Tuesday, October 27, 2009

11.10.09 - 24.10.09 ~ Secebis Kenangan Di Wad Psikiatrik

Assalamualaikum w.b.t

Kepada sahabat-sahabat sekalian.. Semoga sentiasa dalam rahmat & limpah kurnia-Nya...
With The Name of Allah The Most Gracious , Most Merciful.....

Minggu nih merupakan minggu-minggu terakhir penulis dan rakan-rakan MA Sem 5 Jun 2007 berada dilklinikal area... Sebelum penulis menjengah ke alam " FINAL EXAM"... yang x dinanti2kan oleh penulis dan rakan-rakan...
Hari-hari yang dilalui semakin "lemas" dan "dilema" dek kehadiran "Mr.Final Exam" nih...huhuhuhu~~~ Namun begitu, penulis dan sahabat baik penulis Elly & Dayah x putus semangat lagi setakat nih..Alhamdulillah.... Minggu nih Penulis dan sahabat baik penulis telah ditempatkan di wad Psikiatrik ( Wad Gila).. Hari pertama penulis...
Penulis rasa malas yang amat untuk menghadirkan diri di wad tersebut..
Entahlah kenapa & mengapa?? Namun, penulis tetap menguatkan juga langkah untuk terus melangkah ke wad D yang letaknya hanya 500 meter dari hostel penulis...Berbagai memori muncul dalam "CPU" penulis... Macam mana nak hadapi pesakit mental nih? Apa yang aku boleh buat kat sana? Kenapa perlu aku pergi sana? Kenapa?Kanapa? dan kenapa? pelbagai soalan terus menghujani di benak fikiran penulis...Akhirnya semua terjawab saat kaki penulis melangkah masuk ke wad D... Selangkah penulis bersama sahabat penulis dah bergema suara-suara pesakit mental kat dalam jeriji besi...Mak ai... begini rupanya...huhuhu~~~ " misi,misi, misi namo gapo?" ( Misi = nurse, nama apa?- Loghat Kelantan) " misi, misi nok no.fon.." Hahah... Gelagat dorang membuat penulis dan rakan-rakan terhibur dan menimbulkan suasana yang gamat... Dari pandangan penulis mereka yang mengalami masalah mental kat sini, tergolong dalam golongan cerdik pandai... Kenapa penulis berkata sedemikian rupa??? KERANA: dari laporan perubatan mereka di bahagian Personal & Social Hx : mereka tergolong dari guru, pelajar U, akauntan dan pelbagai lagi.... Kerana mereka dapat mengaji, membaca sebagaimana kita orang yang normal..Dan paling x dapat penulis lupakan nila mereka " ......I Love U"..hahahaha~~~ free2 jerk penulis & sahabat2 dapat perkataan tuh daripada dorg..heheheheh~~ Ada yang boleh cooperative bila ditanya kenapa mereka dimasukkan ke situ...Dan ada yang mampu bercerita asl usul mereka...membuatkan penulis kagum...walaupun mereka sedemikian rupa...

Sebagai ahli paramedik penulis memainkan peranan dalaman seperti Emphaty not Sympathy..y?? kerana penulis ingin menyelami kehidupan mereka dan membantu mereka...hampir separuh daripada mereka mengalami "Schizophrenia" apakah yang dimaksudkan dengan Schizophrenia? Gangguan mental yang teruk yang dicirikan gangguan pemikiran,hubungan dengan kenyataan dan reaksi menurut perasaan...

Mereka mengalami simptom-simptom seperti:
~ Excitement(agresif kerana dipengaruhi delusi dan halusinasi)- hiperkinesis(bercakap dan menjerit tanpa henti,ganas),echolalia, ekopraksia,stereotypes,mannerism
stupor(kurang bergerak-undur dalam dunia sendiri)-kelu(mutism) sungguhpun sedar,fleksibiliti lilin,,negativism,rigidity,posturing

~ Paranoid
vDelusi kecurigaan(paranoid)-ancaman/kebesaran yang tersusun
vLate onset(30an)
vStrong family history
vkelihatan normal sehingga mula bercakap tentang delusinya
vPremorbid-terlalu sensitif,rasa rendah diri,iri hati,cemburu dan prasangka

dan pelbagai lagi simptomnya.. Hari ketika penulis, amat teruja bila penulis diberi peluang untuk jadi leader merak lakukan senamrobik..heheheh~~ Alhamdulillah mereka mampu menurut arahan dengan baik...banyak benda yang dipelajari penulis disini... Penulis dah belajar cara-cara nak bagi ubat kat dorang..hhuhhu...

Banyak benda yang melucukan hati penulis berlaku kat sini...huhuhu.... Hari terakhir penulis amatlah menyedihkan kerana kat sini penulis telah belajar sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kita iaitu "kasih sayang"...Orang seperti mereka bukan untuk dihina atau dikeji..Mereka sepatutnya disayangi dan diberi dorongan untuk kembali sihat seperti biasa....Langkah terakhir penulis meninggalkan seribu kenangan di wad D... Mungkinkah penulis akan kembali ke sini?? Insya-Allah jika ada umur yang panjang............




Friday, October 16, 2009

Keistimewaan & sebaliknya tentang wanita..

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1.Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2.Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3.Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4.Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5.Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama. yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya..

6.Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Perlukah Sebab Untuk Bercinta??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak
boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat
bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu....... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu....sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada
sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."


p/s: salam alaik..saya mohon jika terdapat komen sila kemukan...Jazakillah...

Tangan Yang Indah..Siapakah gerangannya?

Tangan Yang Indah

Kepada sesiapa yang masih ada ibu, bacalah...

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan.

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hatisaya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...


"JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........

~~9 jEnis @Nak sYaiTan~~

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat.Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…) - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya
ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah

Thursday, October 8, 2009

60 pintu pahala & pelebur dosa

Segala puji bagi Allah Rabb alam semesta, shalawat dan salam semoga tetap tercurah kepada Nabi dan utusan yang paling mulia.

Risalah ini ditujukan kepada setiap muslim yang beribadah kepada Allah semata dan tidak mempersekutukan- Nya dengan sesuatu apapun. Tujuan utama yang sangat urgen bagi setiap muslim adalah ia keluar meninggalkan dunia fana ini dengan ampunan Allah dari segala dosa sehingga Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat, dan memasukkannya ke dalam surga kenikmatan, hidup kekal didalamnya, tidak keluar selama-lamanya.
Di dalam risalah yang sederhana ini kami sampaikan beberapa amalan yang dapat melebur dosa dan membawa pahala yang besar, yang kesemuanya bersumber dari hadist-hadist yang shahih. Kita bermohon kepada Allah yang Maha Hidup, yang tiada Tuhan yang haq selain Dia, untuk menerima segala amalan kita. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


1. TAUBAT
"Barangsiapa yang bertobat sebelum matahari terbit dari barat, niscaya Allah akan mengampuninya" HR. Muslim, No. 2703.
"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menerima tobat seorang hamba selama ruh belum sampai ketenggorokan" .


2. KELUAR UNTUK MENUNTUT ILMU
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, niscaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju surga" HR. Muslim, No. 2699.


3. SENANTIASA MENGINGAT ALLAH
"Inginkah kalian aku tunjukkan kepada amalan-amalan yang terbaik, tersuci disisi Allah, tertinggi dalam tingkatan derajat, lebih utama daripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik daripada menghadapi musuh lalu kalian tebas batang lehernya, dan merekapun menebas batang leher kalian. Mereka berkata: "Tentu", lalu beliau bersabda: (( Zikir kepada Allah Ta`ala ))" HR. At Turmidzi, No. 3347.


4. BERBUAT YANG MA`RUF DAN MENUNJUKKAN JALAN KEBAIKAN
"Setiap yang ma`ruf adalah shadaqah, dan orang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan (akan mendapat pahala) seperti pelakunya" HR. Bukhari, Juz. X/ No. 374 dan Muslim, No. 1005.


5. BERDA`WAH KEPADA ALLAH
"Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun" HR. Muslim, No. 2674.


6. MENGAJAK YANG MA`RUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR.
"Barangsiapa diantara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, jika ia tidak mampu (pula) maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman" HR. Muslim, No. 804.


7. MEMBACA AL QUR`AN
"Bacalah Al Qur`an, karena sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafa`at kepada pembacanya" HR. Muslim, No. 49.


8. MEMPELAJARI AL QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya" HR. Bukhari, Juz. IX/No. 66.


9. MENYEBARKAN SALAM
"Kalian tidak akan masuk surga sehingga beriman, dan tidaklah kalian beriman (sempurna) sehingga berkasih sayang. Maukah aku tunjukan suatu amalan yang jika kalian lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara kalian? (yaitu) sebarkanlah salam" HR. Muslim, No.54.


10. MENCINTAI KARENA ALLAH
"Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman pada hari kiamat: ((Di manakah orang-orang yang mencintai karena keagungan-Ku? Hari ini Aku akan menaunginya dalam naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan selain naungan-Ku)) " HR. Muslim, No. 2566.


11. MEMBESUK ORANG SAKIT
"Tiada seorang muslim pun membesuk orang muslim yang sedang sakit pada pagi hari kecuali ada 70.000 malaikat bershalawat kepadanya hingga sore hari, dan apabila ia menjenguk pada sore harinya mereka akan shalawat kepadanya hingga pagi hari, dan akan diberikan kepadanya sebuah taman di surga" HR. Tirmidzi, No. 969.


12. MEMBANTU MELUNASI HUTANG
"Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat" HR. Muslim, No.2699.


13. MENUTUP AIB ORANG LAIN
"Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat" HR. Muslim, No. 2590.


14. MENYAMBUNG TALI SILATURAHMI
"Silaturahmi itu tergantung di `Arsy (Singgasana Allah) seraya berkata: "Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya"
HR. Bukhari, Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim, No. 2555.


15. BERAKHLAK YANG BAIK
"Rasulullah SAW ditanya tentang apa yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam surga, maka beliau menjawab: "Bertakwa kepada Allah dan berbudi pekerti yang baik" HR. Tirmidzi, No. 2003.


16. JUJUR
"Hendaklah kalian berlaku jujur karena kejujuran itu menunjukan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukan jalan menuju surga"
HR. Bukhari Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim., No. 2607.


17. MENAHAN MARAH
"Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai" HR. Tirmidzi, No. 2022.


18. MEMBACA DO`A PENUTUP MAJLIS
"Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis dan banyak terjadi di dalamnya kegaduhan lalu sebelum berdiri dari duduknya ia membaca do`a:

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa Tidak ada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun dan bertobat kepada-Mu) melainkan ia akan diampuni dari dosa-dosanya selama ia berada di majlis tersebut" HR. Tirmidzi, Juz III/No. 153.


19. SABAR
"Tidaklah suatu musibah menimpa seorang muslim baik berupa malapetaka, kegundahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan sampai-sampai duri yang menusuknya kecuali Allah akan melebur dengannya kesalahan-kesalahan nya" HR. Bukhari, Juz. X/No. 91.


20. BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA
"Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka....! Kemudian ditanyakan: Siapa ya Rasulullah?, beliau bersabda: ((Barangsiapa yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian ia tidak bisa masuk surga))" HR. Muslim, No. 2551.


21.. BERUSAHA MEMBANTU PARA JANDA DAN MISKIN
"Orang yang berusaha membantu para janda dan fakir miskin sama halnya dengan orang yang berjihad di jalan Allah" dan saya (perawi-pent) mengira beliau berkata: ((Dan seperti orang melakukan qiyamullail yang tidak pernah jenuh, dan seperti orang berpuasa yang tidak pernah berbuka" HR. Bukhari, Juz. X/No. 366.

