Monday, July 30, 2012

Ahlan wassahla ya ramadhan..

Assalamualaikum w.b.t...

10 Ramadhan 1433 h..

Rasanya masih belum terlambat untuk Jiddan ucapkan SELAMAT BERPUASA buat muslimin& muslimat yg dirahmati Allah sekalian...semoga dgn kedatangan ramadhan kali ini dapat meningkatkan iman Jiddan & sahabat2 sekalian...Sempena bulan mulia ini, sama2 lah kita mencari keredhaan Allah....

Jgn lupa!!
- niat pose
- Jaga mata,telinga,mulut,kaki,tangan,lidah & everything yg ada pd kita dari benda2 yg haram makhruh mahupun yg membatalkan pose!
- Jgn lupa cepat2 buka pose ( bila dh masuk waktu la..hihi)
-  Jgn lupe solat terawikh!
- Jgn lupe berzikir & tadarus alquran..
- Qiamulail
- Solat Tahajjud!
- Bersahur
- Jgn mengumpat, mengadu domba,memaki hamun & sewaktu dgnnys!
- Jgn lupe solat jemaah & mengimarahkan masjid!
- berinfak @ bersedekah di jln Allah!
- Jgn byk makan! ( nanti mls nk wat ibadat!)


Semoga segala amal ibadat kita pada bulan ini membawa seribu keberkatan buat kita...Anggaplah ramdhan in yg terakhir buat kita...

Tuesday, July 3, 2012

Welcoming Sabah 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari nih Jiddan nak sambung cite pasai XPDC gunung kinabalu..

Hari ke-3 21 Jun 2012 @ 9:30 am

Jiddan n kengkawan bertolak ke TIMPOHON GATE dimana tempat permulaan bagi pendaki yang akan mendaki ke GUNUNG KINABALU... Kira cam check point pertamalah untuk mendaki... jom tgk gambar!


Pintu masuk ke TIMPOHON GATE!


 Senarai nama peserta terpantas yang mendaki!

Pintu masuk ke kaki GUNUNG KINABALU..

Ni la laluan pertama yg kami tempuhi..
Kat depan jiddan tu, yg nampak hijau tu adalah portal yg ditugaskan untuk bawa
barang.. Tabik spring untuk dorg! kuat angkat gas,tong air,n brg2 keperluan lain!

CARSON FALL!
air terjun nih x sampai pom 0.5km kami jalan~
cantikkan!
tapi x blh mandi kat sini!

Baru 0.5 km manedaki..tapi dh penat!
maklumlah stamina kurang!
kalau korang perasan kitaorg ada pakai tag!
tu adalah pas masuk ke situ!
RM3 jer! boleh sampai ke LAYANG_LAYANG HUT!

hihi...xdelah tinggi sgt kan! haha! tapi Jiddan dh semput!
x dpt nk bygkan cane portal2 yg angkat brg2 tiap2 hari kan!


Kami melalui 3 pondok untuk sampai ke
Mempening! 
1st: Pondok kandis
2nd: Pondok Ubah
3rd: Pondok Lowi
Kira cam tempat perhentian la!
Siap ada toilet n tangki air utk tambah air!
Yg ptg toiletnya bersih dong!


1- Puncak KINABALU ! nampak jer dekat kan! tapi! jauh!
2- Sape kenal pakcik nih angkat tangan!!
Pakcik nih digelar "BADANG KINABALU" nama sebenarnya En.Abbi
kalau x silap Jiddan~beliau mampu mengangkat tong air yg besar kira2 50kg gitu untuk dibawa ke LABAN RATA!
Dimana ada terdapat penginapan sementara bagi pendaki bermalam sebelum
meneruskan perjalanan keesokan paginya! Sape sanggup nk buat kerja nih!
Nak naik ke LABAN RATA pom amik masa 3 jam! huhu! law cam JIddan 4-5 jam xtahu!

Jiddan bertuah sebab jumpe nga BADANG KINABALU!

Okla...setakat nih dulu! daaa! Insya-Allah Jiddan akan sambung entry terakhir Jiddan! 




