Tuesday, September 29, 2009

Jangan Marah



Marah?? Marah?? Satu ungkapan yang biasa terungkap di bibir mulus setiap orang. Kenapa? Mungkin kerana dikhianati, disakiti, diherdik, dicaci, dihina, dipermainkan atau sebaliknya hanya diri sendiri yang tahu apa yang pernah kamu rasa. Begitu mudahkan kita meluahkan rasa marah kita tanpa kita sedari yang diri kita sedang dikuasai 'Mr.S' yang berguling-guling bertepuk tangan melihat kita marah. Sedang kita dalam keadaan marah jantung boleh jadi " takikardia" menyebabkan dada berombak kencang. Betapa nipisnya iman kita, betapa lemahnya kita bila mudah dikuasai "mR.s".

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-a'raf,ayat 200:
Dan Jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan , maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Rasulullah s.a.w mewasiatkan kepada salah seorang sahabatnya dengan mengatakan : " Jangan marah, jangan marah, jangan marah."

Suatu hari terdapat seorang lelaki yang sedang marah dihadapan Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w menyuruhnya mengucapkan isti'azah.

" Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepdaku. (Al-Mu'minun:98)

" Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan , mereka ingat kepada ( seksa ) Allah, maka ketika itu juga mereka melihat ( kebenaran, lalu menghantikan kesalahan-kesalahannya). ( Al-A'raf:201)

Sesungguhnya orang-orang yang keresahan, kesedihan, emosi, dan amarah didalam hati, baginya ada penawar yang telah diberikan oleh Nabi s.a.w. Di antar penawar tersebut adalah:

1) Berusaha menghilangkan perasaan marah.

2) Berwudhu'. Marah merupakan bara api dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Rasulullah s.a.w bersabda: " Bersuci adalah sebahagian daripada iman." Baginda juga bersabda: " Wudhu' itu adalah senjata mu'min."

3) Jika seseorang sedang marah dalam keadaan berdiri , maka hendaklah dia duduk dan jika dalam keadaan duduk maka hendaklah dia berbaring.

4) Jika sedang marah , hendaklah dia diam dan jangan berbicara.

5) Sebolehnya mengingat akan ganjaran yang didapati bagi mereka yang mampu menahan amarahnya dan mereka yang suka memaafkan kesalahan orang lain.

Kesimpulannya, sebagai seorang islam janganlah kita terlalu mengikut rasa amarah kita kerana ia merupakan salah satu jarum yang digunakan oleh syaitan untuk menggoda anak cucu Adam agar kita lalai dan leka dari rahmat Allah. Teguhklan iman kita dan banyak-banyakanlah beristighfar bila kita sedang dilanda kemarahan Insya-Allah amarah kita akan berkurangan. Amalkan terapi istighfar.


Friday, September 11, 2009

~ Upgradekan Amalan di bUlan RamadHan ~~

Sebagaimana yang kita tahu bulan ramadhan adalah bulan yang mulia dan inilah masa untuk kita mengaut pahala lebih...kerana terkadang kita adalah hamba yang alpa dalam menunaikan ibadah pada-Nya.. Sempena ramadhan yang mulia marilah kita sama-sama "up"kan amalan kita...

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).

Nabi SAW bersabda :

"Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur." (Riwayat Muslim)

"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad)

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Witir dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan Solat Subuh berjemaah (bagi lelaki). Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh baginda SAW.

3)
Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca Al-Quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadis dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail a.s. Hal ini disebut di dalam hadis al-Bukhari.

4)
Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi SAW :-
Ertinya : "Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar)

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
Ertinya : “Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" (Riwayat At-Tirmizi)

5)
Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka.

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadis Nabi SAW :-
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak." (Riwayat Ibn Majah)

6)
Menyegerakan berbuka puasa selepas pasti masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadis Nabi SAW :-
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka" (Riwayat Al-Bukhari)

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan Solat Maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar perlu agar kelaparan tidak mengganggu Solat Magrhib kita. Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan Solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air.
(Abu Ya'la dan al-Bazzar)

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air. Ertinya : “Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air".

8) Amat disunatkan untuk sedekah harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.

Nabi SAW bersabda :-
Ertinya : “Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" (Riwayat At-Tirmidzi) Disebut dalam sebuah hadis lain, Ertinya : “Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa (berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga" (Riwayat Al-Baihaqi)

9) Menunaikan Solat Sunat Terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.

Ia berdasarkan hadis riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

10) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari Riwayat al-Bukhari.

11)
Amaran bagi berbuka di siang Ramadhan tanpa uzur.