22. MENANGGUNG BEBAN HIDUP ANAK YATIM
"Saya dan penanggung beban hidup anak yatim itu di surga seperti begini," seraya beliau menunjukan kedua jarinya: jari telunjuk dan jari tengah.
HR. Bukhari, Juz. X/No. 365.

23. WUDHU`
"Barangsiapa yang berwudhu`, kemudian ia memperbagus wudhu`nya maka keluarlah dosa-dosanya dari jasadnya, hingga keluar dari ujung kukunya"
HR. Muslim, No. 245.

24. BERSYAHADAT SETELAH BERWUDHU`
((Barangsiapa berwudhu` lalu memperbagus wudhu`nya kemudian ia mengucapkan:
أشْهَدُ أنْ لاَّ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ ورَسُوْلُُُهُ،
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ
(Saya bersaksi bahwa tiada Tuhan yang haq selain Allah tiada sekutu bagi-Nya, dan saya bersaksi bahwa Muhammad hamba dan utusan-Nya,Ya Allah jadikanlah aku termasuk orang yang bertobat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bersuci," maka dibukakan baginya pintu-pintu surga dan ia dapat memasukinya dari pintu mana saja yang ia kehendaki"
HR. Muslim, No. 234.

25. MENGUCAPKAN DO`A SETELAH AZAN
"Barangsiapa mengucapkan do`a ketika ia mendengar seruan azan:
اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ والصَّلاَةِ القَائِمَةِ, آتِ مُحَمَّداً الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَاماً مَّحْمُوْداً الَّذِيْ وَعَدتَّهُ
((Ya Allah pemilik panggilan yang sempurna dan shalat yang ditegakkan, berilah Muhammad wasilah (derajat paling tinggi di surga) dan kelebihan, dan bangkitkanlah ia dalam kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya)) maka ia berhak mendapatkan syafa`atku pada hari kiamat"
HR.. Bukhari, Juz. II/No. 77.

26. MEMBANGUN MASJID
"Barangsiapa membangun masjid karena mengharapkan keridhaan Allah maka dibangunkan baginya yang serupa di syurga" HR. Bukhari, No. 450.

27. BERSIWAK
"Seandainya saya tidak mempersulit umatku niscaya saya perintahkan mereka untuk bersiwak pada setiap shalat" HR. Bukhari II/No.. 331 dan HR. Muslim, No. 252.

28. PERGI KE MASJID
"Barangsiapa berangkat ke masjid pada waktu pagi atau sore, niscaya Allah mempersiapkan baginya tempat persinggahan di surga setiap kali ia berangkat pada waktu pagi atau sore" HR. Bukhari, Juz. II/No.. 124 dan HR. Muslim, No. 669.

29. SOLAT LIMA WAKTU
"Tiada seorang muslim kedatangan waktu shalat fardhu kemudian ia memperbagus wudhu`nya, kekhusyu`annya dan ruku`nya kecuali hal itu menjadi pelebur dosa-dosa yang dilakukan sebelumnya selama ia tidak dilanggar suatu dosa besar. Dan yang demikian itu berlaku sepanjang masa" HR. Muslim, No. 228.

30. SOLAT SUBUH DAN ASAR
"Barangsiapa shalat pada dua waktu pagi dan sore (subuh dan ashar) maka ia masuk surga" HR. Bukhari, Juz. II/No. 43.

31. SOLAT JUMAAT
"Barangsiapa berwudhu` lalu memperindahnya, kemudian ia menghadiri shalat Jum`at, mendengar dan menyimak (khutbah) maka diampuni dosanya yang terjadi antara Jum`at pada hari itu dengan Jum`at yang lain dan ditambah lagi tiga hari" HR. Muslim, 857.

32. SAAT DIKABULKANNYA PERMOHONAN PADA HARI JUMAAT
"Pada hari ini terdapat suatu saat bilamana seorang hamba muslim bertepatan dengannya sedangkan ia berdiri shalat seraya bermohon kepada Allah sesuatu, tiada lain ia akan dikabulkan permohonannya"
HR. Bukhari, Juz. II/No. 344 dan HR. Muslim, No. 852.

33. MENGIRINGI SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNNAT RAWATIB
"Tiada seorang hamba muslim shalat karena Allah setiap hari 12 rakaat sebagai shalat sunnat selain shalat fardhu, kecuali Allah membangunkan baginya rumah di surga" HR. Muslim, No. 728.

34. SOLAT 2 (DUA) RAKAAT SETELAH MELAKUKAN DOSA
"Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu ia berwudhu` dengan sempurna kemudian berdiri melakukan shalat 2 rakaat, lalu memohon ampunan Allah, melainkan Allah mengampuninya" HR. Abu Daud, No.1521.

35. SOLAT MALAM
"Shalat yang paling afdhal setelah shalat fardhu adalah shalat malam"
HR. Muslim, No. 1163.

36. SOLAT DHUHA
"Setiap persendian dari salah seorang di antara kalian pada setiap paginya memiliki kewajiban sedekah, sedangkan setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu sedekah, memerintahkan kepada yang makruf itu sedekah dan mencegah dari yang mungkar itu sedekah, tetapi semuanya itu dapat terpenuhi dengan melakukan shalat 2 rakaat dhuha" HR. Muslim, No. 720.

37. SELAWAT KEPADA NABI SAW
"Barangsiapa bershalawat kepadaku satu kali maka Allah membalas shalawatnya itu sebanyak 10 kali" HR. Muslim, No. 384.

38. PUASA
"Tiada seorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkannya karena puasa itu dari neraka selama 70 tahun" HR. Bukhari, Juz. VI/No. 35.

39. PUASA 3 (TIGA) HARI PADA SETIAP BULAN
"Puasa 3 (tiga) hari pada setiap bulan merupakan puasa sepanjang masa"
HR. Bukhari, Juz. IV/No. 192 dan HR. Muslim, No. 1159.

40. PUASA 6 (ENAM) HARI PADA BULAN SYAWAL
"Barangsiapa melakukan puasa Ramadhan, lalu ia mengiringinya dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal maka hal itu seperti puasa sepanjang masa"
HR. Muslim, 1164.

41. PUASA `ARAFAT
"Puasa pada hari `Arafat (9 Dzulhijjah) dapat melebur (dosa-dosa) tahun yang lalu dan yang akan datang" HR. Muslim, No. 1162.

42. PUASA `ASYURA
"Dan dengan puasa hari `Asyura (10 Muharram) saya berharap kepada Allah dapat melebur dosa-dosa setahun sebelumnya" HR. Muslim,No. 1162.

43. MEMBERI HIDANGAN BERBUKA BAGI ORANG YANG BERPUASA
"Barangsiapa yang memberi hidangan berbuka bagi orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang berpuasa itu, dengan tidak mengurangi pahalanya sedikitpun" HR. Tirmidzi, No. 807.

44. SOLAT DI MALAM LAILATUL QADR
"Barangsiapa mendirikan shalat di (malam) Lailatul Qadr karena iman dan mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
HR. Bukhari Juz. IV/No. 221 dan HR. Muslim, No. 1165.

45. SEDEKAH
"Sedekah itu menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api"
HR. Tirmidzi, No. 2616.

46. HAJI DAN UMRAH
"Dari umrah ke umrah berikutnya merupakan kaffarah (penebus dosa) yang terjadi di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya kecuali surga" HR.. Muslim, No. 1349.

47. BERAMAL SOLIH PADA 10 HARI BULAN DZULHIJJAH
"Tiada hari-hari, beramal shalih pada saat itu lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini, yaitu 10 hari pada bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: "Dan tidak (pula) jihad di jalan Allah? Beliau bersabda: "Tidak (pula) jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian ia tidak kembali lagi dengan membawa sesuatu apapun"
HR. Bukhari, Juz. II/No.. 381.

48. JIHAD DI JALAN ALLAH
"Bersiap siaga satu hari di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya, dan tempat pecut salah seorang kalian di surga adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya" HR. Bukhari, Juz. VI/No. 11.

49. INFAQ DI JALAN ALLAH
"Barangsiapa membantu persiapan orang yang berperang maka ia (termasuk) ikut berperang, dan barangsiapa membantu mengurusi keluarga orang yang berperang, maka iapun (juga) termasuk ikut berperang" HR. Bukhari, Juz.VI/No. 37 dan HR. Muslim, No. 1895.

50. MENYEMBAHYANGKAN MAYAT DAN MENGIRINGI JENAZAH
"Barangsiapa ikut menyaksikan jenazah sampai dishalatkan maka ia memperoleh pahala satu qirat, dan barangsiapa yang menyaksikannya sampai dikubur maka baginya pahala dua qirat. Lalu dikatakan: "Apakah dua qirat itu?", beliau menjawab: ((Seperti dua gunung besar))" HR. Bukhari, Juz. III/No. 158.

51. MENJAGA LIDAH DAN KEMALUAN
"Siapa yang menjamin bagiku "sesuatu" antara dua dagunya dan dua selangkangannya, maka aku jamin baginya surga"
HR. Bukhari, Juz. II/No.. 264 dan HR. Muslim, No. 265.

52. KEUTAMAAN MENGUCAPKAN LAA ILAHA ILLALLAH DAN SUBHANALLAH WA BI HAMDIH
"Barangsiapa mengucapkan:
((لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ)) sehari seratus kali, maka baginya seperti memerdekakan 10 budak, dan dicatat baginya 100 kebaikan,dan dihapus darinya 100 kesalahan, serta doanya ini menjadi perisai baginya dari syaithan pada hari itu sampai sore. Dan tak seorangpun yang mampu menyamai hal itu, kecuali seseorang yang melakukannya lebih banyak darinya". Dan beliau bersabda: "Barangsiapa mengucapkan: (( سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ )) satu hari 100 kali, maka dihapuskan dosa-dosanya sekalipun seperti buih di lautan"
HR. Bukhari, Juz. II/No. 168 dan HR.. Muslim, No. 2691.

53. MENYINGKIRKAN GANGGUAN DARI JALAN
"Saya telah melihat seseorang bergelimang di dalam kenikmatan surga dikarenakan ia memotong pohon dari tengah-tengah jalan yang mengganggu orang-orang" HR. Muslim.


54. MENDIDIK ANAK PEREMPUAN
"Barangsiapa memiliki tiga anak perempuan, di mana ia melindungi, menyayangi, dan menanggung beban kehidupannya maka ia pasti akan mendapatkan surga" HR. Ahmad dengan sanad yang baik.

55. BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN
"Ada seseorang melihat seekor anjing yang menjilat-jilat debu karena kehausan maka orang itu mengambil sepatunya dan memenuhinya dengan air kemudian meminumkannya pada anjing tersebut, maka Allah berterimakasih kepadanya dan memasukkannya ke dalam surga" HR. Bukhari.

57. MENINGGALKAN PERDEBATAN
"Aku adalah pemimpin rumah di tengah surga bagi siapa saja yang meninggalkan perdebatan padahal ia dapat memenangkannya" HR. Abu Daud.

58. MENGUNJUNGI SAUDARA-SAUDARA SEIMAN
((Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang para penghuni surga? Mereka berkata: "Tentu wahai Rasulullah", maka beliau bersabda: "Nabi itu di surga, orang yang jujur di surga, dan orang yang mengunjungi saudaranya yang sangat jauh dan dia tidak mengunjunginya kecuali karena Allah maka ia di surga")) Hadits hasan, riwayat At-Thabrani.