Thursday, June 28, 2012

Welcoming to Sabah


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..syukur kpd Allah s.w.t...diberi peluang utk menjejakan kaki ke bumi Sabah..
Seriously, x pernah terpikir nk dtg sini... Sempena 10 tahun penubuhan UMP, Jabatan Ha Ehwal Pelajar telah menganjurkan xpdc ke Gunung Kinabalu..seramai 40 orang peserta berpeluang utk mendaki Gunung Kinabalu...

18 Jun 2012 @ 10:40am

Kami selamat menjejakkan kaki di Kota Kinabalu... Mendarat juga kapal terbang yang kami naiki di Kota Kinabalu International Airport a.k.a KKIA... Seakan-akan x percay dh sampai kat Sabah.. ( Bukan ovc pom..huhu...org lain gi ovc x kecoh) haha..Jiddan bukan nk "show off" tapi nk share je apa yang ada kat Sabah...Manalah tahu kot kawan-kawan semua nk jalan-jalan kat Sabah...

Ting! Tgklah gambar nih ea!

Ekspedisi Gunung Kinabalu
15/06/2012

otw masa dalam flight...cantikkan awan nih!
Lower Cost Carrier Terminal (LCCT) - Kota Kinabalu International Airport (KKIA)
Mengambil masa kira2 2 jam 30 min..



Jam 10:40 am..Alhamdulillah dah sampai kat KKIA

Bas dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)
yang ambil kami kat airport..
UMP kerjasama dengan UMS

Bumi Kundasang!
Otw... Bandar KK Jiddan jumpa byk roundbout (saje nk gtow)
dlm perjalanan ke Kundasang kita dh blh nampak Puncak gunung Kinabalu..

Program Jalinan Mesra antara penduduk Kg.Lembah Permai, Kundasang
bersama UMP.
* Penyerahan anak angkat kpd ibu bapa angkat.
Gembira menerima ibu bapa angkat..

Malam kebudayaan..
Kami dipersembahkan dgn tarian sumazau, boria, silat n dll...
Sebelah kanan : Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

19 Jun 2012
9:00 am - nampak jer panas...tapi udaranya dingin sgt...
Senaman pagi bersama Penduduk Kg.Lembah permai
9:30 am - Gotong Royong di sekitar Kampung...
x berpeluh pom dop kat sini..hehe...

10:30 am - Habis Gotong Royong kami dibawa ke sungai! 
Very nice place!!
Seriously, cantik!
View yg hijau + Udara yg nyaman!
Penduduk di sini menjana pendapatan mereka dengan berkebun..
So, kat sini mmg mudah nk jumpa buah-buahan n syaur-sayuran..
"Fresh" dari ladang!

Buah Mulberry! Sangat sedap rasanya!
Yang Kaler hitam tu lagi manis! yang merah masam
Selamat tinggal Kg.Lembah Permai...
Orw ke Kinabalu Park!
Sempat menyinggah sebentar di Pekan kecil kundasang!
dan bergambar di War Memorial Park!
x masuk dalam pom!

1- Depan Peak Logde nampak Puncak Gunung..
2 - Rock Hostel (Rt) & Grace Hostel (Lt)
3- Peak Lodge: Best dok kat sini!Dia punye design gaya omputih!
4- Depan reception Kinabalu Park
5- Balsam Buffet Restaurant milik Sutera Lodge
6&7- nih waktu nk gerak daki Gunung Kinabalu dah..
8- Peta Kinabalu Park Complex ( Take Nothing But Photograph)

               
  1. Hot Spring, Ranau.... Kat sini ada byk tempat yang boleh kita lewati ( Kebun Kupu-Kupu, Canopy Walk, Kipungit Waterfall, Bat cave & Langanan Waterfall) Tapi, Jiddan just naik Canopy Walk je..huhu.. serious best! Gayat! Takut!
  2. Pondok Manggas - Permulaan untuk merentasi Canopy Walk.. kat sini ada seorang petugas jaga kat sini cek tiket..hihi...bayaran masuk murah jer! Dewasa RM3!
  3. Gambarajah 3,4,5 hah! Inilah Laluan Canopy Walk! Amacam ada berani?? Pesanan untuk org yang gayat n ada sakit Jantung x digalakkan naik... ( Anda Meniti Di Atas Risiko Sendiri)
  4. Gambarajah 6,7,8, 10 inilah hot sring! yg no.7 tu adalah air panas yang betul2 panas n x dibenarkan mandi! No.8 tu untuk perseorangan! n 10. boleh masuk ramai2!
  5. Gambarajah 9 - kolam air sejuk! air dari waterfall kata penjaga kolam ni..hihi...Jiddan cuma tulis apa yg diberitahu..boleh tahan sejuk air nih!
K la... setakat nih dulu entry Jiddan tunggu next entry!! 

