Monday, October 25, 2010

Udang Hitam vs Udang Merah


Bismillahirrahmanirahim..

Syukurku kehadrat Allah s.w.t di atas kemudahan yang diberi untukku dalam meniti hari yang penuh liku-liku dan onak duri...Allahuakhbar..

Uhm hari nih aku bertugas jam 9:00 pm..so ,banyak masa yang ada dihabiskan di teratak sekilau... hari nih aku terasa nk masak lauk udang..tapi nak masak ape ye?? uhm...memandangkan gaji bulan ni tak masu lagi so, makan pom kena berjimatlah...hehe..maklumlah orang bujang...huhuhuu..
So, aku batalkan niat nak makan udang dan tukar menu kepada paprik..uhm best jugak kan! hehe..

Cerita pasal udang...
Teringat aku pada adik2 aku..Adik ada & adik wawa..hehe..Satu hari tu, dorang beria-ria nak makan udang masak merah...waktu aku baru bertatih nak belajar memasak..maklumlah aku anak pertama dalam keluarga dan menjadi tanggungjawab aku untuk berkorban masa sedikit menyediakan juadah untuk ahli keluargaku..( bunyi cam baik je..hehe)..
So, nak dipendekkan cerita, aku pun suruhlah diorang berdua nih pergi kedai untuk beli udang tersebut, yela kalau aku pergi keje kat dapur tak settle lagi.. Diorang berdua ni sama-sama takut naik motor, tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih kan..So, diorang kuatkan diri diorang untuk mendapatkan udang idaman mereka..hhehe..
Selepas10 minit diaorang pergi, telefon aku menjerit nyaring...terteralah name adik wawa,
aku cepat2 angkat takut terjadi pape kat diaorang nanti aku yang dapat "kerepek pedas"..huhu..
Perbualah aku dan adik:::

Aku: Hello, assalamualaikum...nape motor mampus ke??

Adeq wawa: waalaikumussalam, taklah along..

Aku: Habis tu kenapa?? Udang ada tak?

Adeq wawa: Tu lah masalahnya, udang takde la along..

Aku: ish2 takkan lah takde,cuba tengok betul2..

Adeq wawa: Ada tu ada...

Aku: uhm...( dok pikiaq)...sekejap ada sekejap takde...sebenarnya udang tuh ada tak??

Adeq wawa: ada tu ada...tapi bukan udang yang along nak...udang nih colour hitamlah along...
Along nak colour merah kan...?? ( dengan serius dia bagitahu aku)

Aku: ( gelak bagai nak rak) hahahahhahaha!!!

Adeq wawa: ( dgn nada merajuk) org cakp betul2 la...dia gelak lak..udang warna merah takde warna hitam je ada.. nak tak??

Aku: hahaha~ menymbung ketawa jahat ku lagi..(ish2 x baik betul..somiey deq)ok beli jerk! nanti kita warnakan dia jadi merah yer!

Adeq Wawa: ish along nih tak habis- habis lagi nak kenakan orang..tengoklah tak percaya udang tu warna hitam! weekk! K! Assalamualaikum!

Selepas 10 minit, diaorang pun balik membawa udang yang warna hitam tuh...aku tersenyum sendirian yela, mengenangkan kisah lucu diorang..huhuhu..Aku pun masaklah udang yang warna hitam tu dan mengubahya jadi warna merah!! jeng2xx!!!

udang masak merah..yummy...


Udang yang tak masak lagi..

So, tamat suda cite aku pasal udang hari nih..hehe..untuk adik2 aku..jangan marah daa kongsi cite nih..heheh...Sebab aku sayang korang and aku abadikam cite ni kat blog agar jadi kenangan wat kita semua...hehe~~ Udang memanglah hitam sebelum dimasak..hehe...

p/s: Aku doakan korang berjaya semua walau dimana korang berada...hehe...
Adik Wawa:: kini menetap di Plymouth, United Kingdom dan akan bergelar seorang guru BI dalam masa 4 tahun lagi (I/Allah biiznillah ) ...

Adik Ada:: kini berada di UiTM Puncak Alam dalam bidang Dip.Cara Pulih kerja ( Occupational Teraphy)

Semoga korang terus ke peringkat yang lebih tinggi..Amin...

Sunday, October 24, 2010

Konvonkesyen Day 18-10-10 @ Kuala Terengganu Convention Centre

Bismillahirrahmanirahim..

Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah berikan...

04-06-07 till 04-06-10... Genaplah 36 purnama aku bergelar seorang siswi....Dan tamatlah pengajianku di bidang Diploma Pembantu Perubatan. Alhamdulillah syukur sangat2 di atas segala nikmat yang Allah hadiahkan buatku terasa bagai semalam aku menjejakkan kaki ke kolej tersebut namun semuanya dah berakhir. Segala pahit manis, suka duka , susah payah semasa belajar dah terbayar dengan kejayaan serta keputusan yang boleh dikatakan baik.. Tanggal 18-10-10 adalah hari kegemilanganku ..So happy...So, aku adalah salah seorang graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian aku...Alhamdulillah terima kasih ya Allah...Walaupun aku x dinobatkan sebagai pelajar terbaik tapi aku bangga coz dh hadiahkan umi & abah segulung scroll dip aku buat mereka yang sanggup mengorbankan masa, wang ringgit , tenaga & segalanya...