59. KETAATAN SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMINYA
"Apabila seorang perempuan menjaga shalatnya yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menjaga kemaluannya serta menaati suaminya maka ia akan masuk surga melalui pintu mana saja yang ia kehendaki" HR. Ibnu Hibban, hadits shahih.

60. TIDAK MEMINTA-MINTA KEPADA ORANG LAIN
"Barangsiapa yang menjamin dirinya kepadaku untuk tidak meminta-minta apapun kepada manusia maka aku akan jamin ia masuk surga"
Hadits shahih, riwayat Ahlus Sunan.

Judul Asli: 60 باباً من أبواب الأجر وكفارات الخطايا - دار الوطن
Diterjemahkan oleh: Abdurrauf Amak Lc.



Melakar kata-kata pujangga

KATA-KATA PUJANGGA
  1. Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."
  2. : "Kita bermula sebagai seorang yang baru."
  3. : "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.
  4. : "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."
  5. : "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."
  6. : "Jadi diri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata,kadang-kala kejian juga."
  7. : "Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat."
  8. : "Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya."
  9. : "Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak."
  10. : "Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."
  11. : "Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."
  12. : "Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan."
  13. : "Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha."
  14. : "Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya."
  15. : "Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."
  16. : "Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."
  17. : "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."
  18. : "Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."
  19. : "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."
  20. : "Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."
  21. : "Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."
  22. : "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."
  23. : "Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."
  24. : "Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
  25. : "Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"
  26. : "Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"
  27. : "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."
  28. : "Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur
  29. : "Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang."
  30. : "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."
  31. : "Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."
  32. : "Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah ditempuhinya."
  33. : "Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban perkara-perkara yang kecil."
  34. : "Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri."
  35. : "Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya."
  36. : "Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain."
  37. : "Hidup ini adalah keputusan diri sendiri."
  38. : "Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang."
  39. : "Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata.
  40. : "Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain."
  41. : "Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat tohmahan, maka janganlah dia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya."
  42. : "Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing."
  43. : "Barangsiapa yang panjang kemarahannya maka sirnalah adab dan akhlaknya."
  44. : "Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."
  45. : "Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati."
  46. Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak akan disayangi"
  47. : "Barangsiapa yang tidak pernah merasai sesuatu, nescaya tidaklah ia mengetahui."
  48. : Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya." - Nur Kasih
  49. : "Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang Bagus."
  50. : "Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit."
  51. : "Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangan kau tangguh kerja hari ini untuk esok hari!"
  52. : "Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam, walaupun lautan itu tidak bergelora."
  53. : "Manusia yang berakal sentiasa memikirkan perkara yang berfaedah."
  54. : "Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan terus mengalir."
  55. : "Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?"
  56. : "Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan."
  57. : "Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat"
  58. : "Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana."
  59. : "Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang mereka miliki."
  60. : "Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna."
  61. : "Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."
  62. Imam al-Ghazali berkata: "RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa."
  63. "Do what you can with what you have right where you are." - Henry Truman.
  64. Kata-kata Pujangga: "Tiada yang mustahil di sisi Allah SWT untuk menjadikannya."
  65. Berkata seorang Ahli Sufi : "Siapa yang takut kepada Allah, nescaya semua makhluk takut kepadanya."
  66. It is not a mountain that we conquer but ourselves - Edmund Hillary
  67. : " Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?"
  68. Berkata Ar-Rumi: "Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat."
  69. : "Kemenangan bermula dari dalam diri."
  70. Ibnu Mu'taz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula hidup walaupun ia telah mati.
  71. : "Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula."
  72. Berkata Abu Sulaiman: "Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa (gembira) kerana kerinduan."
  73. : "Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah kita."
  74. Kata-kata Pujangga: "Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun bisa terjadi."
  75. : "Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra jadilah semulia Ali KW, Andai impikan seorang suami sehebat Ali KW bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra."

Wednesday, October 7, 2009

Pahit Manis Kehidupan...





~ Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
~ Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
~ Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
~ Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
~ Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
~ Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
~ Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
~ Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
~ Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
~ Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
~ Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
~ Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
~ Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
~ Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
~ Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
~ Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
~ Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?

Fikirkanlah!.

~ "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
~ Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
~ Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
~ Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
~ Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
~ Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
~ Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
~ Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
~ Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
~ Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
~ Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
~ Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
~ Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
~ Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
~ Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
~ Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
~ Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
~ Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
~ Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
~ Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
~ Terseradung bukannya terjatuh.
~ Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
~ Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
~ Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
~ Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
~ Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
~ Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
~ Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
~ Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
~ Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
~ Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
~ Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
~ Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
~ Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
~ Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
~ Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
~ Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
~ Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
~ Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
~ Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
~ Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
~ Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
~ Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
~ Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
~ Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang Bagus mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

Friday, October 2, 2009

Mecari Kepastiaan


Ya Allah...
Aku ingin terbang tinggi setinggi bintang di langit...
Ingin aku terbang menggapai cita-citaku yang masih jauh...
Jauh bersama sebuah perjalanan...
Perjalanan hidupku...
Hidupku yang masih belum sampai ke destinasiku..
Ya Allah, pimpinlah aku dalam redha-Mu dan kasihilah aku dalam rahmat-Mu...
Sesunggunhnya hanya kepadamu aku meminta...Teguhkan cintaku pada-Mu dan jangan engkau palingkan aku dari jalan-Mu ya Allah...



30.09.09 ~ Mencari sebutir permata..


Assalamualaikum & selamat pagi semua...

Hari ini penulis berpeluang untuk menulis sedikit cerita tentang perjalanan latihan klinikal yang sedang dilalui oleh penulis di sebuah hospital yang ternama dan famous ini... Kisah ini berlaku pada hari rabu jam 3.45 petang....Seperti biasa... penulis menjalankan rutin harian as a student... seawal jam 5.00 pagi penulis sudah bersedia untuk melakukan duty2 seorang pelajar...Dua Minggu nih, penulis ditempatkan di klinik Ear, NOse & tHroat ( ENT Clinic).. Jam 7.45pg penulis mula bergerak ke hospital dengan hanya berjalan kaki,kerana jarak hospital dan hostel penulis hanyalah kira-kira 800m..Rutin pagi ialah mengikut doktor pakar & doktor "round ward". Seperti yang diketahui umum round ward nih bukanlah gi jalan2 sahaja, tapi untuk jumpe dan memberi rawatan susulan kepada pesakit.

Banyak ilmu baru yang sempat dikutip oleh penulis. Bagi penulis ia merupakan sesuatu yang amat bernilai dan merupakan saat yang paling indah dan perlu dihargai oleh setiap insan yang bergelar pelajar...Setiap penerangan yang diberi oleh doktor2 amatlah penting, kerana ia merupakan keyword yang perlu diambil bagi mengetahui setiap rawatan yang diberikan ke atas setiap penyakit yang berbeza dan punca2 penyakit dikesan. Antara penyakit2 yang telah dijumpai oleh penulis ialah tonsilitis, septal abcess, metastasis Ca.Neck swelling, nasal polyp, chronic tonsilitis, vestibular neuritis, bilateral chronic suppurative Otitis Media ( CSOM)neck abcess dan periairiclular sinus.

Kes yang biasa ditemui oleh penulis sepanjang mengikut doktor round ialah tonsilitis... dan penyakit hih jugak merupakan soalan famous yang biasa ditanya oleh doktor kepada penulis dan rakan2. Walaupun penyakit nih common case tapi penulis masih teragak2 untuk menjawab soklan yang ditanya oleh doktor atau MA yang bertugas...huhu...nampak gayanya penulis kena banyak membaca lagi...hehehhe~~

Tonsilitis: inflamasi pada tonsil.. antara sign & simptomnya ialah, sukar menelan makanan ( dysphagia, odynophagia, demam, tonsil kelihatan bengkak dan merah,sakit tekak, sakit telinga, sakit kepala, bengakak dan tender pada nodus limpa.



Tonsil yang membengkak dan sudah dijangkiti

Jam 3.45 petang, penulis dan rakan- rakan diajak untuk ke wad ICU, kat situ doktor menunjukkan cara2 untuk menukarkan trakeostomi apa yang penulis faham tentnag trakeostomi ialah digunakan untuk pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan kerana terdapat sekatan pada laluan pernafasan pesakit ini.

Trakeostomi : Suatu tindakan dengan membuka dinding depan/anterior trakea untuk mempertahankan jalan nafas agar udara dapat masuk ke paru-paru dan memintas jalan nafas bagian atas.1,2,3

Pesakit yang perlu ditukarkan trakeostomi ini berusia 7 tahun dan mekanisme kecederaannya adalah disebabkan oleh Motor Vehicle Accident ( MVA). Keadaan pesakit ini meluluhkan hati kepada sesiapa yang melihatnya kerana dia telah hilang keupayaan untuk menjadi selincah kanak2 lain. Hanya terbaring sepi dia atas katil di wad tanpa ditemani orang2 yang tersayang. Mana mungkin dia ditemani oleh ibu & ayahnya kerana ibu & ayanhya telah kembali ke rahmatullah semasa kemalangan tersebut. Dia tidak mampu untuk bersuara apatah lagi untuk meluahkan apa yang dia rasa tapi matanya menceritakan tentang derita yang dilalui. Penulis dan rakan2 hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan pesakit dan berharap moga ada sinar unruk dia mengecap bahagia.

Ini merupakan serba sedikit pengalaman penulis pada hari itu. Dan moga ia menjadi satu lembaran kenangan yang amat berharga kepada penulis dan pembaca yang disayangi sekalin. Sesungguhnya pengalaman yang mendewasakan usia. Jazakillah..


Sofiya Raudhah

Ufuk timur mencerah disinari jingga sang suria, kabus-kabus pagi berarak perlahan-lahan melepaskan pelukannya daripada gunung-gunung menghijau, melewati wajah sang mentari. Burung-burung bertebaran keluar dari sarang penginapannya dari celahan pintu-pintu gua, lubang-lubang bangunan lama serta dari atas dahan-dahan pokok rendang.

Raudhah sampai ke lapangan terbang seawal jam 7.30 pagi, berat kakinya untuk melangkah ke dalam, walaupun dia tahu seseorang sedang menunggunya.

“Intan, jangan bersedih, empat tahun bukanlah masa yang lama, lagipun perpisahan ini kerana ilmu. Walaupun Mesir dan Malaysia jauh beribu batu, namun ikatan persahabatan yang kita bina sejak kecil tidak akan sekali-kali terlerai. Deruan Sungai Nil semakin jelas kedengaran di telingaku, hembusan bayu Mediterranean terasa lembut menyapa tubuhku. Nil menunggu kehadiranku” Pelukannya erat sekali. Raudhah hanya menangis dibahu sahabatnya.

“Intan mengerti, namun kita tidak pernah berpisah untuk satu masa yang lama, bagaimana…” sendu Raudhah menganggu aliran suaranya.

“Benar, seseorang itu akan merasakan sesuatu yang belum pernah ia lalui sukar, tetapi apabila dia sedang melaluinya, kesukaran itu akan menjadi tabi’inya. Allah akan menjagamu disini dan Allah juga akan menjagaku di sana.” Pujuknya lembut.

“Semoga Allah juga menjaga ikatan persahabatan ini.” Kata Raudhah. Lama mereka berpelukan, akhirnya pelukan itu terpaksa dilepaskan, tangannya mengusap pipi sahabatnya dan sebentar kemudian Zahrah hilang daripada pandangannya. ....

