Tuesday, October 25, 2011

Think Positive

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah....

Think positive??? Apa yang positif tu?? Amal?? Fikiran?? Perasaan?? Emosi??

Ok..hari nih saya nak kongsi sedikit cerita pasal "Berfikiran Positif"...




Al-maklum semalam saya ada terbaca " Inilah Kelebihan Solat Subuh" dalam majalah SOLUSI Isu No.36 ditulis oleh Pahrol Mohamad Juoi... Di situ, beliau ada menulis tentang kelebihan-kelebihan apabila kita bangun awal dan mengerjakan solat subuh di awal waktu...dan tidak menyambung tidur lagi setelah mengerjakan solat subuh...

Saya tertarik dengan ulasan beliau
10 minit seaik sahaja bangun daripada tidur sangat menentukan kecemerlangan pada hari tersebut. Oleh sebab itu, perlu diisi sebaik-baiknya dengan perkataan,perbuatan,perasaan dan fikiran yang baik-baik...


Alhamdulillah...saya terjaga di awal pagi... dan saya cuba amalkan apa yang ditulis oleh beliau iaitu harus berfikiran yang baik-baik setelah bangun daripada tidur...Insya-Allah hari itu akan menjadi hari yang terindah dalam hidup kita...Alhamdulillah..saya berjaya...membuang fikiran-fikiran yang tidak elok...biasa lah...saya manusia biasa...yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan...

Ternyata! Hari ini adalah hari terindah buat saya...Allah memberikan saya kemudahan dalam melakukan setiap tugasan yang diberikan oleh Ketua Jabatan saya..



إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

So, mulai hari nih kita bangun pagi-pagi...pasang niat elok2x... fikirkan hal2 positif2xx...Moga Allah mempermudahkan segala urusan kita pada hari tersebut dan seterusnya... Yeay!! Think Positive! Be Positive!!

Friday, October 7, 2011

Jom Istighfar!!!


Bismillah....

Assalamualaikum w.b.t...

Sempena hari jumaat yang mulia nih...Ape kate kita sama-sama

buat amal....x banyak sikit pon jadi la....Jom istighfar!!!

Nih antara kelebihan-kelebihan / fadhilat istighfar.....

Dari ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah:

1) Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.

2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.

3) Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta‘ala dan untuk mencapai keredhaanNya.

4) Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.

5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan apa yang dilarangNya.

6) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.



Wednesday, October 5, 2011

11 Jenis Manusia Di doa Malaikat

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi...Masih lagi diri ini mampu menyedut O2.....Masih mampu menatap keindahan Allah s.w.t...

Hari nih...ana nk share satu nota ringkas...diambil daripada e-community buat staff kat tempat keje ana...so, antum2 sume boleh baca,copy,& paste...Sebagai panduan buat kita semua....
Tanpa melengahkan waktu yg ada...boleh la "scroll down"......baca & hayati....Jom Bace!!

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

semoga hari ini lebih baik dari semalam...

P/S::: Nota ini di kongsi oleh seorang Hamba Allah...Saya tolong "copy & paste" je...so...sama-sama lah kita menghayati apa yang disampaikan...Moga2 ia memberi seribu erti buat kita...dan pedoman untuk menjadi muslim muslimah yg berjaya di dunia & akhirat...Jazakillahu khairan khatira...




http://youtu.be/LF4TRyHD30g

Wednesday, August 10, 2011

Semua untuk-Nya



Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Allah s.w.t yang melimpahkan kurnia pada hamba-Nya...

Syukur jua kerana jantung ini masih berdegup...

Hepar ini masih mampu menjalankan tugasnya..

Mata ini masih mampu melihata..

Telinga ini masih mampu mendengar...

Sereblum masih ligat berfikir...

Semua ini juga adalah "nikmat" dari Allah...

Yang tidak ternilai dari wang ringgit...

Maka, sempena bulan baik hari baik....

Sama-samalah kita memberi sedekah kepada setiap sendi-sendi yang ada pada tubuh kita ini...

206 tulang kita minta disedekahkan kepada mereka....amalan yang bermanfaat..
***** Menjalinkan hubungan dengan Allah dengan lebih erat melalui talian 24434****
- Menyempurnakan solat yang wajib terdahulu
- Sentiasa menyahut panggilan-Nya di awal waktu...