Jutaan terima kasih aku ucapkan buat :

~ Umi & abah ( Puan Normah & En.Abdullah)
:: Yang sentiasa menyokong aku & menyediakan segala keperluan untuk aku belajar dengan sempurna & yang tidak putus doa mereka untukku agar aku terus mencapai impianku..Love u all so Much Umi & Abah...( Semoga Allah merahmati kalian...Amin)

~ Adik-adikku ( Abe, Adik,Adik Zizi)
:: Yang sentiasa mengalah denganku..thanks korang..LOve u all so much!...

~ Adeq ( Wawa=BFF)
:: Yang sentiasa memberi semangat untukku terus bangkit dan berusaha untuk mendpat yang terbaik, sentiasa meminjamkan telinga untuk mendengar masalah aku, menjadi sahabat aku walau apa jua keadaan n then bg aku teddy bear yang cute sgt ( Mr.Teddy)..Love U so mucH!!

~ My beloved Fren ( Ely & Dayah)
:: You're d bez guys! Love u all!! thanks 4 sharing our happiness in 3 years when we're togehther2...Bez sgt dapat kawan cam korang!!

~ Pensyarah2 MA ( En.Taib,En.Hussin, En.Zainul, En.Shah,En.Zaidi,En.Isma,En.Rahim,En.Azli & lain2 serta Pensyarah muda)
:: Jasa kalian amat dihargai..segala tunjuk agar I/Allah akan selalu tersemat kat hati...dan terima kasih kerana bersabar dengan kerenah kami semua...

~ My Sibling >>>MA Jun 2007 ( 60 buddies)
:: LOve u all!! thanks coz sudi kawan nga aku n happy sangat kenal korang selam 3 tahun nih moga persahabatn kita kekal abadi...

~MYJAZ ( Mimie, Yan, Juliey,Ayen,Zura)
:: Thanks korang coz x pernah sisihkan aku!! N still jadik kawan aku n sentiasa juin d club bile cuti2 kat kg...Love u All so much..

Dan juga buat semua kawan2 SKLK,SMKAWA,KIST,SKPA,MASTER dan lain2 serta Guru2 SKPA,SMKAWA,Anggun's Tuisyen and semua orang di sekitar aku..aku ucapkan terima kasih banyak2 di atas sokongan anda sekalian...Love U all..

Debaran kian terasa saat nama diumumkan..

Jalan masuk menuju gerbang kejayaan..

Wajah2 gembira..


Gembira sangat time nih..huhuhu..Rasa nak nangis bila nama dipanggil dan berjalan naik ke pentas ambil skrol diploma Pembantu Perubatan...I/Allah kalau ada rezeki akanku sambung pengajiaanku ke peringkat yang lebih tinggi..Semoga ada pihak yang sudi menaja aku untuk sambung Ijazah dalam bidang Sains Perubatan... Alhamdulillah ..syukur sangat2 bila aku dapat 2 berita gembira hari ni, yang keduanya aku dipanggil temuduga di UTEM..21 oktober 2010...setalah sekian lama aku menuggu..akhirnya, dapat juga...syukur..Moga segalanya berjalan dengan lancar dan Allah mempermudahkan segala urusanku...Amin...Tamat sudaa..citer aku hari nih..huhu..

Alhamdulillah..

Saturday, October 23, 2010

Laghanya kita..



Bismillahirahmanirrahim...

Syukur kehadrat Illahi di atas segala nikmat yang Allah berikan...Semoga kite semua berada di bawah Lembayung rahmat yang Esa & sentiasa dijalannya...

Aku bersyukur kerana masih dapat menhirup udara yang segar.. melihat pemandangan yang indah..menatap wajah2 insan yang kusayangi..especially my beloved family..masih mampu mendengar alunan suci Al-quran..Masih mampu berbicara dan menyebut kalimah suci kalam Allah..
Dalam kehidupan seharian kita pasti dikelilingi berbagai macam ragam manusia, berbagai jenis perangai manusia dan berbeza gaya hidup. Tapi, hati penuh pengharapan agar Allah sentiasa menitipkan rasa cinta pada-Nya agar tidak pernah pudar. Dan aku pati setiap orang mempunyai pelbagai karakter dan mempunyai kenangan serta sejarah2 silam yang berbeza juga dikurniakan perasaan yang pelbagai macam. Perasaan yang hadir yang sentiasa menjadi kitaran roda dalam kehidupan kita seperti rasa marah, sayang, benci, rindu,kecewa,putus asa,geram,sayu, dan sedih.