Thursday, June 14, 2012

Kenapa saya masih hidup?

Bismillahirrahmanirrahim...


KENAPA ALLAH HIDUPKAN LAGI AKU HARI INI???
Satu persoalan yang penting untuk kita persoalkan pada diri kita sendiri selepas terjaga dari tidur atau setiap kali kita terleka...bukan persoalan tentang dunia yang sangat menipu daya..
Kadang-kadang kita selalu terleka dengan setitis nikmat dunia yang Allah kurniakan sehinggakan kita mengabaikan nikmat akhirat selepas itu yang kekal selamanya.


 “Kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini?”
Jawapan dari Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali :
“Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan aku untuk bertaubat.."
* Jika DOSA itu ada BAU, pasti tiada manusia yang SANGGUP berbuat dosa kerana tidak tegar untuk berkubang dalam bau yang maha busuk itu. Jika pahala itu bernilai seperti wang, pasti semua orang akan terkejar-kejar pahala..
* Tapi masalahnya ialah; Dosa dan Pahala itu cuma akan diketahui dengan pasti selepas mati. Saya yakin, kita semua pasti akan KESAL nanti. Kesal sebab banyak dosa dan sedikit pahala..
* Maka, anggaplah dosa itu busuk. Dengan itu kita akan selangkah menjauhi dan membenci dosa, dan perlakuan dosa orang lain.

 copy by : Ust. SHAHRUL NIZAM BIN MD AHIR 



wadi ilmu

Friday, May 18, 2012

Buku..

Buku oh buku......

kenapa dgn buku???

Actually Jiddan nk citer...pasal 1 buku nih...

Jiddan memang teringin sgt nk memiliki buku nih sejak Jiddan berusia 20 tahun yang lalu...

Since year 2009..

Semalam 17 MEI 2012..

barulah Jiddan berjaya memilikkinya...

Alhamdulillah...

Dulu, x mampu nk beli...biasalah byk lagi keperluan yg lebih penting...



yeay! akhirnya buku RAHSIA MINDA HEBAT tulisan 

Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood
&
Haji Muhammad Zakaria

menjadi milik Jiddan!

Thursday, May 17, 2012

3 in 1 - Selamat


16 MEI 2012   - SELAMAT HARI GURU

Rasanya masih belum terlambat untuk Jiddan ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua yang bergelar guru-guru!
Seperti mana yang diketahui umum 16 MEI adalah hari yang paling bermakna buat semua insan yang bergelar GURU!
Dengan kesempatan yang ada Jiddan nk ucapkan SELAMAT HARI GURU buat : -

* Umi & Abah Jiddan - Kerana mereka lah guru pertama yang hadir dalam hidup Jiddan di mana menreka mengajar Jiddan ERTI SEBUAH KEHIDUPAN..ajar segala-galanya...sebelum Jiddan masuk sekolah sehingalah Jiddan dah berusia 22 tahun...

* Cikgu2 Sekolah Tadika Pasir Akar- Yang mengajar Jiddan kenal "ABC" "123"

* Ustaz & ustazah - yang mengajar Jiddan " Alif ! ba ! ta" sampai Jiddan pandai baca quran..

* Cikgu2 Sekolah rendah especially SK Lubuk Kawah, SK Pasir Akar, SK Saujana dan 1 lagi sekolah Jiddan lupe... huhuhu... - yang mengajar Jiddan untuk menjadi org yg pandai dalam pelbagai ilmu...

* Ustaz & Ustazah Sek KAFA - Yang megajar Jiddan ttg ilmu agama...JAWI, SIRAH NABI,TAJWID dll...