“Assalamualaikum Muslimah, adakah Muslimah terserempak dengan Intan? Puas ana cari, namun kelibatnya tidak juga kelihatan.” Sapa Zahrah ketika terserempak dengan rakan sekelasnya, sebentar tadi dia menghadiri mensyuarat pengawas, usai perjumpaan tersebut dia kembali ke bilik darjah tetapi Intan tiada di mejanya.

“Waalaikumussalam, Oh! Tadi ana terlihat dia di dalam maktabah.” Ujar rakannya.

“Baiklah jika begitu, ana pergi dahulu, syukran.” Kata Zahrah sambil menyentuh lembut lengan rakannya dan tersenyum. Kelihatan Raudhah sedang kusyuk mencatit sesuatu di meja. Zahrah berjalan perlahan-lahan ke arahnya dengan niat untuk menyergah sahabatnya apabila dia berdiri di belakang

“Salam sahabat! Mengarang surat cintakah?” Tanya Zahrah dengan suara sedikit tinggi ke corong telinga Raudhah sambil memegang bahu sahabatnya. Raudhah yang sebentar tadi sedang khusuk menulis sesuatu, terkejut, lantas menutup tulisannya dengan kedua-dua tapak tangannya.

“Sofiya!” Raudhah menjerit kecil dan berpaling ke arah Zahrah “ Jangan serkap jarang sahaja, perlu husnuzon terhadap Intan”. Zahrah tersengih.

“Sofi bergurau sahaja, boleh Sofi tahu apa yang Intan tulis?” Pinta Zahrah sambil mengambil tempat duduk di sebelah sahabatnya. Raudhah segera menyelitkan tulisan yang dicatit di belakang sekeping photo ke dalam diarinya.

“Tiada apa-apa, hanya menulis nota sahaja” Zahrah cuba bergurau ingin merampas diarinya tetapi gagal. “Esok, keputusan STAM akan diumumkan, semoga Allah membalas segala usaha kita dengan kebaikan.” Beritahu Zahrah sambil jari jemarinya bermain-main dengan hujung kain pengalas meja.

“Insyaallah, Allah akan membalas setimpal dengan usaha yang kita lakukan dan meredhai keikhlasan kita menuntut ilmu.” Raudhah mengiakan.



Sudah hampir dua tahun Zahrah berada di Mesir, dan dia juga sedang berada di tahun ke-dua di universiti Islam Malaysia. Mereka selalu berhubungan melalui email, bertanya perihal pengajian masing-masing dan bertukar-tukar pandangan semoga fikiran akan lebih tajam hasil dari pertembungan dua kognitif, two heads are better than one.

Telefon bimbit Raudhah bergetar, satu mesej baru masuk.

“Salam anti, bagaimana pengajianmu, berjauhan denganmu semakin menggamit rindu di kalbu, alangkah indah jika kita dapat belajar di institusi pengajian yang sama, namun ana percaya, Allah ingin menguji keteguhan cinta kita.” Berbunga hatinya tatkala membaca setiap lafaz kata dari paparan mesej itu, betapa kata-kata yang lahir dari hati mampu menyentuh hati manusia yang lain.

Yusuf! Lelaki pertama yang mengoncang hatinya, menawarkan sebuah cinta yang indah, seindah bunga kemboja putih yang mekar di pagi hari. Satu metafora terhadap kesucian cinta mereka. Lelaki yang menawarkan sebuah bahtera cinta yang belayar di samudera, walau badai ganas yang datang, bahtera cinta mereka tetap utuh belayar. Hubungan cinta yang berlangsung tanpa sebarang janji pertemuan, hanya berbicara melalui telefon dan mesej tetap mampu mempertahankan ikatan cinta mereka. Salahlah manusia yang menganggap bahawa percintaan perlu disusuli dengan pertemuan muka ke muka.

“Jangan khuatir, jika kita mengikut lunas Islam, tidak melewati batas- batas agama, Insya Allah, Dia akan menolong kita. Teguhkan hati kita agar hubungan seperti ini akan berkekalan, jangan pernah terlintas unutk bertemu sebelum bernikah, kerana anta sendiri tahu yang ke-tiga adalah syaitan.” Balas Raudhah. ….

“Kakak, kenapa hati saya rasa tidak tenteram? Kenapa saya sukar untuk menangis saat mendengar qalam Allah? Kenapa sukar untuk saya menghafal al-Quran? Kenapa seakan terhijab untuk saya tafakkur alam? Kenapa saya rasa tidak juga tenang jika membaca al-Quran? Kenapa solat saya tidak khusyuk? Kenapa saya gagal untuk qiamullail? Kenapa saya sukar untuk puasa sunat? Kenapa rezeki saya tidak berkat? Kenapa hati saya selalu menangis? Kenapa ilmu yang saya pelajari hanya bertahan sehingga ke dalam dewan peperiksaan? Kenapa saya tidak terkesan dengan perjalan dakwah yang dilakukan oleh Raulullah dan para sahabat? dan kenapa saya masih gagal untuk merasai nikmat CINTA ALLAH seperti yang diceritakan oleh orang-orang alim?” Tanya Raudhah panjang kepada murobbiyahnya, Kakak Aisyah.

“Raudhah, sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda “Dalam diri manusia ada seketul daging, jika daging itu elok maka eloklah anggota yang lain, tetapi jika daging itu rosak, maka rosaklah segala angota yang lain. Sesungguhnya seketul daging itu adalah?” Murobbiyahnya memohon jawapan darinya.

“HATI!” Jawab Raudhah.

“Benar, seketul daging itu adalah hati, secara fizikal hati itu adalah jantung. jika jantung kita rosak, ia akan mengganggu perjalanan anggota badan yang lain kerana jantung bertangjawab mengepam dan menyalurkan darah dan juga oksigen ke setiap urat saraf anggota badan. Namun apa yang perlu diperhatikan adalah secara rohaninya, hati itu adalah jiwa manusia, hati yang rosak adalah hati yang di timpa penyakit- penyakit dunia, hati yang berpenyakit ini akan merebak kesetiap anggota jasad manusia sehingga anggota-anggota tersebut terdorong untuk melakukan perkara-perkara buruk yang menambahkan lagi musabab kepada penyakit hati.” Jelas murobbiyahnya panjang.

“ADAKAH HATINYA BERPENYAKIT?” Raudhah bermonolog.

“Antara musabab penyakit hati ialah KECINTAAN TERHADAP MANUSIA MELEBIHI CINTA TERHADAP ALLAH! Adakah pantas satu hati mampu menyatukan dua cinta? CINTA ALLAH dan CINTA DUNIA? Adakah berhasil esensi yang suci bercampur dengan unsur yang kotor? CINTA ALLAH dan CINTA DUNIA ini ibarat magnet negatif dan negatif atau positif dan positif. Apabila ia di dekatkan, kedua-duanya akan saling menolak dan mustahil untuk bersatu. Begitulah analogi antara dua cinta tersebut. SELAMA-LAMANYA MANUSIA TIDAK AKAN MENEMUI CINTA ALLAH SELAGI DIA MENGHAMBAKANKAN CINTANYA KEPADA MANUSIA!” Jelas Kakak Aisyah.

Hatinya terkejut. Benarkah dia telah tersilap percaturan selama ini? Adakah dia terjerat dalam dosanya sendiri hasil daripada mengikut hawa nafsunya? Adakah dia tergolong dalam golongan mereka yg membuat tipu muslihat kepada Allah? Adakah dia tergolong dalam golongan yang disebut oleh Allah sebagai hati yang berpenyakit? Adakah hatinya berpenyakit?Lantas, apakah penawarnya? ….


“Yusuf! Sesungguhnya kita tertipu oleh muslihat kita sendiri. Sesungguhnya tidak halal bagi wanita Muslimah dan lelaki Muslim menjalin cinta sebelum kahwin. Ketahuilah! Aku tidak ingin menjadi penggoda seperti Zulaikha, aku tidak ingin menambahkan fitnah dunia lagi, aku tidak ingin hatta jiwaku menjadi boneka syaitan. Sesungguhnya perlu aku akui tanpa aku perlu berselindung demi menjaga hatimu bahawa aku tidak pernah tenang mencintaimu dahulu.

Cukuplah! Janganlah kita menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah dan Nabi, kufurlah kita akhirnya. Bertaubatlah kita! Sehingga saat ini hatiku sedih tatkala mendengar, membaca kisah-kisah mereka yang berhasil merasai nikmat cinta Ilahi sedangkan aku masih lagi terumbang ambing, terkeliru dalam pencarian cinta agung itu. Sesungguhnya Allah itu mendengar resah hati kehambaanku, disaat aku mula mengorak langkah mendekatiNya, Dia telah lama menungguku, disaatku menangis sendu kerana keinsafan dosa lalu, Dia terlebih dahulu menadah air mataku.

Betapa berdosanya aku membuang cinta-Nya yang berada di muka pintu hatiku, betapa berdosanya diriku, bertalu-talu Allah mengetuk pintu hatiku melalui wahyu agung-Nya, dengan bicara ikhlas-Nya, tidak aku buka pintu itu! berdosanya aku membiarkan Dia berdiri lama di muka pintu itu, namun Dia tetap meninggu, membujuk hatiku dengan bicara-Nya tanpa jemu, namun tidak juga aku buka pintu dan membiarkan panggilan-Nya tanpa sahutan.

Berdosanya Aku Rabbi! Sehingga suatu saat, aku terdetik ingin membuka pintu itu kerana tidak lagi kedengaran panggilan-Nya, jauh dari sudut hati, aku rindu mendengar bicara-Nya yang agung, mendengar ketukan di pintu hatiku, ketukan yang lembut, tidak menyakitkan hati. Adakah Dia telah berputus asa dengan Hati kerasku? Aku menuju ke muka pintu, perlahan-lahan ku kuak daunnya, apa yang ku lihat hanyalah satu cahaya yang tidak terungkap oleh kata, terlukis oleh pena.

Cahaya itu menerangi segenap penjuru hatiku yang gelap untuk sekian lama. Cahaya malap yang berada dalam hatiku menjadi semakin bersinar dengan limpahan cahaya itu. ketahuilah aku, Dia tidak merajuk, Dia tidak juga murka, tetapi Dia Maha Penyayang, Maha Penyabar, dan Dia masih menungguku.

Bertaubatlah kita kerana telah berlaku zalim terhadap Cinta Allah. Ketahuilah! Aku tinggalkanmu demi cintaku pada sang Rabbi."...INTAN RAUDHAH


Yusuf membaca warkah dari kekasihnya dengan hati yang berkecai. Hati lelakinya tercabar kerana cintanya ditolak mentah-mentah oleh Raudhah secara tiba-tiba tanpa sebarang perbincangan mahupun penjelasan khilaf perhubungan mereka. Adakah begini pengakhiran cinta mereka? Adakah tiada lagi cinta Raudhah untuknya? Adakah Raudhah tidak mencintainya lagi sebagaimana dia mencintainya tanpa bebelah-bagi? Bagaimana mungkin dia melupai cinta pertamanya? Dia telah bertekad untuk menyuntingnya sebagai suri hatinya saat dia mendapat tahu cintanya berbalas dahulu.

“Jika itu keputusanmu, jika tiada lagi secarik cinta untuk menampal luka di hatiku, maka sia-sia sahaja aku menagih cinta darimu. Namun seperti yang selalu aku ucapkan, jiwaku bukan jiwa berputus asa, aku akan kembali menuntut cintamu suatu hari nanti selagi kamu belum dimiliki.” Yusuf membalas email Raudhah dengan hati yang terluka. Berkali-kali dia membaca tulisan Raudhah, mencari kebenaran dari kata-katanya agar dapat memujuk jiwa yang lara. Kata-katanya benar.

