Friday, March 16, 2012

Terapi Zikir

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah ... hari nih Jiddan ada satu zikir baru dari Hafiz Hamidun yg telah dimuatkan
dalam album terbarunya " Zikir Terapi Diri"... Alunannya amat menenangkan jiwa yang lara..
So, di hari yg baik nih boleh la kita sama-sama berzikir sambil mencari Redha Illahi...




Ayuh kita berzikir!

Selamat beramal!

Sunday, March 11, 2012

Pesanan Ibrahim Adham...

Bismillahirrahmanirrahim...


Segala puji bagi Allah....Tuhan sekalian alam...

Hari nih Jiddan nk share serba sedikit apa yang disampaikan oleh Ustaz Shahrul Nizam...

Dalam kita mengejar kejayaan di dunia..terkadang kita alpa...jatuh terseungkur sehingga meninggalkan akhirat yg menanti...Terkadang kita lupa siapa diri kita....untuk apa kita dilahirkan di dunia ini...

terkadang kita mengeluh...meratap apa yang bukan milik kita...Tanpa kita sedar semua adalah milik ALLAH kita hanya meminjam...so...sama2 kita renungkan...

Pesanan Ibrahim Adham ( Raja yang zuhud ) kepada pencari akhirat :
 Jika kamu mahu mencari akhirat maka kamu baruslah membuka 5 pintu dan menuntup 5 pintu iaiu:
 1. Buka pintu susah payah dan tutup pintu senang lenang.
 2. Buka pintu Sabar dan tutup pintu mengeluh.
 3. Buka pintu ilmu dan tutup pintu jahil.
 4. Buka pintu Qiamullail dan tutup pintu Tidur sepanjang malam
 5. Buka pintu taubat dan tutup pintu maksiat.
 

*Pernahkah kita mengajukan pertanyaan kepada  diri kita masing- masing, Dimanakah kita sebelum dilahirkan? Apa dan bagaimana kita  selama di alam kandungan yang gelap gelita itu? Bagaimanakah proses perjalanan yang melelahkan itu sehingga kita sampai ke dunia ini? Lantas apa tujuan kita hidup di dunia? Apa yang  terjadi dengan umur  kita yang semakin bertambah dan kian hari usia kita  semakin berkurang? Setelah tutup usia, kemanakah kaki kita melangkah? Sekilas pertanyaan- pertanyaan tersebut terlintas di fikiran.....( renungan bersama )...

p/s: sekarang, tepuk dada tanya iman kita....apa yg sedang kita lakukan sekarang???

Thursday, March 8, 2012

Occupational English Test

Bismillahirahmanirrahim..

Maha Suci Allah dan segala puji hanya buat Dia yang Esa..
Selawat & salam buat Rasul junjungan...

Seperti tajuk di atas... Occupational English Test ( EOT )...apa kaitan nga Jiddan ea?? haha...begini ceritanya...
Memandangkan Jiddan nih mencari rezeki di Universiti maka,terlibat juga dgn benda-benda macam nih...bukan apa, membantu mereka yang tgh buat kajian nih... Actually, nih kajian atau research student foreigner yang tgh buat pHd kat "U" Jiddan ni... Student yang Jiddan maksudkan  ialah Jebuneesa....berasal daripada Bangladesh... Jiddan pom x tahu macam knp dia berminat nk buat pada staff Pusat Kesihatan Pelajar...huhu..

