Thursday, February 9, 2012

Penyakit Hepar


Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

Kehidupan hari ini, ramai yang sanggup berbelanja besar demi kesihatan sebab kesihatan sangat berharga. Semakin canggih dan prihatin manusia terhadap kesihatannya, kita sekarang masih lupa memberi perhatian terhadap penyakit hati yang jauh lebih bahaya dari penyakit fizikal.

Antara tanda-tanda penyakit hati yang perlu kita ambil perhatian :

1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan. Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula. Contohnya melakukan solat bukan dengan “sengaja’ tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa.

2) Tidak tersentuh ayat al-Quran. Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyu’ atau tunduk dari membaca al-Quran dan mendengarnya.

3) Tidak tersentuh dengan ayat kauniyah. Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit, bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya.

4) Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat.Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata.

5) Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat. Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang.

6) Kemaksiatan berantai. Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya.

7) Meremehkan dosa kecil.Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa ke neraka. Seperkara lagi, kita perlu faham dosa besar bermula dengan dosa kecil, banjir besar bermula dari titis hujan.

8) Tidak peduli sumber makanan. Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga dengan syubhat, yang dia kira sedap dan enak, selera kena tinggi. Makan di mana pun tidak kira kedai orang Islam atau bukan Islam yang penting sedap yang kaw-kaw.

Begitu juga dengan punca pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang pasti dapat banyak, hidup kaya raya. Rasuah, curi, seludup, ampu ke semua dibedal.


No comments:

Post a Comment

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...