Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H



Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnia-Nya yang tidak terhingga..
Nikmat Hidup...Sihat...Cukup Makan...yang paling penting moga iman sentiasa penuh
di dada...

Salam Maal Hijrah 1434 H

Jiddan ucapkan buat semua sahabat handai rakan dan taulan....

Esok bersamaan 1 Muharram 1434H
maka bermula episod baru kita...moga dipermudahkan segala urusan..
Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri...
perbaiki diri ke arah yang lebih baik...
Moga dengan kehadiran tahun baru ini, membawa seribu rahmat buat seluruh umat Islam...

Sesiapa yang belum baca doa akhir tahun & awal tahun 
moh sama2 kita baca doa yok!
Semoga tahun baru lebih baik daripada sebelumnya...


Monday, July 30, 2012

Ahlan wassahla ya ramadhan..

Assalamualaikum w.b.t...

10 Ramadhan 1433 h..

Rasanya masih belum terlambat untuk Jiddan ucapkan SELAMAT BERPUASA buat muslimin& muslimat yg dirahmati Allah sekalian...semoga dgn kedatangan ramadhan kali ini dapat meningkatkan iman Jiddan & sahabat2 sekalian...Sempena bulan mulia ini, sama2 lah kita mencari keredhaan Allah....

Jgn lupa!!
- niat pose
- Jaga mata,telinga,mulut,kaki,tangan,lidah & everything yg ada pd kita dari benda2 yg haram makhruh mahupun yg membatalkan pose!
- Jgn lupa cepat2 buka pose ( bila dh masuk waktu la..hihi)
-  Jgn lupe solat terawikh!
- Jgn lupe berzikir & tadarus alquran..
- Qiamulail
- Solat Tahajjud!
- Bersahur
- Jgn mengumpat, mengadu domba,memaki hamun & sewaktu dgnnys!
- Jgn lupe solat jemaah & mengimarahkan masjid!
- berinfak @ bersedekah di jln Allah!
- Jgn byk makan! ( nanti mls nk wat ibadat!)


Semoga segala amal ibadat kita pada bulan ini membawa seribu keberkatan buat kita...Anggaplah ramdhan in yg terakhir buat kita...

Tuesday, July 3, 2012

Welcoming Sabah 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari nih Jiddan nak sambung cite pasai XPDC gunung kinabalu..

Hari ke-3 21 Jun 2012 @ 9:30 am

Jiddan n kengkawan bertolak ke TIMPOHON GATE dimana tempat permulaan bagi pendaki yang akan mendaki ke GUNUNG KINABALU... Kira cam check point pertamalah untuk mendaki... jom tgk gambar!


Pintu masuk ke TIMPOHON GATE!


 Senarai nama peserta terpantas yang mendaki!

Pintu masuk ke kaki GUNUNG KINABALU..

Ni la laluan pertama yg kami tempuhi..
Kat depan jiddan tu, yg nampak hijau tu adalah portal yg ditugaskan untuk bawa
barang.. Tabik spring untuk dorg! kuat angkat gas,tong air,n brg2 keperluan lain!

CARSON FALL!
air terjun nih x sampai pom 0.5km kami jalan~
cantikkan!
tapi x blh mandi kat sini!

Baru 0.5 km manedaki..tapi dh penat!
maklumlah stamina kurang!
kalau korang perasan kitaorg ada pakai tag!
tu adalah pas masuk ke situ!
RM3 jer! boleh sampai ke LAYANG_LAYANG HUT!

hihi...xdelah tinggi sgt kan! haha! tapi Jiddan dh semput!
x dpt nk bygkan cane portal2 yg angkat brg2 tiap2 hari kan!


Kami melalui 3 pondok untuk sampai ke
Mempening! 
1st: Pondok kandis
2nd: Pondok Ubah
3rd: Pondok Lowi
Kira cam tempat perhentian la!
Siap ada toilet n tangki air utk tambah air!
Yg ptg toiletnya bersih dong!