Mulut::: Ingin melunakkan dengan zikrullah..
- Elakkan bercakap hal yang sia-sia
- Sentiasa beristighfar

Mata ::: Memandang perkara-perkara yang membawa kebaikan...
- Pandangan yang terindah adalah kalam Allah ( Al-quran)

Telinga ::: Minta diperdengarkan alunan suci Kalam Allah...
- Muzik yang merdu adalah alunan bacaan Al-Quran

Kaki ::: Minta dibawa bersiar-siar ke Rumah Allah ( Masjid)
- Setiap langkah kaki yang melangkah ke masjid akan memperolehi ganjaran tambahan
yakni pahala....

Tangan ::: Minta berkongsi sedikit rezeki yang kita perolehi yakni banyakkan bersedekah..
( Jangan lupa bayar zakat sekali...hehe)
Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah
Marilah kita sama-sama meng"imarahkan" bulan ramadhan dengan amalan-amalan yang baik...Tidak siapa tahu...Mungkin ini Ramadhan terakhir buat diri kita....

p/s: Berpesan jua untuk diri penulis...Semoga kita sama-sama memperolehi berkat-Nya...Insya-Allah..biiznillah... Bersama kita mengejar bulan barakah....Carilah Cinta Hakiki...Demi mengejar saham akhirat..



Sunday, August 7, 2011

Tanda-tanda Hati Yang Mati






Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. InsyaAllah..

p/s: Sempena bulan ramadhan yang mulia ini...Sama-samalah kita kembali ke jalan-Nya...Agar hidup kita sentiasa dalam redha-Nya...Dan sama-samlah juga kita men"renovate'n hati kita...


Thursday, August 4, 2011

Kelebihan Bulan Ramdhan..

Bismillahirrahmanirrahim...

4 Ramadhan1432...
Alhamdulillah syukur di atas segala nikmat Allah...Masih lagi diri ini diberi peluang untuk bernafas di Bumi-Mu Ya Allah...

Kedatangan ramadhan amat dinantikan oleh semua muslimin & muslimat dengan penuh keazaman untuk menjadikan ramdhan kali ini ramadhan yang terbaik...Insya-Allah biiznillah...dan mungkin juga ramadhan kali ini adalah yang terakhir untuk diri kita...namun tidak ada yang tahu...Marilah kita sama-sama berdoa agar ramadhan kali ini adalah yang terindah sekali dalam hidup kita...

So, penulis nak share serba sedikit tentang kelebihan ramadhan...

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith)
Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi..

p/s: Marilah kita sama-sama menghayati bulan ramadhan...Moga kita sama-sama diberkati-Nya...Amin..

Wednesday, August 3, 2011

Penipuan yahudi...

Pemakanan: Yahudi Menipu Kita...

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam,
mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka,
tapi mereka minum susu kambing,
mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi
tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

kredit to group Serikandi Islam, facebook..

Wednesday, July 6, 2011

Nak kawen...



In the name of Allah, most gracious, most merciful...

Haish mesti korang sume pelikkan apesal la kua tajuk nk kawen...huhu...

Umo baru setahun jagung dah nak kawen...

Ilmu rumahtangga pom x khatam lagi...hehe...

Mesti korang sendir pom penah ase camnih bile tgk org kawen kan...

Kebelakangan nih asyik tgk pic org kawen je...

Dahtu sape suh tgkkan??? heheh...

Apa2 pom aku ucap tahniah kpd semua kengkawan yg telah selamat membina "masjid"
dan berbahagia sehingga ke anak cucu...


Nih kawan saya fadhil...n wife nya...yg telah selamat diijabkabulkan...




Saya??

Bila lagi??

Calon???

xdelagi...heheh

Jodoh pertemuan ditgn Allah kan..hehe...

p/s: no couple2~~kawen terus yerk!

Monday, June 20, 2011

Aku nak belajo semula....


Alhamdulillah..syukur dgn izin-Nya mampu lagi aku menghirup O2...Bekerja...Makan..minum & x lupa utk bersujud pada-Nya...Syukur dengan segala limpahan nikmat yg diberikan...