“siapapun jodoh kita, telah terdahulu ditakdirkan oleh ALLAH, jodoh itu sebahagian dari keimanan kita sebagai pengikut risalah Muhammad S.A.W. Beriman dengan rukun iman yang ke-enam; qada’ dan qadar baik mahupun buruk, wajib diakui. Redhalah dengan Allah, semoga Allah juga meredhaimu.” Jelas Ustaz Makmur kepadanya suatu hari saat dia menceritakan masalah hatinya usai kelas pengajian.

“peliharalah hatimu dari cinta duniawi dengan harapan kehadiran cinta Ilahi. Dengan mencintai ALLAH, jiwamu yang terluka itu akan sembuh, hatimu yang gundah akan tenang, hati yang gelap akan benderang. Cintailah Allah kembali kerana itu fitrah setiap insani.” Akhiri ustaz Makmur sebelum masuk ke dalam keretanya.

Malam itu, diatas sejadah cinta, dengan linangan air mata, Yusuf sujud kepada Yang Esa. Lama sujudnya terasa berat dosanya, malu kepalanya untuk mendongak, terasa hina memperlakukan Dia yang menciptakannya daripada mani yang tidak berguna. Terasa sukar terhapus dosanya kerana kesombongan dalam kejahilannya memperbodohkan Tuhan, kesombongan yang tidak akan memanfaatkan mahupun memudharatkanNya. Namun dia tahu Allah akan menghapuskan dosa-dosanya kerana Sifat Maha Rahman dan PengampunNya melebihi sifat-sifat keras-Nya. Selayaknya dia memenjarakan dirnya seperti Nabi Yusuf, memenjarakan nafsunya!

Raudhah membaca balasan email dari Yusuf, kamu silap Yusuf, aku masih menyayangimu. Semoga Allah memelihara cinta kita, semoga jihad kita menjaga perasaan cinta pemberian Allah itu diredhainya. Sejak itu, kedua-duanya hanyut dalam cinta Rabb mereka. ….


Raudhah melangkah ke dalam maktabah sekolah lamanya. Pagi itu diadakan sambutan hari guru dan dia datang untuk sama-sama memeriahkan majlis berkebetulan dia sedang menghabiskan cuti semester akhirnyanya di kampung. Raudhah mengambil mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan tingkap maktabah.

Sudah banyak berlaku pengubahsuaian terhadap struktur dalaman maktabah ini. Kenangan bersama sahabat-sahabat sewaktu di bangku sekolah menggamit memorinya. Terkadang dia tersenyum sendiri. Maktabah ini juga menyimpan banyak kenangannya bersama Sofiya.

Rindu pula hatinya terhadap temannya yang sudah empat tahun berada di bumi Nil itu. Dia mengeluarkan diarinya yang masih disimpan, jika dulu dia sukar meluahkan perasaanya dalam diari tetapi kesibukannya sebagai pelajar universiti menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk menulis diari.

Program pentarbiahan dan da’wah yang diikutinya semenjak dua tahun yang lalu telah banyak mengubah dirinya, mengenal kembali makna kehidupannya di bumi ini. Dia menintakan sesuatu dalam diarinya.

“salam sahabat! mengarang surat cinta lagikah?” Seseorang menegurnya dari belakang sambil memegang bahunya. Dia terkejut sambil berpaling ke belakang.

“Sofiya! Jangan ….” Lidahnya kelu. Lama dia memerhatikan susuk gadis di hadapannya yang berpurdah.

“Bagaimana Intan tahu Sofi di belakang?” Tanya Zahrah dengan tersenyum disebalik purdah hitamnya. Raudhah tergamam, adakah dia bermimpi di siang hari? Dahinya berkerut seribu.

“Jangan berkerut lagi dahi itu, Sofi rindu untuk berdakapan dengan Intan” Tangannya masih kemas memegang bahu sahabatnya. Raudhah bangkit dari duduknya, mengadap gadis berpurdah di hadapannya, akhirnya kekeliruan terlerai, senyuman terukir diwajah mereka.

“Sofiya!” Akhirnya mereka berpelukan lama, erat sekali seperti selalu, air mata mengalir kegembiran. “Bukankah penerbangan Sofiya bulan depan?” Tanya Raudhah sambil mempersilakan Zahrah duduk.

“Benar, tetapi diawalkan kerana ada urusan di sini, lagipun pengajian Sofi sudah selesai dua minggu lepas, ikutkan hati mahu menziarahi Mesir lebih lama, tetapi ummi dan baba Sofi mengajak pulang” Jelas Zahrah, tangannya mengelus lembut jari jemari Raudhah.

“Barangkali mereka rindu untuk bertemu dengan Sofiya” Sangka Raudhah.

“Bagaiman pengajian Intan di sini?” Tanya Zahrah.

“Alhamdulillah, pengajian Intan sudah selesai, sekarang sedang tunggu panggilan kerja, mungkin dua minggu lagi akan diketahui keputusannnya.” Beritahu Raudhah. Zahrah mengangguk-angguk.

“Intan, mahukah Intan dengar satu perkhabaran?” Tanya Zahrah.

“Perkhabaran apa?” Tanya Raudhah lagi.

“Sebenarnya, kepulangan Sofi lebih awal ini adalah untuk membincangkan urusan perkahwinan.” Jelasnya tersenyum.

“Sofiya akan kahwin? Dengan siapa? Bila?” Raudhah teruja.

“Insyaallah, dua bulan lagi.” Balasnya pendek.

“Dengan siapa? Khabarkan lagi.” Pinta Raudhah.

“Perkahwinan ini atas pilihan ummi dan baba Sofi. Baba hendak satukan Sofi dengan anak teman baiknya. Sofi percayakan baba, Sofi yakin dia telah memilih lelaki yang baik sebagai suami Sofi, jadi dengan keyakinan itu Sofi terima lamaran dari pihak lelaki.” Jelasnya.

“Sofi belum kenal lagi dengan lelaki itu, namanya juga tidak diketahui.” Sambung Zahrah.“

Eh! Macammana Sofiya boleh terima lamaran lelaki tersebut sedangkan Sofiya tidak tahu menahu pun asal usulnya?” Raudhah keliru dengan sikap sahabatnya.

“Intan, cukuplah baba yang mengetahui asal usulnya, nanti apabila kami telah sah menjadi suami isteri, Insyaallah semua itu akan dapat diketahui.” Zahrah cuba menenangkan sahabatnya.

“Punya fotonya?” Raudhah bertanya lagi.

“Kalau namanya tidak diketahui, apatah lagi foto untuk dimiliki” Mereka tersenyum.

“Raudhah tidak risau, masakan orang yang baik, menjaga persahabatan seperti Sofiya akan dijodohkan dengan lelaki yang fasik.” Raudhah memuji sahabatnya.

“Astaghfirullah, Sofi tidak layak untuk pujian setinggi itu, Subhannallah.” Zahrah tersipu-sipu. ….



“Salam sahabat, Subhanallah, adakah ini manusia atau bidadari dari syurga?” Gurau Raudhah saat memasuki bilik pengantin.

Zahrah kelihatan anggun sekali dengan persalinan jubah putihnya. Wajahnya disolekan dengan cantik sekali, tidak terlalu berat, tidak jua terlalu ringkas. Suasana di luar sana riuh rendah dengan suara-suara manusia, semua orang bahagia dengan pernikahan ini. Dia juga mengenakan baju kurung putih, sedondong dengan pengantin.

“Ah! Intan ini manis mulut benar.” Zahrah menafikan, mereka berpelukan.

“Nampaknya, Intan kenalah kurangkan masa bersama dengan Sofi, nanti cemburu pula suami” Gurau Raudhah lagi, hatinya gembira mengetahui sahabatnya akan berkahwin.

“Intan, walaupun Sofi sudah kahwin, kualiti persahabatan kita tidak akan berkurangan, ingat hal itu.” Zahrah memegang tangan sahabatnya erat. Raudhah mengangguk-angguk, air mata mereka menitis.

“Jangan menangis, rosak nanti solekan itu.” Raudhah menyeka air mata Zahrah.

“Sofi.” Baba Zahrah muncul dari pintu bilik. Raudhah meminta diri untuk keluar, barangkali ada sesuatu yang ingin dibicarakn oleh baba Zahrah, bicara seorang ayah dengan anak perempuannya.

“Jadi isteri yang solehah, baba telah memilih seorang lelaki yang terbaik untuk Sofi, baba yaqin anak kawan baik baba itu akan dapat membahagiakan Sofi dan menjadi suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap ana-anak Sofi nanti.” Kata babanya sambil memeluk anaknya erat.

Sementara itu, Raudhah keluar melayani tetamu yang datang, sebentar lagi rombongan lelaki akan sampai.

“Baba, Rombongan lelaki sudah sampai!” Jerit adik lelaki Zahrah dari tangga rumah.

Tetamu yang hadir bangkit menuju ke luar rumah ingin melihat pengantin lelaki. Raudhah juga tidak sabar melihat bakal suami sahabatnya. Dia menyelit ke dalam kelompok tetamu yang menjenguh ke tingkap rumah.

“Yusuf!” Hatinya terkejut.

“Yusufkah namanya?” Tanya tetamu disekelilingnya namun dia tidak dapat menjawab.

Yusuf! Sofiya! Bagaimana dapat diungkapkan perasaannya saat ini. Antara janji yang dipegangnya sejak bertahun lalu, antara kasihnya yang tidak berbelah-bagi terhadap Sofiya. Antara cintanya terhadap Yusuf, antara sayangnya terhadap Sofiya. Raudhah menahan air matanya, dia segera keluar dari kelompok tetamu tersebut, dia tidak ingin Yusuf melihatnya. Yusuf telah memungkiri janjinya. Air matanya menitis.

Dari dalam bilik, telefon Raudhah berbunyi, Zahrah yang berada berdekatan mencapai telefon bimbit sahabatnya yang terletak di dalam tas tangan Raudhah.

“Assalamualaikum.” Tetapi talian dimatikan. Zahrah terkejut. Dia meletakan kembali telefon bimbit sahabatnya, hatinya terdetik untuk mengambi buku kecil yang terselit di dalam tas tangan sahabatnya. Dia membelek-belek helaian diari Raudhah.

“Sofi! Nampak Intan?” Tanya umminya dari muka pintu. Zahrah terkejut dan meletakan kembali diari Raudhah ketempatnya.

“Ya Ummi Nab, ada apa cari Intan?” Raudhah menegur ummi Zaharah dari belakang, matanya merah akibat menangis.

“Disini kamu, temankan Sofi, Ummi Nab nak ke depan, layan bakal mertua si Sofiya ini” jelas riak kegembiraan di wajah ummi Zahrah. Raudhah mengangguk-angguk.

“Intan, tadi Sofi terbaca diari Intan” Zahrah memegang tangan Raudhah, hatinya rasa bersalah.

“Sofiya! Intan..” Raudhah terkejut, adakah Zahrah terjumpa foto Yusuf?

“Intan, Sofi minta maaf, Sofi bukan sahabat yang baik, Intan banyak meluahkan isi hati Intan di dalam diari sedangkan Sofi ini sahabat Intan, maafkan Sofi, disebabkan kesibukan Sofi menuntut Ilmu di Mesir, Sofi terlupa tentang sahabat Sofi disini.” Mata Zahrah bergenang air mata.