1- Puncak KINABALU ! nampak jer dekat kan! tapi! jauh!
2- Sape kenal pakcik nih angkat tangan!!
Pakcik nih digelar "BADANG KINABALU" nama sebenarnya En.Abbi
kalau x silap Jiddan~beliau mampu mengangkat tong air yg besar kira2 50kg gitu untuk dibawa ke LABAN RATA!
Dimana ada terdapat penginapan sementara bagi pendaki bermalam sebelum
meneruskan perjalanan keesokan paginya! Sape sanggup nk buat kerja nih!
Nak naik ke LABAN RATA pom amik masa 3 jam! huhu! law cam JIddan 4-5 jam xtahu!

Jiddan bertuah sebab jumpe nga BADANG KINABALU!

Okla...setakat nih dulu! daaa! Insya-Allah Jiddan akan sambung entry terakhir Jiddan! 




Thursday, June 28, 2012

Welcoming to Sabah


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..syukur kpd Allah s.w.t...diberi peluang utk menjejakan kaki ke bumi Sabah..
Seriously, x pernah terpikir nk dtg sini... Sempena 10 tahun penubuhan UMP, Jabatan Ha Ehwal Pelajar telah menganjurkan xpdc ke Gunung Kinabalu..seramai 40 orang peserta berpeluang utk mendaki Gunung Kinabalu...

18 Jun 2012 @ 10:40am

Kami selamat menjejakkan kaki di Kota Kinabalu... Mendarat juga kapal terbang yang kami naiki di Kota Kinabalu International Airport a.k.a KKIA... Seakan-akan x percay dh sampai kat Sabah.. ( Bukan ovc pom..huhu...org lain gi ovc x kecoh) haha..Jiddan bukan nk "show off" tapi nk share je apa yang ada kat Sabah...Manalah tahu kot kawan-kawan semua nk jalan-jalan kat Sabah...

Ting! Tgklah gambar nih ea!

Ekspedisi Gunung Kinabalu
15/06/2012

otw masa dalam flight...cantikkan awan nih!
Lower Cost Carrier Terminal (LCCT) - Kota Kinabalu International Airport (KKIA)
Mengambil masa kira2 2 jam 30 min..



Jam 10:40 am..Alhamdulillah dah sampai kat KKIA

Bas dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)
yang ambil kami kat airport..
UMP kerjasama dengan UMS

Bumi Kundasang!
Otw... Bandar KK Jiddan jumpa byk roundbout (saje nk gtow)
dlm perjalanan ke Kundasang kita dh blh nampak Puncak gunung Kinabalu..

Program Jalinan Mesra antara penduduk Kg.Lembah Permai, Kundasang
bersama UMP.
* Penyerahan anak angkat kpd ibu bapa angkat.
Gembira menerima ibu bapa angkat..

Malam kebudayaan..
Kami dipersembahkan dgn tarian sumazau, boria, silat n dll...
Sebelah kanan : Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

19 Jun 2012
9:00 am - nampak jer panas...tapi udaranya dingin sgt...
Senaman pagi bersama Penduduk Kg.Lembah permai
9:30 am - Gotong Royong di sekitar Kampung...
x berpeluh pom dop kat sini..hehe...

10:30 am - Habis Gotong Royong kami dibawa ke sungai! 
Very nice place!!
Seriously, cantik!
View yg hijau + Udara yg nyaman!
Penduduk di sini menjana pendapatan mereka dengan berkebun..
So, kat sini mmg mudah nk jumpa buah-buahan n syaur-sayuran..
"Fresh" dari ladang!

Buah Mulberry! Sangat sedap rasanya!
Yang Kaler hitam tu lagi manis! yang merah masam
Selamat tinggal Kg.Lembah Permai...
Orw ke Kinabalu Park!
Sempat menyinggah sebentar di Pekan kecil kundasang!
dan bergambar di War Memorial Park!
x masuk dalam pom!