Tapi... ok la jugak kan ...at least tahu la kan..."cpu" kita nih ingat x lagi apa yg teacher ajar kat skool dulu...hihi...Bab2 grammar nih Jiddan x fasih sgt... Test nih biasa dibuat oleh penjawat awam kat Australia menurut kata Jebunessa la...Hari nih baru Jiddan tahu...Katanya lagi... International English Language Training System ( IELTS) nih bawah sket pada EOT..."owh macam tu".... 
Ragam at the beginning...
K.Ina & K.Ira

Berbalik pada EOT nih hanya ada satu soklan je...Kita diminta tulis surat rasmi...hihi....Jiddan nih x pandai sgt tulis surat coz..Jiddan punya surat lain..heheh.... Cth soklan yang Jiddan dapat ::: Anda diminta menulis sepucuk surat kepada "Pengerusi Nursing Home"....Sebelum itu, adalah "case note" diberi...

cth:
      Mr.Gerald Baker berusia 79 tahun... menghidapi penyakit Osteoarthritis..
      Admitted : 7 sept 2010
      Discharge : 12 sept 2010
      sejarah pesakit : Colle # 1985,  Osteoarthritis 2008, ongoing Hypertension
      latar belakang pesakit : duda,pesara, tidak mempunyai anak
      dx: Left Total Hip Replacement
           Ongoing HPT

beginilah cth petikan.. berdasarkan petikan tulis lah surat buat pengerusi : Nursing care....maka bermula la detik2 Jidda memerah idea...jom tgk...

      Kusyuknya dia....

nih kertas soklan OET...

hehe...nih Jiddan punye surat..
melalut apa ntah..hihi..


Najib & pHd student..
nih Oral test 
speaking saje kami hari nih...

Jam 3:15pm start - 4:30pm jugak..
Uish berbelit lidah Jiddan speaking London..
Alhamdulillah...moga Allah permudahkan usaha student ni...
k...nih saja dari Jiddan buat hari nih!
Daaa!
Assalamualaikum...


Wednesday, March 7, 2012

Gunung Brinchang & Gunung Berembun Part 2



Bismillahirrahmanirrahim...

Selawat & salam buat rasul junjungan mulia Muhammad s.a.w
Alhamdulillah....
Syukur ke hadrat Allah s.w.t..
Di atas nikmat dan kesempatan yang diberikan...

Berbalik kpd citer semalam yg x habis diceritakan lagi...huhu...alkisahnya...

Jam 9:00 am bertolak naik ke Gunung Berembun...terdapat 2 check point atau tempat menghilangkan penat seketika...di samping menghilangkan haus di tekak...Sepanjang perjalanan tiada kecederaan serius yg berlaku hanya "Muscle Cramp".. Alhamdulillah student tersebut okey after diberi "massage"... Untuk sampai ke puncak kami mengambil masa lebih kurang 2 jam... dengan jalan yang berlumpur dan sedikit licin, mungkin disebabkan oleh embun pagi.. Namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus mendaki...

Antara keindahan ciptaan Allah s.w.t..


hehe.. x tahu apa nama buah nih..hihi..sape ley bgtow
email jiddan ea!

nih pom Jiddan x sure..kalau tgk cam orkid hutan..huhu..
p/s:: kalau salah tlg betulkan yerk!

hhehe..nih pom x tahu nama jugak..

bunga??

giant paku pakis...hihi..

Jiddan mendaki tanpa sebarang "exercise" menyebabkan Jiddan sedikit "pancit" dan dehydration disebabkan tidak mempunyai stamina yang cukup...habis separuh botol 100 plus...hihihi... Namun semangat yang diberi oleh sahabat baru Jiddan iaitu Laili yg x putus2 memberi kata2 semangat..akhirnya, sampai jugak kat atas...huhu...

en.saiful...en.khalil..cik Laili..
diorang yg banyak membantu Jiddan..hihi..
Thanks a Lot!

En.Fahmi yg x disebut kat atas pom byk menolong..
nih menghabis bekalan yg dimasak oleh K.Ana..

K.Ana penggerak utama dlm ekspedisi nih!
Masakannya bez!

wajah2 gembira yg dh menawan Gunung Berembun..
Taraa!!

antara track yg di lalui...agak meurun..hihi



cantikkan??

Last but not leas, ekspedisi kami berakhir pada 12/02/201- Ahad..

Selamat tinggal Brinchang.. we'll come back!

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... & selamat tinggal buat kasut Jiddan!! sayang..tapi keadaan memaksa...