“Sofi…” Raudhah lega Zahrah tidak mengetahuinya.

Perlukah dia luahkan kepada Sofiya perasaannya saat ini? Antara kecewa dan bahagia, antara cinta adam dan hawa, antara cinta seorang sahabat. Jahatkah jika dia menjelaskan hal yang sebenar? Kejamkah dia terhadap Sofiya jika dikhabarkan bahawa bakal suaminya adalah lelaki yang dia puja bertahun lamanya. Lelaki yang pernah berjanji akan menuntut cintanya kembali. Raudhah menahan air matanya dari menangis.

“Jangan menangis Sofi, usah difikirkah tentang persahabatan kita hari ini. Hari ini adalah hari bahagia Sofi, jangan titiskan air mata terhadap perkara remeh sebegini. Sofi tidak bersalah.” Raudhah mencuba berlagak seperti tiada yang terjadi. ….

Yusuf segera memutuskan talian, hatinya tidak sanggup untuk mengkhabarkan kepada Raudhah tentang perkahwinannya.

“Sop! Depan Tok Kadipun sempat lagi telefon seseorang.” Tegur kawannya di sebelah.

Yusuf memerhatikan tok kadi yang duduk di hadapannya sedang berbincang sesuatu dengan bapa pengantin perempuan. Dia juga tidak mengenali siapa bakal isterinya. Hanya namanya sahaja meniti dibibir. Dia masih berharap akan terjadi keajaiban sebentar lagi. Keajaiban yang akan menyatukan dirinya dengan Raudhah.

Maafkan Yusuf, Yusuf tidak mampu menolak permintaan seorang ayah. Yusuf perlu akur dengan permintaan ayahnya yang menginginkan dia dijodohkan dengan anak perempuan sahabatnya. Katanya sejak kecil lagi mereka sudah berkira-kira untuk menjodohkan kami.

Maafkan Yusuf Raudhah, bukan niat Yusuf memungkiri janji, maafkan Yusuf hingga saat ini Raudhah belum mengetahui sebentar lagi Yusuf akan menjadi suami orang. Hatinya dirudum kekecewaan. Kecewa tidak berjodoh dengan Raudhah, kecewa telah memungkiri janjinya.

Tangannya sedikit menggigil saat Tok Kadi menjabat tangannya dengan erat.

“AKU TERIMA NIKAHNYA SOFIYA ZAHRAH BINTI ABDUL MUNSYI DENGAN MAS KAHWIN 88 RINGGIT TUNAI!” Antara lega dan sedih itulah yang dirasakan Yusuf saat itu. “Sah?” Tanya Tok Kadi kepada saksi “Sah!” ….

Dari kamar pengantin, Zahrah menitiskan air mata kegembiraan. Sekarang dia sah menjadi isteri kepada Muhammad Yusuf bin Syukor, nama yang tertulis di atas sijil perkahwinan. Raudhah disebelahnya memeluk Zahrah dengan erat, dia menangis teresak-esak. Hatinya gembira Zahrah telah diijab-kabulkan dan hatinya juga terluka, Yusuf bukan lagi jodohnya.

“Intan jangan nangis begitu, kita tetap sahabat seperti dulu.” Pujuk Zahrah. Raudhah mengesat air matanya. Kedengaran derap kaki yang banyak dari luar menuju ke kamar pengantin, Hati Raudhah semakin berdebar-debar. Bersediakah dia melihat Yusuf menyarungkan cincin perkahwinan mereka ke jari manis Zahrah? Bersediakah dia melihat dahi Zahrah dikucup oleh Yusuf. Hatinya berbelah-bagi saat itu. Sementara itu, hati Zahrah berdebar-debar menanti siapakah suaminya itu, bagaimanakah parasnya. Kebahagiaan jelas terlukis diwajahnya.

Yusuf melangkah masuk ke kamar pengantin, matanya masih tunduk ke bawah. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk menatap wajah isterinya. Dia mengharapkan isteri dihadapannya adalah Raudhah namun takdir telah mengatakan segalanya. Impiannya untuk bersama Raudhah ditinggalkan saat dia sah menjadi suami kepada Sofiya Zahrah.

Maafkan Yusuf. Yusuf mendongakan kepalanya ke hadapan. Hatinya terkejut! Longlai kakinya melihat kekasih yang dipujanya sekian lama menjadi pengapit pengantin perempuan dalam majlis perkahwinannya sendiri! Mata mereka bertentangan, jelas kelihatan mata Raudhah bergenangan air mata.

Raudhah! Maafkan Yusuf! Hanya itu yang terungkap oleh hati lelakinya.

“Sarungkan cincin ke jari Sofiya!” Arah ibu Yusuf perlahan sambil menghulurkan sebentuk cincin bertatah permata putih. Hatinya teragak-agak untuk menyambut huluran cincin dari ibunya.

MAAFKAN YUSUF! Hatinya menjerit.

Raudhah menundukkan pandangannya, ditahan air matanya dari menangis walaupun dia sudah tidak mampu untuk berlagak seperti tiada yang berlaku. Dia tidak dapat menipu dirinya bahawa suami sahabatnya kini adalah Yusuf! Raudhah mengangkat tangan Zahrah yang masih tidak berganjak dari atas pahanya saat pengantin lelaki ingin menyarung cincin ke jarinya.

Zahrah! selayaknya dirimu menerima Yusuf. Hati Yusuf bertambah rasa bersalah melihat Raudhah mengangkat tangan sahabatnya untuk disarungkan cincin perkahwinan. Sebetulnya jarimu yang layak menyarung cincin perkahwinan darinya. Saat dia mengucup lembut dahi Sofiya Zahrah, Raudhah bangkit dari duduknya dan menuju ke luar kamar.

Maaf sahabat, aku tidak mampu menyaksikan takdir seperti ini. Raudhah menangis tersedu-sedan di belakang rumah sahabatnya.

Yusuf! Cintailah Sofiya, sesungguhnya aku lebih redha kehilangan cintamu daripada aku kehilangan cinta seorang sahabat seperti Sofiya. ….

Zahrah terus mendail nombor telefon Raudhah, sejak akhir-akhir ini semakin sukar untuk menghubungi Raudhah. Hatinya rindu untuk bertemu dengan sahabat karibnya, banyak perkara yang ingin diceritakan kepada Raudhah. Kali terakhir dia bertemu dengan Raudhah lima bulan selepas perkahwinannya. Adakah Raudhah merasa tidak selesa dengan statusnya sebagai isteri orang. Intan, sesungguhnya abang Yusuf tidak pernah menghalang kita untuk tetap bertemu seperti dahulu. Zahrah merasakan bahunya disentuh lembut. Dia berpaling.

“Sofi buat apa di laman rumah malam-malam ini? Mari masuk, nanti demam siapa susah? Bayi dalam perut itu juga.” Zahrah tersenyum dengan gurauan suaminya, air matanya menitis.

“Kenapa menangis ini?” Yusuf terkejut, jarinya menyeka air mata isterinya.

“Sofi rindu Intan, sudah banyak kali Sofi telefon tapi tidak dijawab. Sofi tidak tahu kenapa Intan seakan-akan menjauhkan diri dari Sofi, kalau Sofi ada melakukan silap, beritahu Sofi, Sofi akan berubah. Sofi tidak mahu persahabatan kami sejak di bangku sekolah putus begitu sahaja.” Kata Zahrah sambil matanya memandang suaminya. Yusuf merenung mata isterinya yang berkaca itu. Dia tahu Raudhah tidak selesa untuk bertemu dengan Sofiya mahupun dirinya. Maafkan Yusuf Sofi, kerana Yusuf persahabatan Sofi dengan Raudhah retak.

“Mungkin dia sibuk dengan kerjanya.” Pujuk Yusuf.

“Mari kita masuk ke dalam, tidak elok berlama diluar ini.” Yusuf memipin tangan isterinya ke dalam. Usia kandungannya kini mencecah lapan bulan. Isterinya mengalami alahan yang teruk dan banyak menghabiskan masa di rumah. Dia pula semakin sibuk dengan kerjanya sebagai jurutera di syarikat swasta di ibu kota. Nasib baik jarak antara rumahnya dengan tempat kerja hanya 20 km.

“Sofi! Kenapa?” Tanya Yusuf melihat isterinya terhuyung- hayang berjalan. Zahrah tersenyum, tangannya memicit-micit kepalanya. “Tidak apa apa, biasalah mengandung ini, pembawakan budak.” Jelas Zahrah.

“Abang cintakan Sofi?” Tanya Zahrah tiba-tiba. Yusuf terkejut. Bagaimanakah perasaannya terhadap isterinya setelah hampir setahun mereka bernikah? Adakah cintanya terhadap Raudhah telah lenyap?

“Cinta!” Jawabnya ringkas.

“Apa buktinya?” Zahrah menduga suaminya.

“Eh! Habis yang dalam perut itu bukan bukti lagi?” Mereka tersenyum. ….


Sudah seminggu Raudhah terlantar di hospital tidak sedarkan diri akibat kemalangan di jalan raya. Doktor mengesahkan Rudhah mengalami kecederaan dalaman dan jantungnya mengalami komplikasi untuk berfungsi, andai dalam masa terdekat ini tidak ada penderma, mungkin nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Luluh air marmata Zahrah ketika mendengar penjelasan daripada doktor Farid. Zahrah menggenggam tangan Raudhah. Bukalah matamu, tataplah wajahku, berbicaralah denganku, sesungguhnya aku rindu mendengar suaramu, sudah sekian lama kita tidak berbicara dan saatku ketemu denganmu kembali, kamu masih diam tanpa bicara. Aku khuatir jika diammu semakin lama, bukalah matamu! Zahrah menangis tersedu sedan di katil Raudhah. Yang kedengaran hanyalah deru nafas Raudhah melalui alat bantuan pernafasan.

Allah! Biarku ganti tempatnya. Zahrah terdetik untuk membaca diari yang diberikan oleh jururawat yang diberikan oleh polis yang mejumpainya di tempat kejadian. Dia membelek-belek diari yang pernah dibeleknya pada hari perkahwinannya, satu foto terjatuh dari celahah diari itu. Zahrah mengambil foto yang terbalik gambarnya, terdapat tulisan ringkas dibelakangnya.

Yusuf! Cinta hatiku. 16/2/ 2001 Zahrah menterbalikan gambar tersebut.

“Abang Yusuf!” Segera wajahnya berpaling kearah Raudhah yang terlantar dikatil. Apa semua ini? Hatinya bingung. Apakah hubungan abang Yusuf dengan Intan? Zahrah membelek-belek helaian diari Raudhah.

17/ 3/ 2003 Yusuf! Intan akan pegang janji Yusuf! Intan akan menunggu Yusuf menuntut cinta Intan kembali. Perpisahan ini hanyalah atas dasar perhubungan namun cinta Intan masih seperti dulu.

25/ 6/ 2007 Sofiya! Bagaimana mungkin aku ungkapkan perasaanku saat aku mengetahui bakal suamimu adalah lelaki yang ku nanti bertahun lama janjinya untuk dipenuhi? Aku menantinya tanpa prasangka, aku meyakini bahawa dia akan kembali mencariku. Namun,… Sofiya! Tidak mungkin aku mengecewakan hari bahagiamu. Yusuf! Apakah alasan diatas pengkhianatan janjimu sendiri?

Zahrah terduduk di birai katil sahabatnya, tangisnya teresak-esak.