1- Depan Peak Logde nampak Puncak Gunung..
2 - Rock Hostel (Rt) & Grace Hostel (Lt)
3- Peak Lodge: Best dok kat sini!Dia punye design gaya omputih!
4- Depan reception Kinabalu Park
5- Balsam Buffet Restaurant milik Sutera Lodge
6&7- nih waktu nk gerak daki Gunung Kinabalu dah..
8- Peta Kinabalu Park Complex ( Take Nothing But Photograph)

               
  1. Hot Spring, Ranau.... Kat sini ada byk tempat yang boleh kita lewati ( Kebun Kupu-Kupu, Canopy Walk, Kipungit Waterfall, Bat cave & Langanan Waterfall) Tapi, Jiddan just naik Canopy Walk je..huhu.. serious best! Gayat! Takut!
  2. Pondok Manggas - Permulaan untuk merentasi Canopy Walk.. kat sini ada seorang petugas jaga kat sini cek tiket..hihi...bayaran masuk murah jer! Dewasa RM3!
  3. Gambarajah 3,4,5 hah! Inilah Laluan Canopy Walk! Amacam ada berani?? Pesanan untuk org yang gayat n ada sakit Jantung x digalakkan naik... ( Anda Meniti Di Atas Risiko Sendiri)
  4. Gambarajah 6,7,8, 10 inilah hot sring! yg no.7 tu adalah air panas yang betul2 panas n x dibenarkan mandi! No.8 tu untuk perseorangan! n 10. boleh masuk ramai2!
  5. Gambarajah 9 - kolam air sejuk! air dari waterfall kata penjaga kolam ni..hihi...Jiddan cuma tulis apa yg diberitahu..boleh tahan sejuk air nih!
K la... setakat nih dulu entry Jiddan tunggu next entry!! 

Thursday, June 14, 2012

Kenapa saya masih hidup?

Bismillahirrahmanirrahim...


KENAPA ALLAH HIDUPKAN LAGI AKU HARI INI???
Satu persoalan yang penting untuk kita persoalkan pada diri kita sendiri selepas terjaga dari tidur atau setiap kali kita terleka...bukan persoalan tentang dunia yang sangat menipu daya..
Kadang-kadang kita selalu terleka dengan setitis nikmat dunia yang Allah kurniakan sehinggakan kita mengabaikan nikmat akhirat selepas itu yang kekal selamanya.


 “Kenapa Allah hidupkan aku pada hari ini?”
Jawapan dari Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali :
“Kerana dosaku terlalu banyak. Allah izinkan aku untuk bertaubat.."
* Jika DOSA itu ada BAU, pasti tiada manusia yang SANGGUP berbuat dosa kerana tidak tegar untuk berkubang dalam bau yang maha busuk itu. Jika pahala itu bernilai seperti wang, pasti semua orang akan terkejar-kejar pahala..
* Tapi masalahnya ialah; Dosa dan Pahala itu cuma akan diketahui dengan pasti selepas mati. Saya yakin, kita semua pasti akan KESAL nanti. Kesal sebab banyak dosa dan sedikit pahala..
* Maka, anggaplah dosa itu busuk. Dengan itu kita akan selangkah menjauhi dan membenci dosa, dan perlakuan dosa orang lain.

 copy by : Ust. SHAHRUL NIZAM BIN MD AHIR 



wadi ilmu

Friday, May 18, 2012

Buku..

Buku oh buku......

kenapa dgn buku???

Actually Jiddan nk citer...pasal 1 buku nih...

Jiddan memang teringin sgt nk memiliki buku nih sejak Jiddan berusia 20 tahun yang lalu...

Since year 2009..

Semalam 17 MEI 2012..

barulah Jiddan berjaya memilikkinya...

Alhamdulillah...

Dulu, x mampu nk beli...biasalah byk lagi keperluan yg lebih penting...



yeay! akhirnya buku RAHSIA MINDA HEBAT tulisan 

Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood
&
Haji Muhammad Zakaria

menjadi milik Jiddan!