Semenjak 2 menjak nih...aku rasa kosong sgt...kosong...sepi tanpa teman...teman yg sentiasa menyokong aku... menadah telinga bila aku dilanda kesedihan...
aku rindu...rindu sesangat.....Hanya Dia yang Maha Mengetahui...Aku rindu nk dgr:::

** tarbiyah teman2 yg bisa berbicara ttg Dia....
** Yang tegar menegur silap & salah aku...
** Yang tegar menunjukkan aku jln yg sebetulnya aku lalui...
** Yang bisa menerobos dinding keegoanku..
**Yang bisa memegang erat tanganku..
tatkala aku terjatuh....
Ya Allah aku rindu sgt...

RinDu sesaNgat...
RindU segala2nya...

Semua ni aku dpt waktu aku belajar dulu...sewaktu aku bergelar seorang siswi...namun sekarang ni hanya tinggal kenangan... kenangan sentiasa menerobos mindaku tanpa dipinta... hadir menyemarakkan rindu untuk aku bergelar seorang "pelajar"..rindu untuk berteleku dia atas kerusi+meja+papan tulis & berteman buku2 yang sentiasa menjadi pendamping x kira waktu & tempat...

Aku rindukan syarahan dari Pensyarah2x...
Rindu nak dengar hilai tawa rakan seperjuangan...
Aku rindu segala-galanya...
Hanya Dia yang mampu mengubat rinduku...
Disaat semuanya telah berlalu pergi...

Masa terus berlalu...
4 tahun sudah berlalu....
Aku hanya mampu hidup dalam kenangan....

cRediT tO gOogLes:: coz bg pinjam gambo ni...hehe..

Makin diingat makin meronta2 hati ni...
Ingin aku...singkap kembali..
kenangan manis kau dan aku...
wahai siswa-siswi MA Jun 2007..

Kini...
2011...
Permulaan cerita baru untuk aku....
Berdiri di atas kaki sendiri..
Tanpa umi & abah...
Tanpa guru2...
Tanpa kawan2...
StudEnt LifE mmg terbaik!!

mesti korang pom penah jadik camnih waktu student lu..
hehe...
bez kan!!

p/s: Hargailah apa yang ada sebelum ia pergi meninggalkan kita "terkulat2" keseorangan..Bila time blaja..blaja sungguh2...Jgn main2...yg ptg jgn mengeluh... Dulu time blajo nk keje...skunk bila dh keje....nk blajo semula... nk ade kawan yg bez2 cam sekolah dulu2x....seriously, bila aku dh keje....aku dh ada kerjaya sendiri..dah ada duit sendiri...p sume tuh x mendatang kebahagiaan buat aku...coz kehidupan seorang pekerja x same nga seorang student..jauh berbeza....Kpd adik2 yg masih belajar...Gunalah peluang yg ada untuk mencipta impian dan mencipta kenangan2 terindah di alam pembelajaran...bila dh tinggal zaman2 belajo pasti rindu nk kembali waktu tu...


memOir::: Doc SirrulAin





Tuesday, June 7, 2011

Mencari Jalan-Mu...

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...

Jam 6:00 p.m @ 13.05.11 (Jumaat)

Di petang yang hening berteman bayu yang menghembus...
Terlihat kelibat 4 sekawan sedang berbual-bual mesra di sebuah bilik hostel yang merupakan tempat persinggahan sementara..mereka ialah laila,amy,alia & zahra...Mereka telah ditugaskan untuk bertugas di luar selama seminggu di Bandaraya Warisan Pesisir Air...Rancak sekali bualan mereka diselangi hilai tawa gadis remaja...Walaupun kepenatan selepas menamatkan tugasan sebagai petugas perubatan di Sukanun VII..namun keceriaan tetap terpancar di wajah masing2...

Alia : Boleh aku try ko punye tudung amy??

Amy : Y not?? boleh je..hehe...nah..mesti cantik law ko pakaikan!!..

Laila & Zahra: ha ah mesti cantik!!!

Alia : uhm bulat la..huhu..dahla muka aku chubby! ish x suke!

Amy,Laila & Zahra : xdela! cantik sgt ko pakai tudung nih! kalau ko xnk pakai yg nih cube ko try selendang aku nih!

Alia mencuba selendang yang diberikan oleh Amy..Sambil dibantu Amy membelit selendang ke wajah Alia..Keayuan & kecantikkan alia semakin terserlah..

