Sunday, August 8, 2010

Seindah Cinta Hakiki..

10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah

Ibnul Qayyim Rahimahul :-tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:

1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)


2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.

Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3)T
erus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.


4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.

Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.

Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.

Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.

Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.

Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.

Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.

Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."

Saturday, August 7, 2010

Kebimbangan Para Mukmin

1. Bimbang sekiranya Allah mencabut imannya.

2. Bimbang perbuatan buruknya yang dicatit oleh malaikat akan menyebabkan terbuka aibnya di akhirat kelak.

3. Bimbang syaitan akan merosakkan amalnya.

4. Bimbang seandainya malaikat mencabut nyawanya dengan tiba-tiba ketika dia berada dalam kelalaian atau kelekaan.

5. Bimbang dirinya asyik dengan kehidupan dunia sehingga melalaikannya mengingati akhirat.

6. Bimbang kesibukan kepada keluarganya membuatkan dia lalai daripada mengingati Allah swt.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberinya lima perkara, di antaranya:

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada Aku sebab tempat kembalimu adalah kepada Aku.

3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Orang Bujang

Alhamdulillah....
Syukur pada Allah s.w.t kerana masih memberi kesempatan untuk ain terus menulis & menulis hari ni. Memandangkan ain cuti hari nih bersempena NIGHT OFF duty minggu ni. Ain mengambil peluang untuk mengisi masa yang ada pada lappy kesayangan. Uhm ari nih ain xde wat pape juz bangun tidow then prepare untuk makan tengahari...huhuhu...Menu hari nih yelah Sayur Lemak + budu + ayam berempah Jiddan...


Sayur Lemak + Budu + Ayam Berempah Jiddan

Inilah serba sedikit menu yang sempat ain masak.. Kat sini ain nak kongsi resepi Ayam Berempah Jiddan ciptaan ain sendiri..huhuhu...

Ayam Berempah Jiddan


Bahan-bahan:

3 ketul ayam ( mengikut kemahuan anda)
1 batang serai - kisar
5 ulas bawang putih-kisar
1 inch halia-kisar
1 inch kunyit hidup-kisar
1 sudu kecil lada hitam-kisar
1 sudu makan jintan putih-kisar
Garam secukup rasa

Cara-cara :

1) Kisar bahan-bahan di atas jika anda tidak mempunyai blender boleh juga menggunakan kaedah tradisional iaitu lesung...hehehe..

2) Masukkan sedikit garam kedalam bahan yang dikisar..

3) Kemudian lumurkan ayam yang telah siap dibasuh dengan bahan-bahan yang telah dikisar..

4) Perapkan ayam tersebut selama 30 minit

5) Selepas 5 minit boleh siap untuk digoreng... ( Lebih lama diperap lebih sedap rasanya)..hehhe..

Selamat mencuba resepi dari Ain Jiddan...

Friday, August 6, 2010

~~sOuL oF JiDD@N~~

Assalamualaikum...Selamat Tengahari semua....

Alhamdulillah...Syukur pada Allah s.w.t kerana telah memberi kesempatan pada sirrul untuk terus mencoret 1001 cerita kat blog ni...Rasanya dah lame aku x men"update" blog nih..maklumlah "a little bit buzy" sekarang nih...uhm...Pejam celik pejam celik dah masuk dah 36hari aku bergelar seorang pekerja ( staff) di ________ hospital.. kadang-kadang rasa cam x percaya je aku dah keje... Rasa cam baru semalam habis belajar..

Memulakan sebuah perjalanan dalam mencari rezeki, rasa bagai suatu yang asing pada diri aku,namun itu sudah satu ketetapan...realiti kehidupan yang harus aku jalani..Untuk menyesuaikan diri kat tempat baru bukan semudah "ABC"..Nak kenal hati budi org, nak menjalankan tugas sbg MA, nak kenal seluruh sudut hospital alamak sume kene korbankan rasa malu, rasa sakit hati, rasa marah & segala-galanya.Dulu masa belajar sume kita buat bila orang suruh. Tapi, sekarang semua kita kena "decide" sendiri.