Thursday, May 17, 2012

3 in 1 - Selamat


16 MEI 2012   - SELAMAT HARI GURU

Rasanya masih belum terlambat untuk Jiddan ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua yang bergelar guru-guru!
Seperti mana yang diketahui umum 16 MEI adalah hari yang paling bermakna buat semua insan yang bergelar GURU!
Dengan kesempatan yang ada Jiddan nk ucapkan SELAMAT HARI GURU buat : -

* Umi & Abah Jiddan - Kerana mereka lah guru pertama yang hadir dalam hidup Jiddan di mana menreka mengajar Jiddan ERTI SEBUAH KEHIDUPAN..ajar segala-galanya...sebelum Jiddan masuk sekolah sehingalah Jiddan dah berusia 22 tahun...

* Cikgu2 Sekolah Tadika Pasir Akar- Yang mengajar Jiddan kenal "ABC" "123"

* Ustaz & ustazah - yang mengajar Jiddan " Alif ! ba ! ta" sampai Jiddan pandai baca quran..

* Cikgu2 Sekolah rendah especially SK Lubuk Kawah, SK Pasir Akar, SK Saujana dan 1 lagi sekolah Jiddan lupe... huhuhu... - yang mengajar Jiddan untuk menjadi org yg pandai dalam pelbagai ilmu...

* Ustaz & Ustazah Sek KAFA - Yang megajar Jiddan ttg ilmu agama...JAWI, SIRAH NABI,TAJWID dll...

* Cikgu Tuisyen Jiddan

* Cikgu Sekolah Menengah especially  Sek.Men.Keb AGAMA WATANIAH... - Yang mengajar Jiddan ilmu dunia & akhirat... yang x pernah kenal putus asa untuk terus mendidik Jiddan.

* Cikgu Pusat Tuisyen Anggun

* Cikgu Silat Jiddan : Cikgu Jaafar!

* Pensyarah-pensyarah KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI

* Encik2 MA, doktor2,Jururawat, n warga hospital yang pernah Jiddan Praktikal untuk menimba secebis ilmu...
- Hosp.Besut, Hosp.Machag, Hosp. Tanah Merah, KK Cherang Ruku, KK Ketereh, HRPZ II, Hosp.Tumpat...

* dan buat kawan-kawan yang bergelar GURU!

* dan buat mereka yang pernah ajar Jiddan walaupun 1 ilmu! 

Jiddan amat menghargai jasa-jasa kalian...Tanpa kalian siapalah Jiddan... Thanked to Allah for all i have!!
ALHAMDULILLAH!!




SELAMAT HARI JURURAWAT!!!
inilah slogan ::: Kami sentiasa membantu!!

Selamat Hari Jururawat buat semua yang bergelar jururawat!!! especially for my mom!!

Hari Jururawat disambut pada 13 MEI setiap tahun ( kalau x silap Jiddan la...)

Selamat Hari Jururawat Umi!! Semoga Umi ( Puan Normah bt Jusoh) sentiasa berada dalam keadaan sihat hendak-Nya dan tabah dalam menghadapi segala cabaran dalam pekerjaan 
umi!!!


Selamat Hari Jururawat buat rakan sekerja Jiddan:- 

SN Normayati, SN Nafisah, SN Shatilla a.k.a Ella, SN Azlina , SN Azmah, SN Hasliza, SN Julina...


Semoga kalian menjadi jururawat yang berdedikasi dan sentiasa optimis pada kerja...

May Allah Bless U All!! 


Walaupun terkadang orang awam sentiasa mengganggap jururawat org yg garang namun, bg saya tidak!
Mereka adalah sumber kekuatan untuk memberi secebis
senyuman buat pesakit! Membuat pesakit lega dgn layanan mereka dgn izin ALLAH..
HAPPY NURSE DAY!!!



SELAMAT HARI-HARI IBU!!

