Wednesday, February 15, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat U

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Allah s.w.t diatas nikmat yang diberikan... Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia...Muhammad s.a.w...

""Persefahaman Asas Perpaduan Ummah""


12 Rabiul awal 1433H telah berlalu.. namun sambutan maulidur rasul terus disambut dengan meriah...
Syukur... 21 Rabiulawal 1433H bersamaan 14 Februari 2012 UMP telah mengadakan sambutan maulidur rasul dan disertai oleh semua Fakulti & PTJ.. Segalanya berjalan dengan lancar.. Selawat & salam memecah dewan meraikan sambutan tersebut...

Jiddan bersama staff yang lain dari Pusat Kesihatan Pelajar bergabung dengan Pihak Keselamatan UMP bersempena mengingati tahun kelahiran junjungan mulia baginda Rasulullah s.w.t..

Marilah kita sama-sama menghayati akhlak Rasulullah s.a.w..:

Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran:-

1.) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2.) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3.) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

4.) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.

Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5.) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” ”Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s. a. w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

6.) Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7.) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?” ”Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku.

Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang di kencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

credit to blog:: http://pakarcinta.com/blog/cintailah-akhlak-nabi-muhammad-s-a-w/


Thursday, February 9, 2012

Penyakit Hepar


Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

Kehidupan hari ini, ramai yang sanggup berbelanja besar demi kesihatan sebab kesihatan sangat berharga. Semakin canggih dan prihatin manusia terhadap kesihatannya, kita sekarang masih lupa memberi perhatian terhadap penyakit hati yang jauh lebih bahaya dari penyakit fizikal.

Antara tanda-tanda penyakit hati yang perlu kita ambil perhatian :

1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan. Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula. Contohnya melakukan solat bukan dengan “sengaja’ tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa.

2) Tidak tersentuh ayat al-Quran. Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyu’ atau tunduk dari membaca al-Quran dan mendengarnya.

3) Tidak tersentuh dengan ayat kauniyah. Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit, bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya.

4) Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat.Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata.

5) Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat. Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang.

6) Kemaksiatan berantai. Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya.

7) Meremehkan dosa kecil.Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa ke neraka. Seperkara lagi, kita perlu faham dosa besar bermula dengan dosa kecil, banjir besar bermula dari titis hujan.

8) Tidak peduli sumber makanan. Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga dengan syubhat, yang dia kira sedap dan enak, selera kena tinggi. Makan di mana pun tidak kira kedai orang Islam atau bukan Islam yang penting sedap yang kaw-kaw.

Begitu juga dengan punca pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang pasti dapat banyak, hidup kaya raya. Rasuah, curi, seludup, ampu ke semua dibedal.


Tuesday, January 31, 2012

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia.....



Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air
mani yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'..
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna.
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan'


Thursday, January 19, 2012

Jom Bersabar!!




DI SEBALIK SABAR

Sabar itu sesuatu yang manis tetapi untuk mencapai tahap kemanisan memerlukan sebuah pengorbanan yang utuh dan hebat.
Dalam Al-Quran ada digariskan firman Allah yang bermaksud : "Jika seseorang itu ditimpa musibah maka dia mesti mengucapkan :

Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali." (Surah Al-Baqarah :156)

Lima yang perlu direnungi :

S : Sayang kepada Allah.
A : Amalkan sifat mahmudah.
B : Beramal walaupun ia sedikit tetapi berterusan.

A : Al-Quran dan Sunnah sentiasa di hati.
R : Redha atas semua ketentuan Allah.

Lima yang perlu kita jauhi :

S : Syaitan.
A : Angkuh dan Sombong.
B : Bersifat Negatif (bersangka buruk).
A : Angan-angan yang melalaikan.
R : Riyak.

Untuk menjadi insan yang rabbani tidak semudah memetik jari. Namun kita perlu sentiasa bersabar atas segala kesulitan dan terus berdoa kepada Rab al-'Alamin.
Kita juga perlu percaya kepada Qadak dan Qadar Allah kerana itu salah satu daripada sifat wajib bagi kita yang bergelar Muslim. Sabar itu sebahagian daripada Iman.


copy from : Ustaz Shahrul Nizam

Saturday, January 14, 2012

Stress

Ada apa dengan stress???

