Saturday, March 20, 2010

Soalan Imam Al-Ghazali

6 PERTANYAAN IMAM AL-GHAZALI

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-samadengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :”Orang tua, guru, kawan dan sahabat”. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘mati’. Sila rujuk surah Ali ‘Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :” negara China, bulan, matahari dan bintang”. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘masa lalu’. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: ” Gunung, bumi, matahari”. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘nafsu’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A’raf ayat 179

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :” besi, gajah”. Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘menanggung amanah’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :” Kapas, angin, debu dan awan”. Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘meninggalkan sembahyang’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :’ Pedang”. Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘lidah manusia’ di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan

Friday, March 5, 2010

~~Basic Life Support 26 & 27 Februari 2010~~


Bismillah.....

Anyonghaeseyo everyone!! alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi di atas segala Nikmat & kurnianya....

Uhm... dah lame asenye x mengupdate blog nih...huhuhu...Maklumlah masa semakin terhad untuk sume nih.... Kini, tinggal 3 bulan sje lagi aku akan menamatkan pengajianku... uhm..sekejapnye mase berlalu... pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun aku belajar kat Kolej Islam Sains & Teknologi......... Suka duka kat cnih tersimpan rapi kat lipatan memori aku...lalalaala~~ 25-02-2010 hari khamis... aku telah menamatkan latihan klinikal aku di Hospital tanah merah...Selama 2 bulan aku kat sanew... pelbagai ilmu baru aku belajar n aku dapat kat sana............ unit kecemasan, dewan bedah & dewan bersalin...........uhm nice memories......hehehe~````

Berbalik kepada tajuk di atas.......... uhm...basic Life support??? ape erk??? kami selaku Pelatih Penolong Pegawai perubatan diwajibkan menjalani kursus nih coz ye merupakan Kokurikulum kami sebelum kami masuk ke area pekerjaan sebenar........huhuhu..bunyi cam mencabar gak..huhuhu........... After aku tinggalkan redland world dengan linangan airmata ...hahaha...chewah! jiwang la plop...... Fly away...........balik kolej.......

26-02-2010 ( Jumaat ).....

Uhm....hari nih hari yang dituggu2....tunggu ke?? hahaha~~ berdebar? takut? uhm sumer ade......walaupun hari nih juz dengar ceramah tentang cardiopulmonary Resuscitation ( CPR) & chocking baby dan orang dewasa......ceramah nih disampaikan oleh Dr.Razak dari HRPZ 11...uhm bez jugak ceramah yang disampaikan..banyaklah inp[ut aku n fren dapat...alhamdulillah......walauun mata ini sekali sekala tertutup...hehehe... Alhamdulillah aku dapat tangkap ape yg disampaikan........ Erm... x lupe jugak LP kesayangan dak2 nih yang turut serta ialah En.Awe!!!! Antaranye lagi En.Aswadi, En. Fakharuddin and En.Hasmawawi n selaku Lecturer kat KIST.... En.Taib, En.Zaidi, En.Rahimuddin, En.Isma, En.Samah & En.Baha...yang turut mejayakan program nih.........uhm hari nih kene belajar camne nak wat CPR n Chocking yang betul...uhm banyk benda yang melucukan kat cnih...hahahha~` membuatkan aku n frenz x kering gusi..........uhmnampak senang nak wat CPR tapi hakikatnye.......susah! waaa~~~~~~~~~~~~Nampaknye aku x sempat nk mengupload photo kat cnih..t aku uploadkan di cont.....

Monday, February 15, 2010

Kerana Terlalu Dekat...

Bismillah..

Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia telah memilih sebiji telur dan digengamnya di dalam tangannya.

Pelanggan : "Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?"

Penjual Telur : " Cuba berikan bayangan," pintannya..

Pelanggan : " benda ini bentuknya seperti telur," ujar pelanggan.

Penjual Telur : "Lagi?"

Pelanggan : " warnanya seperti telur."

Penjual Telur : " Lagi?" rayu penjual telur lagi.

Pelanggan : ( Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya) " belum cukup lagi? baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur.
Ia cair didalam keadaan biasa tetapi bila dipanaskan ia menjadi pepejal. Di dalamnya ada cecair yang
berwarna putih mengelilingi warna kuning!"

Setelah berfikir panjang, penjual telur itu menjerit:

Penjual Telur : " Aku tahu jawapannya! Ia sejenis kuih!"

Pelanggan menggeleng-gelengkan kepalanya. Lantas dibuka genggaman tangannya. Ya, hanya sebiji telur... apalagi?


Moral of the story : Manusia sering alpa dan leka serta sering menjadi " buta " dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Dan sering terlupa apa yang ada di hadapan mereka. Mereka hanya melihat sesuatu yang jauh dari mereka sehingga mereka terlupa orang yang paling hampir dengan mereka. Orang yang paling hampir dengan mereka akan dipinggirkan , tetapi apabila orang itu sudah tiada baru terasa kehilangannya. Mengapa kita perlu menjadi sedemikian rupa?? seharusnya kita menghargai apa yang Allah anugerahkan buat kita. Mungkin itulah yang pertama dan terakhir Allah pinjamkan seseorang yang hampir dengan kita, yang bisa menjadi sahabat sejati kita atau mungkin teman kita selamanya. Namun, bersyukurlah kita dengan setiap pinjaman yang Allah berikan untuk kita.Kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh tetapi kerana terlalu dekat dengan kita... Sayangilah dan hargailah orang-orang disekitar anda.. Mungkin selepas ini anda tidak akan pernah menemui orang sepertinya....