Pasti ada diantara kita pernah merasa kekecewaan serta kesedihan yang berpanjangan
hingga menyebabkan diri terabai menyebabkan hati bertukar rasa sayang hilang menjadi benci rasa kasih pergi diganti rasa marah, perasaan gembira bertukar menjadi kesedihan dan kekecewaan. Ya, hanya kita yang rasa dan bukan orang lain bukan orang disekitar kita tapi kita diri kita. Kekadang perasaan sedih dan kekecewaan yang melampau akan memusnahkan dan menghilangka suria dihati kita. Kenapa? Bila hujan datang bersama ribut & taufan segalanya musnah. Tapi, kita x seharusnya mengalah dan x seharusnya tersungkur tapi kita kena kuat melawan badai yang melanda. Bila hujan turun x semua yang indah akan hilang, tapi percayalah Allah akan menggantikan dengan hal yang lebih baik. Contoh:


~selepas hujan Allah gantikan pelangi yang indah yang membuat semua orang terhibur untuk melihat keindahan Allah s.w.t

~selepas hujan tumbuh-tumbuhan kembali segar, bunga2 kembang mekar, rama-rama berterbangan bebas, burung2 berkicauan.

~selepas hujan sungai yang kontang kembali megah mengalir..

Tapi mengapa kita sringkali menyesali apa yang berlaku pada kita??
Kenapa kita tidak bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan buat kita.

~ Kenapa kita seringkali menghitung apa yang Allah ambil dari kita?? Mengapa kita tidak menghitung nikmat yang telah Allah berikan pada kita?

~ Kenapa kita seringkali terlupa untuk mengucapkan "ALHAMDULILLAH" bila memperolehi sesuatu nikmat, tetapi kita mampu katekan terima kasih pada orang yang kita sayang bila mendapat sesuatu darinya.

~ Kenapa kita seringkali terlupa mengucapkan " I LOVE ALLAH & RASULULLAH S.A.W" tapi kita boleh ucapkan "I LOVE U SAYANG"
::: Bakhilnya kita untuk merendah diri dan mengucapkan kata2 sayang pada pencipta kita.

~ Ringannya lidah kita bila mencanang segala keburukan orang, tapi sukarnya kita utk bertasbih pada Dia Yang Esa & selawat serta salam buat Rasul junjungan muli kita Nabi Muhammad s.a.w

~ Ringannya mata kita bila melihat perkara2 yang mungkar, meonton tv, melihat maksiat, menonton wayang tapi beratnye mata kita bila di ajak untuk menatap kita suci Al-quran.

~ Ringannya kaki kita bila di ajak ke Mall,ke pasar, ke disko, ke panggung wayang tapi beratnya kaki kita melangkan ke masjid. Maka bertepuk tanganlah si syaitan laknatullah melihat kita terhegeh2 ke tempat sedemikian.

~ Begitu mudah airmata kita bila melihat cite hindustan yang ntah pape, tapi sukarnya airmata kita untuk dialirkan bila menghadap Dia.

~ Begitu mudah kita kata saya benci awak, sanggup hilang kawan kerana kekasih sanggup hilang family kerana kekasih, sanggup memutuskan silatulrahim dengan kawan2 kita demi orang yang kita sayang.

~ Begitu mudah keluarkan RM50, RM30, Rm 10 untuk beli to4 bagi telepom GF/BF kita, tapi sakitnya nak keluarkan syiling 50 sen, 20 sen nak masuk kat tabung masjid nak bagi pada fakir2. Banyaknya saham akhirat yang kita abaikan.Ruginya kita.

~ Sanggupnya kita membuang makanan yang x habis dimakan dibuang dalam tong sampah daripada kita sedekahkan pada orang yang lebih memerlukan.

~ Bila di ajak ke majlis2 tadarus atau forum2 islam kita memberi pelbagai macam alasan, namun bila di ajak ke konsert2 artis terkenal dengan mudah kita mengatakan ya. Dimanaka kita?? Sedarlah wahai diriku dan sahabt2 sekalian.

~ Time kita sakit seringkali ya Allah sembuhkanlah aku,time tu baru ingat Allah tapi bila time kita sihat xde pom kita nk berdoa pada Dia agar bertambah rasa sayang kita pada Dia.

~ Bila kita ditimpa pelbagai masalah, kita seringkali merungut dan putus asa,time kita senang kita seringkali alpa. Kenapa kita begitu??

Seringkali kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba di bumi Allah..
Kenapa kita x sanggup menghambakan diri kita pada Allah s.w.t tapi kita sanggup menghambakan diri kita pada insan yang bergelar manusia.

p/s: Plizzz sahabat2 sekalian marilah sama2 kita muhasbah diri kita.. Carilah cinta yang hilang , cinta kita pada Dia, mencari cinta dia agar kita tidak hina di sisi Allah..Jangan takut kalau kita hina di sisi manusia. Percayalah & yakinlah dengan janji Allah..Jangan kita terhegeh2 mencari cinta manuia tapi carilah dahulu cinta kita dengan pencipta kita. Maafkan aku seandainya terkasar bahasa, dalam penulisan nih.


Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...