Intan! kenapa Intan sembunyikan hal ini? Intan tidak perlu korbankan cinta Intan semata-mata tidak ingin melihat Sofi terluka! Zahrah menyesal, kiranya dia sempat membaca diari Intan pada hari perkahwinannya pasti Intan bahagia dengan Yusuf!

Maafkan Sofi Intan! Sofi telah merampas Yusuf darimu. Zahrah menekan-nekan kepalanya, sakitnya datang lagi.

“Masuk!” Doktor Farid menjerit dari dalam biliknya.

“Assalamualikum doktor, boleh saya berbicara sebentar?” Tanya Zahrah.

“Silakan duduk Puan Zahrah!” Jemput Doktor Farid.
“Tapi Puan, kita masih punya masa menanti penderma!” Kata Doktor Farid tegas.

“Benar kita masih punya harapan, tetapi adakah doktor boleh menjamin bahawa saya akan hidup untuk dua tiga hari lagi? Doktor sendiri memberitahu kepada saya bahawa hayat saya tidak dapat bertahan lebih lama.” Kata Zahrah.

“Benar, tapi Puan masih punya harapan untuk sembuh, jangan berputus asa!” pujuk doktor Farid lagi.

“Saya tidak dididik untuk berputus asa, dan Raudhah juga tidak dididik untuk berputus asa. Saya dapat merasakan bahawa penyakit saya tidak akan sembuh malah ia semakin teruk dari hari ke hari. Berikan Raudhah peluang untuk hidup! Lagipun seminggu lagi saya akan melahirkan anak, doktor lebih tahukan apa yang perlu dilakukan, izinkan saya hidup dalam dirinya.” Zahrah berkata tegas.

“Kita perlu lakukan ujian dahulu, adakah suami puan tahu akan hal ini?” Tanya doktor Farid lagi, Benar tekaan Zahrah, penyakitnya telah melepasi tahap kritikal, sukar untuk disembuhkan. Namun sejak setahun lalu dia melihat pesakitnya ini seorang yang kuat, walaupun tanpa kimoterapi, Zahrah masih mampu bertahan sehingga ke hari ini.

“Saya akan beritahu suami saya nanti!” Zahrah keluar dari bilik doktor Farid. Raudhah, maafkan Zahrah! ….

Yusuf kelihatan sugul di tepi tingkap hospital. Dia memandang keluar tingkap, hujan masih lagi lebat sejak petang tadi. Raudhah! Zalimkah Yusuf? Hatinya bercelaru, segeralah sembuh Raudhah! Kamu masih layak untuk meneruskan kehidupan ini, kamu akan menemui lelaki yang lebih baik dariku! Perlu ku akui, sehingga saat ini, masih ada lagi secarik rindu untukmu, namun dirimu juga mengetahui Sofiya Zahrah adalah isteriku kini.

Zahrah memandang Yusuf yang sendirian di tingkap, Abang Yusuf! Maafkan Sofi! Sesungguhnya Sofi kejam kerana menghancurkan impian abang untuk bersama dengan Intan. Benar, jika dari awal lagi Sofi mengetahui hal ini, pernikahan mereka tidak akan dilangsungkan. Adakah dia masih punya peluang untuk membetulkan keadaan?

“Abang.” Zahrah menyentuh lembut bahu suaminya.

“Sofi, adakah Raudhah masih punya harapan untuk hidup?” Tanya Yusuf tanpa memandang isterinya. Entah mengapa dia tidak sanggup kehilangan Raudhah, adakah dia masih mencintai Raudhah seperti dulu? Tidak cukupkah dalam masa setahun ini untuk dia melupakan Raudhah?

“Intan akan sembuh!” Jawab Zahrah optimis.

“Adakah telah ada jantung yang sesuai untuknya?” Yusuf berpaling.

“Insyaaallah, esok pemindahan jantung akan dijalankan. Raudhah akan sembuh seperti sedia kala.” Jawab Zahrah sambil tersenyum. Dia memandang dalam kearah suaminya. Yusuf tersenyum lantas memeluk isterinya. Raudhah akan sembuh! Itulah yang diharapkan dalam doanya. Zahrah melepaskan pelukan suaminya.

“Abang, esok juga Sofi dijangkakan bersalin, jadi Sofi nak bersalin di hospital ini.” Beritahu Zahrah. Perlukah Yusuf mengetahui hal yang sebenar, dia tidak ingin merumitkan keadaan, dia ingin redha dengan tekadnya, Raudhah perlu diselamatkan, dia juga tidak ingin Yusuf bersedih dengan keadaannya jika dia mengetahui rancangannya. Dia tidak ingin Yusuf mengetahui sebelum pembedahan bahawa penderma jantung untuk Raudhah adalah isterinya sendiri. Yusuf mengangguk-angguk.

“Abang, jika terjadi sesuatu keatas Sofi esok, mahukah abang meredhai Sofi? Meredhai segala perbuatan Sofi? Meredhai segala yang bakal terjadi esok hari? Meredhai sesuatu yang tidak mampu terluah hari ini? Mahukah abang meredhai kehidupan Sofi sebagai isteri abang selama setahun ini?” Zahrah cuba menahan air matanya dari menitis.

Yusuf memegang kedua belah bahunya lembut dan memandangnya. “Kenapa Sofi tanya soalan begitu? Insyaallah esok semuanya akan berjalan lancar, Sofi akan selamat melahirkan anak abang dan Raudhah akan selamat daripada pembedahannya dan abang akan menjadi orang yang paling bahagia sekali hari esok!” Kata Yusuf bersemangat. Zahrah kembali memeluk Yusuf.

Sofi akan membahagiakan abang sehingga akhir hayat abang, maafkan Sofi, redhalah keatas Sofi atas segala tindakan Sofi, Sofi tidak ingin membuatmu sedih! Namun sejak hari pertama pernikahan kita, Sofi telah membuat hatimu terluka dan hati sahabatnya Intan juga.

Maafkan Sofi! …. Zahrah memandang kearah Raudhah di sebelah katilnya, sebentar lagi jantungnya akan berada di dalam jasad Raudhah. Tangan Zahrah dipegang seeratnya, dia mengucup dahi dan pipi Raudhah lama, air matanya menitis.

Maafkan Sofi! Hingga ke saat ini Sofi masih tidak dapat mendengar suaramu, Intan terus diam, bukalah matamu, lihatlah wajahku untuk kali terakhir. Air matanya menitis semakin laju, ummi, baba, abang Yusuf, Intan! Maafkan Sofi salama kehidupan Sofi bersama kalian. sebentar kemudian dunia Zahrah gelap dan sunyi. ....

Yusuf masih menanti penuh debar di luar bilik persalinan, dia juga diberitahu saat-saat akhir bahawa isterinya perlu dibedah. Raudhah juga dimasukan di wad yang sama untuk dibedah juga pada masa yang sama. Yusuf dan ahli keluarga yang lain semakin risau kerana pembedahan itu mengambil masa yang lama, tidak ada tanda-tanda pembedahan kedua-duanya akan selesai. Setelah hampir lapan jam menuggu, akhirnya doktor Farid diiringi oleh seorang juru rawat keluar membawa seorang bayi.

Kepenatan menunggu di luar terus hilang saat dia memandang bayi yang berada di dalam pangkuan jururawat. Dia memangku bayi perempuannya.

“Doktor, bagaimana keadaan isteri saya?” Tanya Yusuf.

“Bagaimana pula keadaan Intan?” Tanya ibu Intan. Masing-masing menanti jawapan dari doktor yang berusia dalam lingkungan 40-an. Doktor Farid mengambil nafas dalam-dalam dan memerhatikan setiap wajah yang berdiri di hadapannya.

“Alhamdulillah, pembedahan jantung keatas Cik Raudhah Berjaya dilakukan. Keadaannya juga stabil” Doktor Farid berjeda seketika. Dia mengumpul kekuatan untuk memberitahu hal yang sebenar. Walaupun situasi ini bukan yang pertama namun hati manusianya seakan-akan tidak sanggup untuk menberitahu hal yang sebenar, dia tidak ingin berita itu nanti menghapuskan senyuman diwajah mereka.

“ Seperti yang Encik Yusuf ketahui, penyakit yang dihidapi isteri encik sejak setahun yang lalu sudah melewati tahap kritikal dan….”

Yusuf segera memotong percakapan doktor Farid.

“Apa yang doktor cakapkan ini? Isteri saya menghidap penyakit? Penyakit apa?” Doktor Farid terkejut dengan pertanyaan daripada Yusuf, dia membuat andaian bahawa pesakitnya tidak memberitahui hal yang sebenar tentang penyakitnya.

“Puan Zahrah mengidap…. Kanser otak sejak setahun lalu…” beritahu doktor Farid.

Yusuf terkasima.

“Doktor! Berterus terang kepada kami, bagaimana keadaan anak perempuan saya?” Tanya baba Zahrah yang sedari tadi diam memerhatikan perbualan doktor dengan Yusuf.

“Encik, maafkan kami…kami telah mencuba sedaya upaya, Allah lebih menyayangi Puan Zahrah.” Beritahu doktor Farid dengan perasaan yang berat. Sebentar kemudian dia berlalu pergi. Kaki yusuf terasa longlai, akhirnya dia terduduk, dia memerhatikan anak perempuan yang berada dalam pelukannya. Sofi! Dia teringat perbualan mereka semalam.

“Abang, jika terjadi sesuatu keatas Sofi esok, mahukah abang meredhai Sofi? Meredhai segala perbuatan Sofi? Meredhai segala yang bakal terjadi esok hari? Meredhai sesuatu yang tidak mampu terluah hari ini? Mahukah abang meredhai kehidupan Sofi sebagai isteri abang selama setahun ini?”

Sofi! Kenapa sakitmu tidak diberitahu, aku suamimu! Sofi…maafkan abang. Yusuf merasakan dunianya gelap tanpa lagi cahaya.

Sofi! Seperti pintamu, aku meredhai selama hidupmu sebagai isteriku. ….



Yusuf membuka pintu kamarnya, sunyi. Rindunya menggamit kembali terhadap Sofi! Aku juga mencintaimu, bekas tanah masih melekat diseluarnya usai majlis pengebumian petang tadi. Yusuf memnghampiri meja solek dan memandang gambar perkahwinan mereka. Terdapat dua sampul surat diatas meja tersebut. Satu untuk dirinya, satu untuk Raudhah. Adakah Sofi tahu bahawa ajalnya sudah tiba? Yusuf mengumpul kekuatan untuk membaca isi kandungan surat itu.

Assalamaualaikum, Abang, Terima kasih kerana sudi menjadi suami yang baik untuk Sofi. Terima kasih kerana mencintai Sofi. Disaat Sofi sah menjadi isteri abang, Sofi berjanji untuk mencintai abang dengan seikhlas hati, menjadi isteri yang solehah, isteri yang menjadi penyejuk mata, penenang jiwa si suami walau apapun ketikanya.

Namun… Maafkan Sofi, Sofi telah mencalarkan hatimu pada hari itu juga. Abang, kenapa diterima pernikahan ini jika hati dan cinta abang untuk orang lain? Mengapa masih mengaku cinta terhadap isterimu sedangkan hatimu tidak begitu. Mengapa perlu menipu hatimu demi kebahagiaan diriku.

Adalah kesilapan besar saat kita dinikahkan! Sofi tidak dapat membayangkan perasaan Intan yang berada disebelah Sofi melihat cincin perkahwinan lelaki yang disanjunginya disarungkan dijari manis sahabat baiknya.