Friday, February 12, 2010

Akukah Yang Salah??

Kadang-kadang..
Aku terfikir...
Tanpa aku melakukan sesuatu..
aku boleh melukakan hati seorang insan..
Aku terkesima...
Aku buntu...
Aku tewas...
Apakah tanpa aku meluahkan..
mereka bisa mengetahui hatiku berbicara...
Ya Allah...
Bantulah aku...
Redhailah aku...
Jangan kau biarkan aku berputus asa dengan ujian-Mu...
Aku termenung lagi...
Adakah aku yang bersalah?
Insan disampingku..
diam seribu bahasa..
Menjauhkan diri...
Meninggalkan aku dengan seribu pertanyaan..
Aku terkapai-kapai lemas dalam revolusi ini...........
Ya Allah...
Berikanlah aku pentunjukmu..
Tuntunlah aku di jalan yang lurus...
Bentulah aku merungkai segala permasalahan.......
Amin......


Tuesday, February 9, 2010

You Get What U c..

Bismillah...

uhm...ape yang kamu lihat itu yang kamu dapat...

Thursday, January 28, 2010

Tinta Kenagan Majlis Jalinan Ukhwah

SomeThing tO be Remember~~







Assalamualaikum w.b.t....

Bersyukur aku ke hadrat Illahi..Di atas segala nikmat yang dipinjamkan untukku... serta rakan2ku jua...Alhamdulillah...Secebis tinta kenangan dari penulis buat nukilan sahabat2 Diploma Penolong Pegawai Perubatan Jun 2007...




Hari ini 29.12.09 ( Selasa)

Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar seperti yang dirancang... Hari nih merupakan minggu terakhir penulis bersama sahanbat2 perjuangan meluangkan masa bersama sebelum memulakan semester baru iaitu semester terakhir ( semester 6)..sebelum melangkah ke "area clinikal" untuk kali terakhirnya seiring waktu kami yang bergelar mahasiswa..Mana mungkin waktu yang diberikan Allah s.w.t disia2kan sebegitu saja.. Inilah masanya penulis dan rakan2 menggunakan masa uang ada untuk merapatkan lagi ukwahfillah abadan abada... Menjalinkan yang terpisah, mengeratkan yang "terjauh"...hehe..Menurut pensyarah muda ( PM) kami dikehendaki berjalan sejauh 2km lebih kurang la...uhm..penulis pom x sure...hehe..sowiey...2km kami berjalan dari pintu masuk kolej ke Pantai Seri Telong...Uhm boleh tahan penatnye...tapi keceriaan jelass terpancar di riak wajah masing2 walaupun kepenatan melanda diri....

Penulis & rakan2 sempat lagi bergurau senda sepanjang perjalanan bersama rakan2 seperjuangan...Saat itu, penulis beriringan dgn Hidayah,suhaili, K.Mariani & K.Lin melangkah jauh ke Pantai seri Telong dan diikuti dgn junior2 n rakan2 MA sem 6 yang lain... Jam 8.30 pagi...penulis dan rakan2 selamat sampai di Pantai Seri Telong..uhm beznyer udara pagi...nyaman rasanye...X ketinggalan untuk menyedut O2 banyak2 agak2 samapai hiccuping..hehehe...Ramai yang dah munculkan diri kat pantai bagaikan x sabar menanti aktiviti yang akan dijalankan...hihi...penulis mendaftarkan diri di teratak urusetia..........

MA Jun 2007

Farid~~Bob~~Najmi~~Syafiq~~Nizam~~Andee~~Wansyah~~Halim~~Epy~~Mohsin~~Apiz~~Am

Nard~~Atiq~~MatDam~~Jackiey~~A.Mat~~A.Seful~~POkJat~~AzniEy~~A.Mijie~~Peja~~Yoe~~

Faiz~~AMiey~~D-Bah~~K.M~~K.Lin~~K.yan~~Elly~~Dayah~~Dilla~~Sirrul(Penulis)~~K.Na

K.Rina~~Waniey~~Ayu Bulan~~Ayu Fotostat~~Kina~~Jihan~~Shira~~Ika~~Ain~~Nabila

Teha~~Lela~~Farah~~K.Faziey~~LIsa~~Erniey~~K.Aisyah~~Roaini~~Aynaa~~Muniey

Anis~~Yaya~~Wan~~Atul~~ Ecah~~


~~uhm....banyak agi.....aktiviti yg menarik...hahaha~~hahaha...paling penulis x dapat lupe bile men tiup duit syiling dalam tepung n sambut belon berair..huhuhu..then paling mencabar bila kena reka satu alat yg bleh selamatkan mangsa dalam hutan belantara...paling melucukan permainan look, listen & feel~~ hahhaha~~ macam2 gambar yang dilukis... Bila kami dikehendaki melukis " SEEKOR BINATANG BERKEPALA GAJAH BERBADAN SEMUT BERKAKI KURA2 BEREKOR IKAN PAKAI STETOSKOP~~ Nice..macam2 gambar ade...kat cnih terselit pembelajaran...Camne kita menerima arahan dan menyelesaikan masalah dihadapan kita... serta menjalankan tanggungjawab kita...Kesimpulan setiap aktiviti yang dianjurkan ada manfaat dan faedahnya... Jutaan Terima Kasih kepada Pengarah Dip.MA, Pensyarah2 n Pensyarah Muda yang telah menganjurkan aktivit seperti in... moGa akan terus berkekalan....

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...