Pada bulan Mei setiap tahun seringkali kita diingatkan dengan kehadiran " HARI IBU".. 

Namun, bagi Jiddan setiap hari adalah hari ibu...kerana setiap hari tidak pernah lekang di minda Jiddan nama ibu... a.k.a Ummi...

Bagi Jiddan tiada satu hari pun untuk Jiddan tidak rasa kan kehangatan hari ibu...

Kerana Ummi adalah segala-galanya selain ALLAH & RASULULLAH...

Ummi lah insan pertama yang memeluk Jiddan sewaktu Jiddan baru mengenal dunia...

Ummi lah insan yang mengajar Jiddan erti sebuah KEHIDUPAN... erti SAYANG! erti CINTA! erti KASIH!
kerana tanpa kasih sayang, cinta dan belaian dari ummi...mungkin Jiddan tidak seperti sekarang...
"terima kasih ummi di atas kasih sayang cinta dan pengorbanan yang ummi berikan pada Jiddan dan adik2... tanpa kasih sayang, cinta & pengorbanan ummi siapalah kakak...
Semoga hari-hari mendatang adalah hari bahagia ummi...
Kakak xde duit berjuta untuk diberikan...namun kakak ada kasih sayang yg pernah ummi curahkan...
Kakak xde kereta besar untuk bg pada ummi...Tapi kakak ada sekalung doa buat ummi...
Kakak sanggup buat apa saja demi ummi..."


Buat semua yang bergelar ibu SELAMAT HARI-HARI IBU..
Moga kalian menjadi IBU  yang baik dan amanah dalam menjalankan tanggugngjawab
kalian sebagi seorang ibu...
Kepada bakal-bakal ibu juga, bersedialah kalian dengan amanah yang akan 
diberikan buat kalian...

TERIMA KASIH IBU...




Monday, May 7, 2012

Give Thanks To Allah


Bismillahirahmanirrahim....

Hari nih Jiddan nk share satu lagu daripada ZAIN BHIKHA..

Jom kita sama-sama hayati lirik lagu nih...

Mungkin setiap hari kita ada "termengeluh", "terkeluar", "tertubik ( loghat kelate)" daripada mulut kita mahupun

pada lintasan hati kita...

Sebelum kita mengeluh...

Cuba kita lihat balik...

banyak yang Allah beri pada kita...mahupun kita x sedar atau sengaja x menyedarkan diri kita..

so.. move on!!

Cuba kita jadi hamba yang bersyukur..

Cuba untuk luahkan " Alhamdulillah"...

Lebih baik kan???

Atau Terima Kasih ya Allah di atas segala nikmat dan limpah kurnia-Nya....



Give Thanks to ALLAH - ZAIN BHIKHA

Give thanks to Allah,
For the moon and the stars
Prays in all day full,
What is and what was
Take hold of your imaan (faith)
Don't givin to shaitaan (satan)
Oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafoor (forgiving), 
Allahu Rahim (merciful), 
Allahu yuhibo el Mohsinin ( god loves who do the good and helps others volunteerly)
Hua Khaliqona (he's our creator) 
hua Raziqona (he's our sustainer) 
Wahoa' ala kolli sheiin qadir ( and he has the power of all)

Allah is Ghafoor 
Allah is Rahim 
Allah is the one who loves the Mohsinin,
He is a creator, he is a sustainer and he is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
For the moon and the stars
Prays in all day full,
What is and what was
Take hold of your iman
Don't givin to shaitan
Oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafoor Allahu Rahim 
Allahu yuhibo el Mohsinin,
Hua Khaliqona 
hua Raziqona wahoa' ala kolli sheiin qadir

Allah is Ghafoor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
He is a creator, he is a sustainer and he is the one who has power over all.



Friday, March 16, 2012

Terapi Zikir

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah ... hari nih Jiddan ada satu zikir baru dari Hafiz Hamidun yg telah dimuatkan
dalam album terbarunya " Zikir Terapi Diri"... Alunannya amat menenangkan jiwa yang lara..
So, di hari yg baik nih boleh la kita sama-sama berzikir sambil mencari Redha Illahi...




