Tuesday, January 18, 2011

Kematian Bukan Pengakhiran..


Bismillahirrahmanirrahim...
Syukur Ke hadrat Allah s.w.t kerana masih memberi aku peluang untuk terus bernafas di bumi-Nya....Ya Allah Ya Lathif...lemubutkanlah hati ini sebagaimana engkau melembutkan hati para kekasih-Mu...Sesungguhnya, aku berlindung dari mati & kerasnya hati ini...Amin...

30-12-10 ( Khamis)

Alhamdulillah,..aku masih berkesempatan menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang pekerja....anak...pelajar...dan yang paling penting aku adalah hamba-Nya...Moga aku tergolong dalam golongan sami'na wa atho'na...Ditakdirkan aku bertugas shift petang..Nak di jadikan cerita, ada seorang pesakit aku yang sedang sakit tenat, dan doktor telah mengesahkan bahawa beliau tiada harapan untuk sembuh lagi setelah menderita kerana "Breast Cancer".. Penyakit ni amat menakutkan bagi kaum-kaum hawa sebagaimana yang diketahui semua boleh membawa maut..

Ya.. Bila dengar perkataan " MAUT" kita seakan-akan takut dan gentar..
Gementar jantung bagai disiat bagai tiada henti, sehingga terbawa di dalam tidur...
Tidak ramai yang ingin menghadapi kematian di awal usia.. Ya...begitu juga aku...Takut untuk menghadapi kematian... Ya pelbagai kemungkinan & pelbagai benda yang difkirkan:-

Takut berhadapan dengan Pencipta kita iaitu
Allah s.w.t

Berapa banyak amal yang aku ada??

Aku tidak bersedia lagi...

Banyak dosa-dosa yang aku lakukan kat bumi Allah..

Aku tidak puas lagi untuk menikmati hidup..

Adakah Allah menerima taubatku??

Adakah aku tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman?

Adakah aku dapat meraih syurga-Nya?

Adakah aku akan bersama para kekasih-Nya?

Fikiran kita bercelaru... tapi sedarkah kita dengan janji-Nya... " Kullu nafsi za iqatul maut"..
Setiap yang hidup pasti merasai mati..Hanya Allah saja yang tahu bilakah waktu kita...

Renung-renung...Lihat-lihat..Fikir-fikir..Tepuk dada tanya Iman...

Berbalik kepada kisah pesakitku...Alhamdulillah Allah mengabil nyawanya dengan mudah sekali...Jam 6.45 ptg dia telah kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah...Ramai yang melawatnya..Namun, tiada siapa yang menyedari pemergiannya.. Bila aku di panggil untuk membuat pemeriksaan, semua dah tiada

~Pupil dilated & fix..

~Pulse not finding..

~BP drop...

Semoga rohnya di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman... Saat aku memberitahu ahli keluarganya, bahawa beliau telah tiada.. Suaminya seakan-akan tidak percaya dan masih memanggil nama isterinya.. Ya Allah syahdunya aku waktu itu...Hanya Allah yang tahu.. Aku menangis dalam hati..melihat hibanya hati seorang suami setelah pemergiaan isterinya... Ego seorang lelaki hilang serta merta..Waktu anak kecilnya menangis memanggil-manggil nama ibunya hanya Allah yang tahu luluhnya hati aku melihat peristiwa tersebut...

* Anak kecil yang masih memerlukan ibunya
* Anak kecil itulah yang sentiasa menemani ibunya sepanjang hayat ibunya
* Anak kecil itulah yang mendengar rintihan ibunya di kala malam..

Aku doakan semoga anak kecil itu tabah.. Semampunya..Terkedu aku mendengar pujukan ibu saudaranya " Aliff, kena kuat..Kena redha.. Biarlah ibu pergi dengan tenang daripada melihat ibu menderita..Mak cikkan ada...Aliff kena sabar ye..." Airmata anak kecil itu terus mengalir...
Aku hanya mampu melihat & berdoa...

Alhamdulillah...Setengah jam kemudian, aku lihat anak kecil itu sudah boleh menerima kenyataan...Syukur alhamdulillah...Ya, mungkin kita boleh mengatakan sabar...Namun ,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....Aku hanya mampu memberi khidmat terakhir LO ( Last Office)...Teringat sebulan yang lalu arwah datang dalam keadaan yang sihat dan mampu bercerita denga aku di bilik rawatan , selalu waktu arwah datang berkesempatan dengan shift aku..Waktu itu arwah kelihatan lebih sihat berbanding selalu dan mampu untuk berdiri lagi.. Namun, Allah lebih menyanyangi arwah.. Yang tinggal hanya sekujur jasad yang tak bernyawa lagi..

02-01-11 ( Ahad)

Jam menunjukkan pukul 6:45 pm...Sedang aku berbual bersama rakan setugasku K.Mariyani..
Tiba-tiba kereta salah seorang staff di tempat kerjaku berhenti betul-betul di laluan kecemasan.. Beliau keluar sambil menjerit-jerit meminta pertolongan.. Aku meluru dengan membawa "wheelchair" namun dia menolak..Aku terus meluru ke bilik kecemasan dan menyediakan apa yang patut, suaminya telah mendukung ayahnya yang sudah "collapse"...Aku terdiam..Akumelihat sekujur tubuh dihadapanku..Kaku..sejuk..."no respon".. aku cuba memanggil namanya.. aku "examint" seluruh "pulse" yang ada..namun satu pun aku tidak rasa..
Stetoskop terus menjalankan tugasnya mendengar degupan jantung...namun "sepi"..

Rakan setugasku mengejutkan aku untuk terus melakukan " Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR)" Ya, kami bertiga-tiga bergilir untuk memberi tekanan dada bagi mengejutkan jantung yang tidur itu sehinggalah ketibaan doktor..Anaknya hanya mampu menangis..Aku sedaya upaya mencuba yang terdaya dengan kata-kata semangat daripada doktor untuk meneruskan "CPR"..Namun, telah ditakdirkan mendiang kembali ke alam sana.. Anaknya terus menyalahkan dirinya, namun sudah ketentuan-Nya...

Dua kematian yang berbeza...agama..bangsa..Namun, aku belajar sesuatu yang mungkin jarang kita lihat secara "live"...

** Penerimaan kita dalam menghadapi kehilangan orang yang kita sayang...
~~~ Perginya seorang isteri dari seorang suami..
~~~ Perginya seorang bapa dari seorang anak..

Moral: Kita sebagai seorang yang islam jangan islam pada nama.. Takutlah kita kepada Dia..Allah s.w.t Tuhan sekalian alam..Dan sentiasalah kita mengingati mati agar kita sentiasa takut untuk melakukan perkara yang mungkar..

Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.

Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.



No comments:

Post a Comment

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...