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Bulan Ramadhan, maka ia tidak mampu menggantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

LisT Aurat Wanita

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ya Allah...Jika Aku..


Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal dijalan-Mu…

~ pAda-Mu aKu bErharap ~

YA ALLAH..
AKU MOHON KEAMPUNANMU ATAS KEKHILAFANKU

AKU MOHON RAHMAT DAN KASIH SYGMU UTK DIRIKU,KELUARGA & SAHABAT-SAHABATKU
WAHAI PEMILIK RASA CINTA YG AGUNG..
AKU INGIN MENGADU HIBAKU PADAMU..
ANDAI RASA YG KAU KIRIMKAN INI CINTA..
BANTULAH AKU UNTUK MELINDUNGINYA..
YA ALLAH..
ANDAI KAU CIPTAKAN AKU UNTUKNYA..
AKU REDHA HINGGA SAMPAI MASANYA..
YA ALLAH..
AKU MOHON PADAMU..
JIKA DIA ADALAH TAKDIRKU..
JAUHKANLAH KAMI HINGGA TTIBA MASA UTK KAMI B'SATU..
JIKA DIA BUKANLAH UNTUKKU..
MAKA JANGANLAH ENGKAU DEKATKAN KAMI..
SESUNGGUHNYA AKU AMAT LEMAH DALAM MENGHADAPI UJIANMU
BANTULAH AKU..
YA ALLAH..
ANDAI KAMI BERKONSI RASA YANG SAMA..
AKU MOHON PADAMU..
BUKALAH PINTU HATI KAMI UTK MENERIMA HIDAYAHMU..
TERANGKANLAH HATI KAMI UTK MENERIMA PETUNJUK DRMU..
YA ALLAH..
AJARKANLAH KAMI DENGAN CINTAMU
AGAR DAPAT KAMI RASAI KEINDAHAN ISLAM..
DAN SETIA MENGAMALKAN AJARAN MU..

AMIN...


Saturday, September 5, 2009

Lament

Lament
Album : Devotees
Munsyid : Devotees
Http://Liriknasyid.Com



You
You Like To Live
Like To Believe
Essence Of Life Is Fun
Want
Want To Pretend
The Life That You Live
Has No Guiding Hands And You

Jumped Into The Monies
And Never Looked Back
Moved Away From Righteousness
You Want It All
And Don't Care If You Fall
You Wanna See The World
You Wanna Be The World

Try
Try To Believe
The Reason To Live
Eternal Compassion
You'll Feel It Deep Within Inside Of You

Grasp
The Chance To Live
A New Life
A New Beginning
But You

C/O

Why
Do You Throw Life Away
Don't You Wanna Be Among
The Ones Who Faught For The Truth
When You Eyes Were Blinded
By The Taste Temptation In Your Life
Then Tell Me Why Must You

Titipan Cinta Pada Illahi..

TAnda-TanDa MEndApAt CInta ILLahi....:

Disini Ku Titipkan Beberapa Tanda Anda Dilamun Cinta Dengan Yang Maha Pencipta.
Anda Suka Untuk Bertemu Dengan-Nya.
Tak Sabar Untuk Bertemu.
Tak Berjumpa Sesaat Seolah-Olah Anda Jadi Tak Menentu.
Persiapan Dibuat Setiapa Kali Sebelum Bertemu-Nya.
Mendahulukan-Nya Lebih Dari Yang Lain.
Dia Mengatasi Yang Lain.
Segala Kehendaknya Anda Utamakan Dan Yang Dilarangnya Anda Cepat-Cepat Menjauhkan Diri.
Gembira Bila Bersama-Nya. Ingin Sentiasa Bersama Walaupun Di Mana Anda Berada.
Susun Kata Indah Hendak Bertemu.
Ayat-Ayat Cinta Kau Luahkan Pada-Nya Sebagai Pujian Ke Atasnya.
Tidak Sedih Kehilangan Segalanya Kerana Cintamu Terhadap-Nya Melebihi Segalanya.
Biarlah Semuanya Hilang Dan Tiada Asalkan Anda Tak Kehilangan ISLAM .
Merasa Nikmat Melakukan Ketaatan Terhadap Perintahn-Nya.
Membela Agamanya Sudah Cukup Membuatkan Anda Merasa Nikmat Di Dunia.
Tegas Terhadap Mereka Yang Menghina Islam.
Apatah Lagi Yang Melanggar Apa Yang Disuruh-Nya.

~MEncAri REdhA ILLahi~

Suka x blog Jiddan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...