Tuesday, May 21, 2013

Kitar Semula!

Assalamualaikum w.b.t

Ayuh kita kitar semula barang2 terpakai seperti Surat Khabar lama...Botol2 plastik...botol2 kaca...dan banyak lagi! supaya alam sekitar kita terpelihara! Tempat keje Jiddan pom ada disediakan tong sampah kitar semula, so staf yang ada brg2 yang tidak digunakan boleh bawa untuk dibuang dalam tong tersebut...Di samping boleh menambah pendapatan jabatan kami...huhu...

tempat Jiddan juga, adakan kempen 5S iaitu

( SAPU< SISIH< SUSUN< SERAGAM<SENTIASA AMAL)


benda2 nih semua pon boleh di amalkan kat rumah..so, let's start now!!

Ini antara surat khabar yang dah lama..so daripada jadi sarang tikus baiklah di kitar semula
betul x??

Operas menyisih (seiri)

Operasi timbang kati..hihihii
senang bila sampai kat sane just kira terus x perlu nk timbang lagi..

okey! lepas tu masuk boot kete! siap!

Adik bongsu Jiddan jadi super model!

Inilah tempat kitar semula! My dad jadi super model!

SELAMAT MENCUBA!!

Monday, May 20, 2013

Koleksi Makanan




Kek Coklat! yummy!

Rawang Burger Bakar,Kuantan

Nasi Goreng Hjh Lee & Dah


Ikan Siakap 3 Rasa, Hjh Lee & Dah

Bahulu Johor

Agar2 Buah

Chatime, Teluk cempedak

Nasi Goreng, Hjh Lee & Dah

Hehe! amacam??? best x???? Terliur x??

Thursday, May 16, 2013

## Happy Teacher's Day & Happy Anniversary##

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar sahabat2 sekalian>>>

Sihat tak???

Jiddan doakan moga kalian semua sihat hendak-Nya....
Amin..

Hari ni hari apa ye??? Hari Khamis kan??? 16 Mei 2013..... Hari apa??? HARI GURU!!!



Di kesempatan ini Jiddan nak ucapkan " SELAMAT HARI GURU" buat umi dan abah...walaupun umi dan abah bukanlah guru yang diiktiraf mempunyai Ijazah perguruan...Namun, mereka merupakan guru pertama yang mendidik Jiddan sehingga menjadi Jiddan hari ini dgn Izin-Nya...

Selamat Hari guru buat semua guru-guru Jiddan di Tadika Pasir Akar - SK Saujana - SK Pasir Akar - SK Lubuk Kawah - SMK Agama Wataniah - Guru Tuisyen SK - Guru Tuisyen Anggun - Pensyarah Kolej Islam Sains & Teknologi - Ustaz & Ustazah KAFA - Ustaz yang ajar mengaji - Mak sedara- Pak Sedara- Kawan-kawan Guru - Bakal Guru-guru sekalian....

Semoga kalian sentiasa dirahmati-Nya...diperluaskan rezeki oleh-Nya....Menjadi Pendidik yang berjaya di dunia & Akhirat....


_____________________________________________________________________

HAPPY ANNIVERSARY - 27th!!!





Not for Jiddan k! Dedicated to my mom & dad!Share this date with teacher's day for their wedding 27 years ago...huhuhu...


Semoga Umi & Abah bahagia hingga akhirnya.....Semoga Umi & Abah sihat hendak-Nya.....

Semoga Umi & Abah sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya... dan dipermudahkan segala urusan serta 

memperolehi kebahagiaan & kejayaan di dunia dan akhirat....Amin...




Love U!! MOM & DAD!!!

Thursday, March 28, 2013

Conjunctivitis a.k.a Pink Eye

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t........

Ok....sahabat2 sekalian...hari nih Jiddan nak share sikit pasal "Conjunctivitis" atau dikenali juga sebagai "Pink Eye"... Kalau Bahasa Melayu Konjunktivitis...ataupun paling senang sakit mata merah...hihi... kebiasaan, Jiddan jumpa pesakit datang mengadu sakit mata,berair dan merah. Kebiasannya berlaku pada salah satu mata anda atau kedua-dua belahnya. Mata akan berair apabila terdedah kepada bakteria mahupun habuk. Air mata tersebut akan membantu mata untuk mengalirkan jangkitan keluar. Air mata mengandungi Protein dan antibodi yang membolehkannya melawan bakteria.