Ayuh kita berzikir!

Selamat beramal!

Sunday, March 11, 2012

Pesanan Ibrahim Adham...

Bismillahirrahmanirrahim...


Segala puji bagi Allah....Tuhan sekalian alam...

Hari nih Jiddan nk share serba sedikit apa yang disampaikan oleh Ustaz Shahrul Nizam...

Dalam kita mengejar kejayaan di dunia..terkadang kita alpa...jatuh terseungkur sehingga meninggalkan akhirat yg menanti...Terkadang kita lupa siapa diri kita....untuk apa kita dilahirkan di dunia ini...

terkadang kita mengeluh...meratap apa yang bukan milik kita...Tanpa kita sedar semua adalah milik ALLAH kita hanya meminjam...so...sama2 kita renungkan...

Pesanan Ibrahim Adham ( Raja yang zuhud ) kepada pencari akhirat :
 Jika kamu mahu mencari akhirat maka kamu baruslah membuka 5 pintu dan menuntup 5 pintu iaiu:
 1. Buka pintu susah payah dan tutup pintu senang lenang.
 2. Buka pintu Sabar dan tutup pintu mengeluh.
 3. Buka pintu ilmu dan tutup pintu jahil.
 4. Buka pintu Qiamullail dan tutup pintu Tidur sepanjang malam
 5. Buka pintu taubat dan tutup pintu maksiat.
 

*Pernahkah kita mengajukan pertanyaan kepada  diri kita masing- masing, Dimanakah kita sebelum dilahirkan? Apa dan bagaimana kita  selama di alam kandungan yang gelap gelita itu? Bagaimanakah proses perjalanan yang melelahkan itu sehingga kita sampai ke dunia ini? Lantas apa tujuan kita hidup di dunia? Apa yang  terjadi dengan umur  kita yang semakin bertambah dan kian hari usia kita  semakin berkurang? Setelah tutup usia, kemanakah kaki kita melangkah? Sekilas pertanyaan- pertanyaan tersebut terlintas di fikiran.....( renungan bersama )...

p/s: sekarang, tepuk dada tanya iman kita....apa yg sedang kita lakukan sekarang???

Thursday, March 8, 2012

Occupational English Test

Bismillahirahmanirrahim..

Maha Suci Allah dan segala puji hanya buat Dia yang Esa..
Selawat & salam buat Rasul junjungan...

Seperti tajuk di atas... Occupational English Test ( EOT )...apa kaitan nga Jiddan ea?? haha...begini ceritanya...
Memandangkan Jiddan nih mencari rezeki di Universiti maka,terlibat juga dgn benda-benda macam nih...bukan apa, membantu mereka yang tgh buat kajian nih... Actually, nih kajian atau research student foreigner yang tgh buat pHd kat "U" Jiddan ni... Student yang Jiddan maksudkan  ialah Jebuneesa....berasal daripada Bangladesh... Jiddan pom x tahu macam knp dia berminat nk buat pada staff Pusat Kesihatan Pelajar...huhu..

Tapi... ok la jugak kan ...at least tahu la kan..."cpu" kita nih ingat x lagi apa yg teacher ajar kat skool dulu...hihi...Bab2 grammar nih Jiddan x fasih sgt... Test nih biasa dibuat oleh penjawat awam kat Australia menurut kata Jebunessa la...Hari nih baru Jiddan tahu...Katanya lagi... International English Language Training System ( IELTS) nih bawah sket pada EOT..."owh macam tu".... 
Ragam at the beginning...
K.Ina & K.Ira

Berbalik pada EOT nih hanya ada satu soklan je...Kita diminta tulis surat rasmi...hihi....Jiddan nih x pandai sgt tulis surat coz..Jiddan punya surat lain..heheh.... Cth soklan yang Jiddan dapat ::: Anda diminta menulis sepucuk surat kepada "Pengerusi Nursing Home"....Sebelum itu, adalah "case note" diberi...