Kerja ikut shift ( pagi, petang, malam) uhm pertama kali aku keje malam, debaran kian terasa, maklumlah takut bila "patient" datan g ketuk pintu pagi-pagi buta..(huhuhu)..Firasat aku betul bila satu pagi tuh aku terima pesakit umur 10/12 ( 10 bulan) uhm Diagnos Bronchiol Asthma..Memandangkan temperature 39'c so kenalah admit ward..Lungs Ronchi & wheezing dapat didengari..Aku ingatkan cabaranku berakhir disini, namun keesokan harinya jam 5:00pagi..Sedang aku dalam keadaan mengantuk tersengguk2 di meja..Telefon berdering..Kring..Kring,.Rupa-rupanya husband patient telefon bagitahu isteri dia "palpitation" then aku bergegas turun ke A&E pt k/c of Thyroxtoxicosis.. HR dia 130/min..uhm dia kelihatan lemah.. aku manjalankan tugas aku apa yg patut dan meng"inform"kan pada seniorku.huhu.. Maka bertambahlah seorang lagi pesakit kat wad..huhu..

Pengalaman keje kat cnih akan sentiasa terpahat kat hati..huhu...(camlah nak kuar dah)..
Paling aku x boleh lupa bila aku pernah kena marah kat patient..huhuhu..sedey.....tapi aku kene marah bukan silap aku tapi dia sndiri punya silap...whateva "cUstomer is always right"huhuuhu.. Tapi paling bez dapat cuti..huhuhu!

Saturday, March 20, 2010

Soalan Imam Al-Ghazali

6 PERTANYAAN IMAM AL-GHAZALI

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-samadengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :”Orang tua, guru, kawan dan sahabat”. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘mati’. Sila rujuk surah Ali ‘Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :” negara China, bulan, matahari dan bintang”. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘masa lalu’. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: ” Gunung, bumi, matahari”. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘nafsu’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A’raf ayat 179

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :” besi, gajah”. Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘menanggung amanah’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :” Kapas, angin, debu dan awan”. Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘meninggalkan sembahyang’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :’ Pedang”. Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘lidah manusia’ di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan

Friday, March 5, 2010

~~Basic Life Support 26 & 27 Februari 2010~~


Bismillah.....

Anyonghaeseyo everyone!! alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi di atas segala Nikmat & kurnianya....

Uhm... dah lame asenye x mengupdate blog nih...huhuhu...Maklumlah masa semakin terhad untuk sume nih.... Kini, tinggal 3 bulan sje lagi aku akan menamatkan pengajianku... uhm..sekejapnye mase berlalu... pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun aku belajar kat Kolej Islam Sains & Teknologi......... Suka duka kat cnih tersimpan rapi kat lipatan memori aku...lalalaala~~ 25-02-2010 hari khamis... aku telah menamatkan latihan klinikal aku di Hospital tanah merah...Selama 2 bulan aku kat sanew... pelbagai ilmu baru aku belajar n aku dapat kat sana............ unit kecemasan, dewan bedah & dewan bersalin...........uhm nice memories......hehehe~````

Berbalik kepada tajuk di atas.......... uhm...basic Life support??? ape erk??? kami selaku Pelatih Penolong Pegawai perubatan diwajibkan menjalani kursus nih coz ye merupakan Kokurikulum kami sebelum kami masuk ke area pekerjaan sebenar........huhuhu..bunyi cam mencabar gak..huhuhu........... After aku tinggalkan redland world dengan linangan airmata ...hahaha...chewah! jiwang la plop...... Fly away...........balik kolej.......

26-02-2010 ( Jumaat ).....

Uhm....hari nih hari yang dituggu2....tunggu ke?? hahaha~~ berdebar? takut? uhm sumer ade......walaupun hari nih juz dengar ceramah tentang cardiopulmonary Resuscitation ( CPR) & chocking baby dan orang dewasa......ceramah nih disampaikan oleh Dr.Razak dari HRPZ 11...uhm bez jugak ceramah yang disampaikan..banyaklah inp[ut aku n fren dapat...alhamdulillah......walauun mata ini sekali sekala tertutup...hehehe... Alhamdulillah aku dapat tangkap ape yg disampaikan........ Erm... x lupe jugak LP kesayangan dak2 nih yang turut serta ialah En.Awe!!!! Antaranye lagi En.Aswadi, En. Fakharuddin and En.Hasmawawi n selaku Lecturer kat KIST.... En.Taib, En.Zaidi, En.Rahimuddin, En.Isma, En.Samah & En.Baha...yang turut mejayakan program nih.........uhm hari nih kene belajar camne nak wat CPR n Chocking yang betul...uhm banyk benda yang melucukan kat cnih...hahahha~` membuatkan aku n frenz x kering gusi..........uhmnampak senang nak wat CPR tapi hakikatnye.......susah! waaa~~~~~~~~~~~~Nampaknye aku x sempat nk mengupload photo kat cnih..t aku uploadkan di cont.....

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...