Sofi telah mengetahui tentang kisah kalian, namun ia sudah terlewat. Saat Sofi mengetahuinya Intan sedang terbaring lesu di katilnya dan Sofi dalam keadaan bahagia menanti saat kelahiran bayi kita. Betapa zalimnya Sofi menjadi penghalang cinta kalian demi kebahagian Sofi sendiri.

Sekarang Sofi sedar mengapa Intan semakin menjauhkan diri dari Sofi. Mana mungkin hati perempuannya tega untuk bertemu dengan abang yang sentiasa bersama dengan Sofi, hatinya tidak akan mampu untuk melihat lelaki yang dipujanya berjalan seiringan dengan sahabat baiknya. Sesungguhnya Sofi telah melakukan kesalahan yang besar terhadap kalian.

Abang, Maafkan Sofi, saat abang membaca surat ini, barangkali Sofi sudah tiada di dunia ini, jika masih adapun Sofi tidak akan membiarkan abang menghalang rancangan Sofi. Fahamilah hati Sofi, bukan niat Sofi untuk menderhakai, bukan jua niat membelakangi tentang penyakit Sofi, ketahuilah Sofi tidak ingin membebankan abang dengan penyakit Sofi, maafkan Sofi.

Maafkan Sofi kerana tidak memberitahu abang bahawa penderma jantung kepada Intan adalah… Sofi, isteri abang!. Cukuplah Sofi menjadi penghalang keatas cinta kalian, cukuplah Sofi melukai hati Raudhah. Redhalah kehidupan Sofi sebagai isteri abang.

Apabila anak kita dilahirkan, berikan dia nama ‘Raudhah’ dan nikahilah Intan! Sesungguhnya Sofi mencintai abang saat hari pertama Sofi menjadi isteri abang. Andai dirimu sudi, terimalah aku menjadi bidadarimu di syurga. Izinkanlah aku menemanimu di sana untuk selama-lamanya. Salam sayang, SOFIYA ZAHRAH.


Yusuf memandang dirinya dari dalam cermin. Yusuf! Layakkah kamu menerima pengorbanan sebesar ini? Matanya berkaca, Allah! Ampunkan hambamu kerana hanya memikirkan tentang perasaanku, kerjaku sehingga aku leka, sehingga aku mengabaikan tanggungjawabku terhadap isteriku. Sehingga aku tidak mengendahkan sakit kepala isteriku yang hatiku menyangka ia hanya pembawakan budak, sehingga aku buta untuk melihat dengan teliti botol-botol ubat isterinya. Maafkan Yusuf Sofi! Maafkan Yusuf! Abang tidak layak untuk semua ini. ….


Sudah hampir seminggu Raudhah sedar namun perihal pemergian Zahrah masih belum diketahuinya. Doktor melarang diceritakan hal yang sebenar, khuatir dia tidak dapat menerima kenyataan dan ia akan menjejaskan jantung barunya.

“Ibu, Dimana Sofi? Sudah seminggu Intan sedar, tapi Sofi tidak juga datang menjenguknya.” Tanya Raudhah dengan suaranya yang perlahan. Dia tidak dibenarkan bercakap banyak.

“Sofi ada datang jenguk Intan, tapi ketika itu Intan sedang tidur.” Jawab ibunya pendek. Dia beristighfar dalam hati. Entah yang kali keberapa dia menipu anak gadisnya.

“Kenapa tidak dikejutkan Intan? Intan rindu untuk bertemu dengan Sofi, Intan hendak minta maaf kerana menjauhkan diri darinya tempoh hari.” Matanya bergenang air mata.

“Intan jangan nangis, nanti ibu beritahu Sofi suruh datang melawat Intan lagi.” Pujuk seorang ibu. Intan kembali menutup matanya. Dia tidak menyangka sehingga ke hari ini dia masih bernyawa. Dia ingin sekali mengetahui jantung siapa yang berada di dalam dadanya.

“Ibu siapakah yang mendermakan jantung kepada Intan?” Intan kembali membuka matanya. Ibunya kelu, siapakah penderma jantung kepada anaknya? ….

Setelah hampir sebulan lebih di tahan di wad, Raudhah dibenarkan pulang.

“Ibu, boleh hulurkan telefon Intan? Intan mahu menghubungi Sofiya.” Pinta Raudhah. Ibunya kaget.

“Intan, doktor cakap Intan masih perlu banyak berehat, jangan fikirkan hal-hal lain” Kata ibunya yang sedang mengemas pakaiannya dengan anak bongsunya.

“Ibu, kenapa semua orang seakan-akan merahsiakan sesuatu dari Intan? Setiap kali Intan tanya tentang hal Sofiya, berbagai alasan diberikan, dimana Sofiya Ibu? Adakah sesuatu terjadi kepadanya? Kenapa Sofi tidak datang menjenguk Intan selama Intan disini? Sofi bukan orang begitu!” Ibunya tahu soalan begitu pasti akan hadir. Adakah ini masa yang sesuai untuk memceritakan hal yang sebenar? Ibunya memandang kearah anak bongsunya.

“Intan ,mari kita pulang.” Pujuk Ibunya.

“Intan tidak mahu pulang selagi Intan tidak dapat mendengar suara Sofi!” Intan berkeras, ibunya bungkam. ….

Intan terus menangis dalam perjalannya. Kereta yang dipandu ayahnya meluncur laju menuju ke tanah perkuburan.

Sofi! Maafkan Intan! Sofi tanggung derita itu seorang diri, kenapa tidak dikongsi dengan Intan? Kita sudah berkawan sudah lama, mengapa masih ingin berahsia? Intan kembali kecewa, maafkan Intan! Intan juga berahsia denganmu, namun ia demi kebahgiaanmu.

Maafkan Intan kerana tidak mempedulikan panggilanmu. Maafkan Intan! Intan dipapah oleh Ibu dan adiknya menuju ke pusara Zahrah, kakinya masih tidak kuat untuk berdiri sendiri. Kelihatan seorang lelaki sedang berdoa di pusara Zahrah. Raudhah menghampiri.

“Yusuf!” Panggilnya lemah, air matanya terus menitis, suaranya juga semkin tersekat- sekat. Yusuf berpaling namun tidak berkata sepatah pun. Yusuf bangkit memberi laluan kepada Raudhah dan bersalaman dengan ayah Intan.

“Maafkan Intan Yusuf!” Kata Intan sambil matanya memandang batu nisan Zahrah. Yusuf tidak menjawab sebaliknya dia menuju ke keretanya.

“Sofi! Maafkan Intan!” Hanya itu yang terucap dari bibirnya. Air-matanya masih menitis laju, sesungguhnya dia redho dengan pemergian Sofiya. Yusuf datang membawa surat yang ditulis Zahrah kepada Raudhah dan menghulurkannya kepada Intan, mulutnya masih terkunci untuk menuturkan kata kepada Raudhah. Dia meminta diri untuk pulang. Intan menatap sampul surat yang diterimanya. Adakah in bicaramu Sofiya?

Assalamualaikum Intan, sahabatku, Intan, tiada satu katapun dapat menggambarkan kecintaanku terhadapmu, betapa Sifat RahmanNya dititipkan ke dalam hatiku untuk turut sama mengasihimu. Dari bangku sekolah kita bersahabat, sehingga kini kita tetap jua bersahabat.

Intan, sesungguhnya Sofi yang perlu berkorban untukmu bukan dirimu. Sofi tidak berhak diatas pengorban itu. Usah disembunyikn lagi perasaanmu terhadap abang Yusuf! Bukan amarah dariku namun rasa bersalah yang teramat menyelubungi segenap hatiku tatkala Sofi menyedari bahawa Sofi adalah perampas kebahagiaanmu, impianmu untuk bersama abang Yusuf.

Adakah tangisan Intan dihari bahagia Sofi setahun yang lalu, tangisan luka? Tidak! Maafkan Sofi! Sofi telah berlaku zalim terhadap Intan dan abang Yusuf. Mafkan Sofi kerana terlewat mengetahui semua ini. Hingga saat ini Sofi mengetahui mengapa Intan menjauhkan diri dari Sofi. Hati Sofi luluh melihat Intan terbaring lesu di atas katil. Sofi menemani Intan, berbicara dengan Intan namun Intan terus diam dan Sofi tidak mahu Intan terus diam.

Maafkan Sofi kerana tidak dapat menemani Intan untuk berbicara lebih lama. Bukan Sofi tidak mahu, namun Sofi semakin lemah, juga semakin tidak mampu untuk melihatmu terus terbaring di katil. Sofi ingin melihat Intan kembali senyum seperti dulu. Namun Sofi tidak dapat lagi menatap lagi senyuman Intan.

Maafkan Intan, hanya ini yang termampu Intan korbankan demi persahabatan kita. Maafkan Intan kerana telah melukai hatimu, BUKAN NIATKU!

Intan, kita pasti kembali bersatu, kematian bukan pengakhiran kepada persahabatan kita. Sofi akan sentiasa hidup dalam diri Intan. Jantung Sofi adalah bukti kasih sayang Sofi terhadap Intan. Andai Sofi tidak menghidap penyakit pun, Sofi akan berkorban untuk Intan.

Jagalah abang Yusuf. Maafkan Sofi selama hidup dalam persahabatan kita. Salam rindu, SOFIYA ZAHRAH.


“Ibu!” Jerit Raudhah. Ibunya menghampiri dan memeluk anaknya. “Ibu! Jantung Sofi ada dalam Jasad Intan!” Hatinya terus menangis, Sofi! Mulianya dirimu mengorbakan nyawamu demi memberiku kehidupan yang baru!ALLAHUAKBAR! ….

Yusuf menatap pusara dihadapannya. Beginilah kiranya takdir antara mereka. Takdir cinta antara dua sahabat. Persahabatan yang memperlihatkan pengorbanan hati dan jiwa antara mereka. Adakah mampu ditemui persahabatan sebegini?

Sudah hampir dua tahun pemergian Raudhah, kekasih hatinya saat dia bertarung nyawa dengan Izrael melahirkan zuriatnya. Allah itu maha Pemurah. Dia mengurniakan keatasnya dua srikandi yang membahagiakan segenap hatinya.

Sofiya, cintamu bak kuntum mawar yang mewangi di taman, sesungguhnya engkau memberi lebih daripada aku pinta.

Raudhah, janjiku kabulkan demi janjiku kepada Sofiya, Cintamu tidak juga padam walaupun aku dahulu pernah menjadi suami orang. Tidak juga kau simpan dendam bahkan hatimu masih terbuka unutk menerimaku kerana amanahmu daripada seorang kawan. Perlukah aku menerima lebih dari itu? sesungguhnya Allah telah melimpahkan kurniannya terlalu banyak untukku.

“Zahrah, Raudhah! Mari kita pulang sayang.” Panggil Yusuf kepada anaknya yang leka mencabut rumput di pusara ibu-ibu mereka.

Mereka amanah dari kalian, akan aku jaga mereka, akan aku didik mereka menyemai kasih dan cinta sebagai sahabat seperti cinta kalian berdua.

Berbahagialah kalian di syurga, aku akan mencari kalian di sana, menjadi bidadari syurgaku. Cintaku pada kalian tidak akan pudar, rindu kalian akan terus bersemadi di hati. Setitis air mata mengiringi doanya petang itu.


*Glosari:
Husnuzon = Bersangka baik
Metafora = Kiasan
Esensi = Unsur

p/s: cite nih saya amek kat iluvislam..

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...