cth:
      Mr.Gerald Baker berusia 79 tahun... menghidapi penyakit Osteoarthritis..
      Admitted : 7 sept 2010
      Discharge : 12 sept 2010
      sejarah pesakit : Colle # 1985,  Osteoarthritis 2008, ongoing Hypertension
      latar belakang pesakit : duda,pesara, tidak mempunyai anak
      dx: Left Total Hip Replacement
           Ongoing HPT

beginilah cth petikan.. berdasarkan petikan tulis lah surat buat pengerusi : Nursing care....maka bermula la detik2 Jidda memerah idea...jom tgk...

      Kusyuknya dia....

nih kertas soklan OET...

hehe...nih Jiddan punye surat..
melalut apa ntah..hihi..


Najib & pHd student..
nih Oral test 
speaking saje kami hari nih...

Jam 3:15pm start - 4:30pm jugak..
Uish berbelit lidah Jiddan speaking London..
Alhamdulillah...moga Allah permudahkan usaha student ni...
k...nih saja dari Jiddan buat hari nih!
Daaa!
Assalamualaikum...


Wednesday, March 7, 2012

Gunung Brinchang & Gunung Berembun Part 2



Bismillahirrahmanirrahim...

Selawat & salam buat rasul junjungan mulia Muhammad s.a.w
Alhamdulillah....
Syukur ke hadrat Allah s.w.t..
Di atas nikmat dan kesempatan yang diberikan...

Berbalik kpd citer semalam yg x habis diceritakan lagi...huhu...alkisahnya...

Jam 9:00 am bertolak naik ke Gunung Berembun...terdapat 2 check point atau tempat menghilangkan penat seketika...di samping menghilangkan haus di tekak...Sepanjang perjalanan tiada kecederaan serius yg berlaku hanya "Muscle Cramp".. Alhamdulillah student tersebut okey after diberi "massage"... Untuk sampai ke puncak kami mengambil masa lebih kurang 2 jam... dengan jalan yang berlumpur dan sedikit licin, mungkin disebabkan oleh embun pagi.. Namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus mendaki...

Antara keindahan ciptaan Allah s.w.t..


hehe.. x tahu apa nama buah nih..hihi..sape ley bgtow
email jiddan ea!

nih pom Jiddan x sure..kalau tgk cam orkid hutan..huhu..
p/s:: kalau salah tlg betulkan yerk!

hhehe..nih pom x tahu nama jugak..

bunga??

giant paku pakis...hihi..

Jiddan mendaki tanpa sebarang "exercise" menyebabkan Jiddan sedikit "pancit" dan dehydration disebabkan tidak mempunyai stamina yang cukup...habis separuh botol 100 plus...hihihi... Namun semangat yang diberi oleh sahabat baru Jiddan iaitu Laili yg x putus2 memberi kata2 semangat..akhirnya, sampai jugak kat atas...huhu...

en.saiful...en.khalil..cik Laili..
diorang yg banyak membantu Jiddan..hihi..
Thanks a Lot!

En.Fahmi yg x disebut kat atas pom byk menolong..
nih menghabis bekalan yg dimasak oleh K.Ana..

K.Ana penggerak utama dlm ekspedisi nih!
Masakannya bez!

wajah2 gembira yg dh menawan Gunung Berembun..
Taraa!!

antara track yg di lalui...agak meurun..hihi



cantikkan??

Last but not leas, ekspedisi kami berakhir pada 12/02/201- Ahad..

Selamat tinggal Brinchang.. we'll come back!

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... & selamat tinggal buat kasut Jiddan!! sayang..tapi keadaan memaksa...


Kesian kasut Jiddan kena tinggal...huhu...

wait for next ekspedisi Jiddan..
sekian...
Assalamualaikum...

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...