Thanks pakcik Google bg pinjam gambo....huhu


Kebiasaannya, sakit mata (conjunctivitis) ini, disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus mahupun alahan.

Ok, jom tengok apa penyebabnya:

Penyebab/ Punca:

1) Bakteria (Gonorrhea,Clamydia)
2) Virus
3) Parasit
4) Fungus
5) Allergic (Alahan) cth: Habuk, Debunga dll.
6) Iritasi cth: syampu,asap dll.

Senarai di atas menunjukkan penyebab berlakunya sakit mata. Ok, sebelum kita lihat tanda-tanda yang lebih spesifik, jom kita tengok dulu struktur mata yang sihat & normal.

Gambar nih copy dari PCG a.k.a Pak Cik Google

Perbezaan antara mata sihat dan 'conjunctivitis'


Gambar copy dari PCG..

Jiddan harap serba sedikit sahabat2 faham dengan struktur mata nih ye....jgn segan2 untuk bertanya kepada yang lebih arif dalam bidang mata....

Tanda-tanda / Simptom:

- Mata merah
- Mata berair
- Sakit atau senak (susah nak buka) dialek:kelate,trg...
- Gatal
- Pedih
- Sakit bila terkena cahaya atau pantulan
- Kabur (jika terlalu serius)

Rawatan Ubat-ubatan:

Lazimnya, apabila anda berjumpa doktor atau pergi klinik, Doktor akan membekalkan anda dengan antibiotik dan ubat tahan sakit.  2 jenis antibiotik yang biasa dibekalkan dalam bentuk kapsul dan antibiotik berbentuk 'eye drop' (ubat titis) atau 'eye oinment' yang berbetuk 'paste'. Doktor juga akan membekalkan pesakit dengan ubat ,mengikut tahap keseriusan penyakit mata tersebut. 

**** Pesanan Jiddan**** 
- Dapatkan nasihat daripada Doktor di klinik ataupun hospital yang berdekatan.. 
- Jangan sesekali beli ubat di farmasi tanpa periskripsi daripada doktor..
- Jangan berkongsi ubat dari pesakit lain. (cth: sebelum ni ada ahli keluarga anda dh ada yg sakit mata, ambil jln pintas guna je ubat diaorang....JANGAN)...

Penjagaan Pesakit Sendiri:

- Boleh menggunakan 'warm compressed' atau tuam ( Basahkan kain yang bersih di dalam air suam kemudian letakkan pada mata yang sakit, pastikan mata ditutup. Buat selama 5 minit dan ulang langkah tersebut selama 2 atau 3 kali sehari.

- Jangan gosok mata anda dengan tangan ( Akan menyebabkan lagi mata menjadi merah dan jangkitan.)

- Elakkan penggunaan kosmetik muka atau mata pada mata anda.

- Gunakan tisu yang bersih untuk menyapu air mata anda.

- Elakkan penggunaan 'Contact Lens' .

- Jangan berkongsi sapu tangan ataupun mana-mana tuala anda semua ye!


Ok! Jiddan harap dengan penerangan ini serba sedikit dapat membantu sahabat2 sekalian!

Sirrul Jiddan :)




Tuesday, March 12, 2013

Perjalanan..


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Doh lame! rasenye dok update blog nih...
pusshhh....(buang habuk sket!)

Xde pe yg nk Jiddan citer juz nk share gambo jerk...hukhuk...


 Rentetan perjalanan seorang hamba...

Mencari sebuah dimensi..


Doc Sirrul Ain

Thursday, February 7, 2013

VIRGIN COCONUT OIL,!

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalmualaikum w.b.t.

Kepada sahabat2 Jiddan..

Sesiapa yg berminat untuk mencuba Virgin Coconut Oil ( VCO ) boleh menghubungi Jiddan!
PM me : wayen1101@gmail.com


sms : 016-9373147 (Ain Jiddan)


Antara kebaikan VCO:

1) Mengurangkan kadar kolesterol

2) Mengawal kencing manis

3) Mengatasi masalah kulit

4) Meningkatkan sistem pertahanan badan ( Immunisasi)

5) Mendapatkan kembali keanjalan & kelembutan kulit

6) Terhindar dari gejala alahan

7) Mengelakkan risiko kanser

Insya-Allah...segalanya dgn izin Allah...




Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...