Stress!! Stress!! Stress!! Biasa kedengaran dari "mulut-mulut nakal"... Ya...Setiap orang pasti pernah melalui saat-saat stress! Stress merupakan sesuatu yang normal dalam kehidupan manusia, kerana dengan adanya "tekanan" dalam kehidupan seharian kita, dari situlah bermula episod untuk kita menanganinya dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Stress juga merupakan batu loncatan untuk kita meningkatkan prestasi kerja kita.

Secara umumnya, bila kita dalam keadaan stress fikiran akan jadi runsing, jiwa akan celaru, hati menjadi tidak tenang dan kita cuba untuk mengelakkan diri dari masalah tersebut.



Menurut buku Solusi bil.39:::Pahrol Mohamad Juoi

Melalui tulisan beliau : Stress bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus. Tanda
kesempurnaan manusia ialah apabila dia tidak sempurna. Dan stress
antara bukti manusia tidak sempurna.

Definisi:
Stress secara mudah adalah bebanan mental dan fizikal individu

Stress terbahagi kpd 2:

Eustress apabila ia terkawal dan membawa manfaat

Distress apabila ia berlebihan dan membawa mudarat.

Tanda-tanda stress:

1) Tanda-tanda Fizikal

  • Sakit kepala
  • Masalah tidur
  • Perubahan selera makan
  • Cepat letih
  • Lenguh-lenguh badan
  • Jantung berdebar-debar
  • Pernafasan semakin laju
  • Kering mulut
  • Gementar
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
  • Letih lesu

2) Tanda-tanda Psikologi

  • Gelisah
  • Keresahan
  • Tidak merasa seronok
  • Bosan
  • Low mood dan murung
  • Hilang sabar
  • Mudah marah
  • Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
  • Mudah lupa
  • Takut gagal
  • Rendah diri

3) Tanda-tanda Tingkah Laku

  • Merokok berlebihan
  • Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
  • Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
  • Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Masalah tabiat makan
Cara Mengatasi:
* Biasakan diri dengan berwudhuk
* Perbanyakkan baca al-quran
* Banyakkan solat sunat
* Selalu berdoa kepada Allah
* Bersangka baik dengan Allah
* Banyakkan bersukan : - berbasikal, jogging, jungle trekking
* Amalkan diet pemakanan yg baik
* Menangis dengan sepuas hati
* Hargai kebolehan diri sendiri
* Cintailah diri sendiri
* Berhibur secara sederhana

Doa Apabila Menghadapi Tekanan....

Sekian dari saya....moga kita sama-sama mendapat hidayah dari-Nya....



Wednesday, January 11, 2012

Selamat Hari Lahir Miss Wawa!!

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t yg masih memberi ruang dan peluang untuk Jiddan bernafas di bumi-Nya....

Ok! Hari nih Jiddan nak kenalkan kawan Jiddan!

Nama dia Hafidzatun Nadwa juz call her Miss Wawa!

Orangnya cantik! Putih berseri!

Kawan Jiddan nih sedang melanjutkan
pelajarannya di UK...
dalam bidang pendidikan ( TESL)
selama 4 tahun kat sana!

Beberapa minit lagi, bezday
(tadi Jiddan tulis post nih b4 pukul 12..hehe)
kawan Jiddan nih!!

So, Jiddan nk wish

HAPPY BEZDAY MISS WAWA!!

Semoga terus sukses di Bumi London!!

n sentiasa dirahmati Allah s.w.t..

Moga2 hari2 yang dilalui makin bermakna

dan dipenuhi dengan kekuatan cinta-Nya!

Nih gambo Miss Wawa masa 1st year kat
Plymoth ( btl ke Jiddan eja??)

Beselah budak2xx...hehe...makan ikut dan je...



Jiddan doakan moga Miss Wawa berjaya menggapai cita-cita nan satu!
Jiddan berharap jugak persahabatan kami kekal hingga
akhir hayat...
Amin..

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...