Jiddan menginap di Crown Garden Hotel...Hotel ni terletak ditengah-tengah kota iaitu di Jalan Kebun Sultan..Negeri Kelantan terkenal dengan pelbagai jenis kuih tradisional..uhm yummy! So, Jiddan tak nak cerita panjang jom tengok gambar!

 Kuih Koci
Hah yang ini namanya kuih koci kulit 
luar kuih ni diperbuat daripada tepung beras.. dalam intinya adalah
kacang! Kuih ni kecik je besar sket daripada
duit 50 sen! rasanya uhm yummy!
Nasi Kerabu
Yang ini pula kedai nasi kerabu yang femes
kata kawan saya..hihi..Nasi kerabu ni berlaukkan daging bakar,ayam goreng,
ikan celup tepung dan telur masin. So, anda boleh pilih mana satu yang anda nak!

Laksa & Laksam
Bunyi macam sama tapi rupanya berbeza..Kat kelantan
ada 2 jenis laksa iaitu laksa lemak dan laksa pinang. Laksa Lemak kuahnya
adalah santan yang dimasak.
Ok, laksam pula ada satu jenis kuah je! 
Kawan2 semua pasti kenalkan!


Apong/Apam Balik
 Apong nama yang x asing di negeri Kelantan & Terengganu..
kalau negeri lain panggil apam balik (kalau x salah ye)..
Ok yang nih saiz kecik punya..
rasanya rangup!
Keropok Goreng!
Yang ini semua orang kenalkan! hehe


Kuih Kato rasanya liat dan dimakan bersama
gula melaka atau nisan (loghat kelate&ganu)..hihi..

 Ada jugak orang panggil Ase-gupal..Ia diperbuat
daripada sagu, sesetengahnya terdapat inti kacang kat dalam..
kuahnya adalah santan..rasanya sangat sedap!
Haha! mesti kawan2 pelik kan nama dia Tepung Bokol..
Ia diperbuat daripada ubi kayu dimakan bersama santan
yang dimasak sehingga pekat! rasanya lemak2 manis!

Koleh Lemok

hehe, kalau orang luar negeri kelantan Jiddan
x tahu dorang panggil ape..hehe..
Koleh lemok ni dimakan bersama sambal ikan dan 
santan!
rasanya sedap!

Ok, that's all! hehe inilah sedikit perkongsian
dari Jiddan, hope sape2 yang nak berjalan
ke Kelantan bolehla mencuba kuih2 ni semua!

No comments:

Post a Comment

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...