Tuesday, October 25, 2011

Think Positive

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah....

Think positive??? Apa yang positif tu?? Amal?? Fikiran?? Perasaan?? Emosi??

Ok..hari nih saya nak kongsi sedikit cerita pasal "Berfikiran Positif"...




Al-maklum semalam saya ada terbaca " Inilah Kelebihan Solat Subuh" dalam majalah SOLUSI Isu No.36 ditulis oleh Pahrol Mohamad Juoi... Di situ, beliau ada menulis tentang kelebihan-kelebihan apabila kita bangun awal dan mengerjakan solat subuh di awal waktu...dan tidak menyambung tidur lagi setelah mengerjakan solat subuh...

Saya tertarik dengan ulasan beliau
10 minit seaik sahaja bangun daripada tidur sangat menentukan kecemerlangan pada hari tersebut. Oleh sebab itu, perlu diisi sebaik-baiknya dengan perkataan,perbuatan,perasaan dan fikiran yang baik-baik...


Alhamdulillah...saya terjaga di awal pagi... dan saya cuba amalkan apa yang ditulis oleh beliau iaitu harus berfikiran yang baik-baik setelah bangun daripada tidur...Insya-Allah hari itu akan menjadi hari yang terindah dalam hidup kita...Alhamdulillah..saya berjaya...membuang fikiran-fikiran yang tidak elok...biasa lah...saya manusia biasa...yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan...

Ternyata! Hari ini adalah hari terindah buat saya...Allah memberikan saya kemudahan dalam melakukan setiap tugasan yang diberikan oleh Ketua Jabatan saya..



إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

So, mulai hari nih kita bangun pagi-pagi...pasang niat elok2x... fikirkan hal2 positif2xx...Moga Allah mempermudahkan segala urusan kita pada hari tersebut dan seterusnya... Yeay!! Think Positive! Be Positive!!

Friday, October 7, 2011

Jom Istighfar!!!


Bismillah....

Assalamualaikum w.b.t...

Sempena hari jumaat yang mulia nih...Ape kate kita sama-sama

buat amal....x banyak sikit pon jadi la....Jom istighfar!!!

Nih antara kelebihan-kelebihan / fadhilat istighfar.....

Dari ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah:

1) Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.

2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.

3) Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta‘ala dan untuk mencapai keredhaanNya.

4) Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.

5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan apa yang dilarangNya.

6) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.



Wednesday, October 5, 2011

11 Jenis Manusia Di doa Malaikat

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi...Masih lagi diri ini mampu menyedut O2.....Masih mampu menatap keindahan Allah s.w.t...

Hari nih...ana nk share satu nota ringkas...diambil daripada e-community buat staff kat tempat keje ana...so, antum2 sume boleh baca,copy,& paste...Sebagai panduan buat kita semua....
Tanpa melengahkan waktu yg ada...boleh la "scroll down"......baca & hayati....Jom Bace!!

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

semoga hari ini lebih baik dari semalam...

P/S::: Nota ini di kongsi oleh seorang Hamba Allah...Saya tolong "copy & paste" je...so...sama-sama lah kita menghayati apa yang disampaikan...Moga2 ia memberi seribu erti buat kita...dan pedoman untuk menjadi muslim muslimah yg berjaya di dunia & akhirat...Jazakillahu khairan khatira...




http://youtu.be/LF4TRyHD30g

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...