Kesian kasut Jiddan kena tinggal...huhu...

wait for next ekspedisi Jiddan..
sekian...
Assalamualaikum...

Tuesday, March 6, 2012

Gunung Brinchang & Gunung Berembun Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur kehadrat Allah s.w.t...diatas kesempatan untuk terus menghirup zarah2 oksigen di bumi-Nya...

10/02/2012 Jiddan diminta untuk follow satu program mendaki di Gunung Brinchang & Gunung Berembun di Cameron Highland... Program ini berkaitan dgn latihan untuk student ke Ekspedisi Gunung Kinabalu pada bulan Jun nanti.. dgn suhu 15'c cik Jiddan rasa kesejukan itu terasa menyengat hingga bonny2(tulang) cik Jiddan...seriously mmg sejuk..bila malam menjelang berlapis2 pakaian terpaksa dipakai bagi mengurangkan rasa sejuk...

Hari pertama cik Jiddan dah mendaki Gunung Brinchang setinggi 2031m lebih kurang 6666kaki...
Jam 12:00 malam pendakiaan bermula...Untuk mendaki Gunung Brinchang kami hanya melalui jalan yang telah di tar...so, halangan akar2 kayu tiada.... Sepanjang perjalanan yang hanya diterangi cahaya bulan & lampu suluh satu cabaran buat kami... Melalui ladang-ladang teh, strawberi, ladang tebu dan tanaman2 membuat kami sedikit teruja... bersama cuaca sejuk..
Pemandangan pada waktu mlm mmglah gelap...so, gambar x dapat di snap byk...


Lebih kurang Jam 2:30 am kami sampai ke puncak...


Sesi penerangan..tgk...semua kesejukan daaa..

antara bekalan untuk dimakan..yummy! walaupun hanya sekadar roti..alhamdulillah


Inilah tempat perkhemahan kami...


briefing time...

jeput malas ( versi kelate , trg) cekodok kot org luai panggil..

hentian pertama sewaktu mendaki Brinchang..

kepenatan after turun gunung jam 6:00 am..

2nd day on 11/02/2012:::::

Jam 9:00am kami bersiap sedia untuk mendaki Gunung Berembun... Ketinggian Gunung Berembun ialah 1840m ...walaupun ketinggiannya lebih rendah berbanding Gunung Brinchang, namun Gunung Brinchang punya penangan lebih hebat... Cabaran yang kami terpaksa hadapi ialah akar-akar kayu yang membentuk sebagai Track, jalan yang berlumpur dan ketinggiannya yang menyebabkan lutut mencecah dagu sewaktu pendakian.

Proses mendaki bermula.....kira cam starting point la...


cantikkan air dia...jernih..


Jungle walk 6 nihla track yg kami lalui...

To be continue...

Wednesday, February 15, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat U

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Allah s.w.t diatas nikmat yang diberikan... Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia...Muhammad s.a.w...

""Persefahaman Asas Perpaduan Ummah""


12 Rabiul awal 1433H telah berlalu.. namun sambutan maulidur rasul terus disambut dengan meriah...
Syukur... 21 Rabiulawal 1433H bersamaan 14 Februari 2012 UMP telah mengadakan sambutan maulidur rasul dan disertai oleh semua Fakulti & PTJ.. Segalanya berjalan dengan lancar.. Selawat & salam memecah dewan meraikan sambutan tersebut...

Jiddan bersama staff yang lain dari Pusat Kesihatan Pelajar bergabung dengan Pihak Keselamatan UMP bersempena mengingati tahun kelahiran junjungan mulia baginda Rasulullah s.w.t..

Marilah kita sama-sama menghayati akhlak Rasulullah s.a.w..:

Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran:-

1.) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2.) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3.) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

4.) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.

Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5.) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” ”Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s. a. w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

6.) Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7.) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?” ”Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku.

Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang di kencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

credit to blog:: http://pakarcinta.com/blog/cintailah-akhlak-nabi-muhammad-s-a-w/


Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...