16 MEI 2012 - SELAMAT HARI GURU
Rasanya masih belum terlambat untuk Jiddan ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua yang bergelar guru-guru!
Seperti mana yang diketahui umum 16 MEI adalah hari yang paling bermakna buat semua insan yang bergelar GURU!
Dengan kesempatan yang ada Jiddan nk ucapkan SELAMAT HARI GURU buat : -
* Umi & Abah Jiddan - Kerana mereka lah guru pertama yang hadir dalam hidup Jiddan di mana menreka mengajar Jiddan ERTI SEBUAH KEHIDUPAN..ajar segala-galanya...sebelum Jiddan masuk sekolah sehingalah Jiddan dah berusia 22 tahun...
* Cikgu2 Sekolah Tadika Pasir Akar- Yang mengajar Jiddan kenal "ABC" "123"
* Ustaz & ustazah - yang mengajar Jiddan " Alif ! ba ! ta" sampai Jiddan pandai baca quran..
* Cikgu2 Sekolah rendah especially SK Lubuk Kawah, SK Pasir Akar, SK Saujana dan 1 lagi sekolah Jiddan lupe... huhuhu... - yang mengajar Jiddan untuk menjadi org yg pandai dalam pelbagai ilmu...
* Ustaz & Ustazah Sek KAFA - Yang megajar Jiddan ttg ilmu agama...JAWI, SIRAH NABI,TAJWID dll...
* Cikgu Tuisyen Jiddan
* Cikgu Sekolah Menengah especially Sek.Men.Keb AGAMA WATANIAH... - Yang mengajar Jiddan ilmu dunia & akhirat... yang x pernah kenal putus asa untuk terus mendidik Jiddan.
* Cikgu Pusat Tuisyen Anggun
* Cikgu Silat Jiddan : Cikgu Jaafar!
* Pensyarah-pensyarah KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI
* Encik2 MA, doktor2,Jururawat, n warga hospital yang pernah Jiddan Praktikal untuk menimba secebis ilmu...
- Hosp.Besut, Hosp.Machag, Hosp. Tanah Merah, KK Cherang Ruku, KK Ketereh, HRPZ II, Hosp.Tumpat...
* dan buat kawan-kawan yang bergelar GURU!
* dan buat mereka yang pernah ajar Jiddan walaupun 1 ilmu!
Jiddan amat menghargai jasa-jasa kalian...Tanpa kalian siapalah Jiddan... Thanked to Allah for all i have!!
ALHAMDULILLAH!!
SELAMAT HARI JURURAWAT!!!
inilah slogan ::: Kami sentiasa membantu!!
Selamat Hari Jururawat buat semua yang bergelar jururawat!!! especially for my mom!!
Hari Jururawat disambut pada 13 MEI setiap tahun ( kalau x silap Jiddan la...)
Selamat Hari Jururawat Umi!! Semoga Umi ( Puan Normah bt Jusoh) sentiasa berada dalam keadaan sihat hendak-Nya dan tabah dalam menghadapi segala cabaran dalam pekerjaan
umi!!!
Selamat Hari Jururawat buat rakan sekerja Jiddan:-
SN Normayati, SN Nafisah, SN Shatilla a.k.a Ella, SN Azlina , SN Azmah, SN Hasliza, SN Julina...
Semoga kalian menjadi jururawat yang berdedikasi dan sentiasa optimis pada kerja...
May Allah Bless U All!!
Walaupun terkadang orang awam sentiasa mengganggap jururawat org yg garang namun, bg saya tidak!
Mereka adalah sumber kekuatan untuk memberi secebis
senyuman buat pesakit! Membuat pesakit lega dgn layanan mereka dgn izin ALLAH..
HAPPY NURSE DAY!!!
SELAMAT HARI-HARI IBU!!
Pada bulan Mei setiap tahun seringkali kita diingatkan dengan kehadiran " HARI IBU"..
Namun, bagi Jiddan setiap hari adalah hari ibu...kerana setiap hari tidak pernah lekang di minda Jiddan nama ibu... a.k.a Ummi...
Bagi Jiddan tiada satu hari pun untuk Jiddan tidak rasa kan kehangatan hari ibu...
Kerana Ummi adalah segala-galanya selain ALLAH & RASULULLAH...
Ummi lah insan pertama yang memeluk Jiddan sewaktu Jiddan baru mengenal dunia...
Ummi lah insan yang mengajar Jiddan erti sebuah KEHIDUPAN... erti SAYANG! erti CINTA! erti KASIH!
kerana tanpa kasih sayang, cinta dan belaian dari ummi...mungkin Jiddan tidak seperti sekarang...
"terima kasih ummi di atas kasih sayang cinta dan pengorbanan yang ummi berikan pada Jiddan dan adik2... tanpa kasih sayang, cinta & pengorbanan ummi siapalah kakak...
Semoga hari-hari mendatang adalah hari bahagia ummi...
Kakak xde duit berjuta untuk diberikan...namun kakak ada kasih sayang yg pernah ummi curahkan...
Kakak xde kereta besar untuk bg pada ummi...Tapi kakak ada sekalung doa buat ummi...
Kakak sanggup buat apa saja demi ummi..."
Buat semua yang bergelar ibu SELAMAT HARI-HARI IBU..
Moga kalian menjadi IBU yang baik dan amanah dalam menjalankan tanggugngjawab
kalian sebagi seorang ibu...
Kepada bakal-bakal ibu juga, bersedialah kalian dengan amanah yang akan
diberikan buat kalian...
TERIMA KASIH IBU...