Laila: hah! comelnya!!!! anak sapelah nih!!! cantiklah ko Alia!!

Alia tersipu malu...Tiba2 Alia bersuara...

Alia: Amy, Laila...Jap lagi teman aku beli tudung boleh tak??

Amy & Laila : aish no hal! boleh sesangat!! jom2xxx! lepas maghrib nanti kita keluar k!

Zahra : oklah akak pergi dulu ea...Mak mertua akak dah tunggu kat luar...esok jumpe lagi ea!!

Amy,Laila & Alia bersiap2 membersihkan diri untuk kembali bertugas...

Amy: Syukur ya Allah...kerana memberi petunjuk-Mu kpd sahabatku Alia...Ya Allah...Janganlah Engkau palingkan kami setelah Engkau memberi petunjuk....Jadikanlah kami di antara orang-orang yang mencintai-Mu... Ya Allah Ya Latiff...Kau lembutkanlah hati kami sebagaimana Engkau lembutkan hati para kekasihMu...Sesungguhnya, kami berlindung dari hati yang mati & hati yang keras...Amin...

Doa kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya...

Kalau sebelum ini Alia tidak bertudung...namun hari nih...segala-galanya berubah....Alia telah berubah...Amy berdoa...agar Alia istiqamah dalam melakukan perubahan tersebut....Alia tampak cantik bertudung...Solat 5 waktu dikerjakan tanpa rungutan...Puasa diganti...Banyak perubahan yang berlaku selepas kepulangan mereka dari Bandar Warisan Pesisir Air itu...Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah di atas hidayah-Mu....



Alia : Amy...aku takutlah...

Amy: ko takut apa?

Alia: Aku..takut nanti apa orang kata...tiba-tiba je aku bertudung...tgk ada org kate aku bertudung sebab dapat pakwe baru dari Pantai Timur...Aku malu la...aku takut aku x kuat..

Amy: ko nih...apa ko nk takut?? ko jgn dgrlah ckp dorang...apa yang penting ko bukan buat kerana sape2...Yang pentig istiqamah lillahi taala...Pekakkan telinga dari mendengar ckp2 org...Aku doakan moga ko terus istiqamah...Ko tgk sendirikan macam mane bahagianya ma & abah ko tgk ko pagi tadikan?? kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka...

Alia: Insya-Allah...Amy ko doakan aku ya...

Amy: Insya-Allah ko boleh...Dahla jgn takut2 lagi...Allah bersama kita k...

********* Titisan cinta Allah tiada siapa yang tahu*******
..:bila Dia akan campak pada hamba-Nya::...
...::dimana Dia akan berikan Hidayah-Nya::...
...::Siapa yang Dia kehendaki::...

** Cerita di atas di adaptasi dari cerita sebenar...Begitu besar cinta Allah pada hamba-Nya....**

p/s: sowiey...saye x pandai karang cerita...maaf seandainya terkasar bahasa...huhuhu...Selamat Membaca!! Andai ada silap salah tolong betulkan ye...huhu...

Memoir: Doc Sirrul Ain

Saturday, May 28, 2011

Istikharah Cinta

Assalamualaikum w.b.t...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah & Maha Penyayang...

Alhamdulillah.....Dengan segala nikmat yang Allah kurniakan...

Sebagai hamba kita dikurniakan::::

HATI

PERASAAN

NIKMAT CINTA

PANCAINDERA..

&

PELBAGAI LAGI...

So, hari ni...saya nk kongsi cite berkenaan nikmat cinta..huhu.. pasti ramai yg jatuh cinta kan??

pastu bercinta ( bukan menggalakkan bercinta sblm kawen ea...hehe)... Pastuh teringat sokmo..

rindu-rinduan..then... nk jadikan teman hidup...tol x??? ke ade yg hobi dia "bercinta" hanya utk

suka2...Kdg2 dlm hidup nih kita diberi 2 pilihan yg harus dibuat dlm satu masa melibatkan::

3 jiwa::

:: 3 hati

3 insan::


...........

termasuklah soal cinta...dalam memilih teman hidup..hari nih..aku nk kongsi lagu ni bersama sahabat semua...

Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

DAMAI HATI MENGGAMIT RASA.....




Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...