* Cikgu Tuisyen Jiddan

* Cikgu Sekolah Menengah especially  Sek.Men.Keb AGAMA WATANIAH... - Yang mengajar Jiddan ilmu dunia & akhirat... yang x pernah kenal putus asa untuk terus mendidik Jiddan.

* Cikgu Pusat Tuisyen Anggun

* Cikgu Silat Jiddan : Cikgu Jaafar!

* Pensyarah-pensyarah KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI

* Encik2 MA, doktor2,Jururawat, n warga hospital yang pernah Jiddan Praktikal untuk menimba secebis ilmu...
- Hosp.Besut, Hosp.Machag, Hosp. Tanah Merah, KK Cherang Ruku, KK Ketereh, HRPZ II, Hosp.Tumpat...

* dan buat kawan-kawan yang bergelar GURU!

* dan buat mereka yang pernah ajar Jiddan walaupun 1 ilmu! 

Jiddan amat menghargai jasa-jasa kalian...Tanpa kalian siapalah Jiddan... Thanked to Allah for all i have!!
ALHAMDULILLAH!!




SELAMAT HARI JURURAWAT!!!
inilah slogan ::: Kami sentiasa membantu!!

Selamat Hari Jururawat buat semua yang bergelar jururawat!!! especially for my mom!!

Hari Jururawat disambut pada 13 MEI setiap tahun ( kalau x silap Jiddan la...)

Selamat Hari Jururawat Umi!! Semoga Umi ( Puan Normah bt Jusoh) sentiasa berada dalam keadaan sihat hendak-Nya dan tabah dalam menghadapi segala cabaran dalam pekerjaan 
umi!!!


Selamat Hari Jururawat buat rakan sekerja Jiddan:- 

SN Normayati, SN Nafisah, SN Shatilla a.k.a Ella, SN Azlina , SN Azmah, SN Hasliza, SN Julina...


Semoga kalian menjadi jururawat yang berdedikasi dan sentiasa optimis pada kerja...

May Allah Bless U All!! 


Walaupun terkadang orang awam sentiasa mengganggap jururawat org yg garang namun, bg saya tidak!
Mereka adalah sumber kekuatan untuk memberi secebis
senyuman buat pesakit! Membuat pesakit lega dgn layanan mereka dgn izin ALLAH..
HAPPY NURSE DAY!!!



SELAMAT HARI-HARI IBU!!

Pada bulan Mei setiap tahun seringkali kita diingatkan dengan kehadiran " HARI IBU".. 

Namun, bagi Jiddan setiap hari adalah hari ibu...kerana setiap hari tidak pernah lekang di minda Jiddan nama ibu... a.k.a Ummi...

Bagi Jiddan tiada satu hari pun untuk Jiddan tidak rasa kan kehangatan hari ibu...

Kerana Ummi adalah segala-galanya selain ALLAH & RASULULLAH...

Ummi lah insan pertama yang memeluk Jiddan sewaktu Jiddan baru mengenal dunia...

Ummi lah insan yang mengajar Jiddan erti sebuah KEHIDUPAN... erti SAYANG! erti CINTA! erti KASIH!
kerana tanpa kasih sayang, cinta dan belaian dari ummi...mungkin Jiddan tidak seperti sekarang...
"terima kasih ummi di atas kasih sayang cinta dan pengorbanan yang ummi berikan pada Jiddan dan adik2... tanpa kasih sayang, cinta & pengorbanan ummi siapalah kakak...
Semoga hari-hari mendatang adalah hari bahagia ummi...
Kakak xde duit berjuta untuk diberikan...namun kakak ada kasih sayang yg pernah ummi curahkan...
Kakak xde kereta besar untuk bg pada ummi...Tapi kakak ada sekalung doa buat ummi...
Kakak sanggup buat apa saja demi ummi..."


Buat semua yang bergelar ibu SELAMAT HARI-HARI IBU..
Moga kalian menjadi IBU  yang baik dan amanah dalam menjalankan tanggugngjawab
kalian sebagi seorang ibu...
Kepada bakal-bakal ibu juga, bersedialah kalian dengan amanah yang akan 
diberikan buat kalian...

TERIMA KASIH IBU...




Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...